2 Samuel 3

2 Samuel 3

1Dalam pada itu, adanya peperangan yang berpanjangan di antara keluarga Saul dan keluarga Daud: tetapi Daud semakin lama semakin kuat, dan Saul semakin lama semakin lemah.

2Dan kepada Daud, anak-anak lelaki dilahirkan di Hebron: dan anak sulungnya ialah Amnon, dari Ahinoam orang Yizreel itu;

3Dan yang kedua ialah Kileab, dari Abigail, isteri kepada Nabal, orang Karmel itu; dan yang ketiga ialah Absalom anak kepada Maakha, anak perempuan Talmai raja Gesur;

4Dan yang keempat ialah Adonia anak lelaki kepada Hagit; dan yang kelima ialah Sefaca anak lelaki kepada Abital;

5Dan yang keenam, Yitream, dari Egla, isteri Daud. Semua mereka ini dilahir kepada Daud di Hebron.

6Dan terjadilah, sementara adanya peperangan di antara keluarga Saul dan keluarga Daud, bahawa Abner telah menjadikan dirinya kuat bagi keluarga Saul.

7Dan Saul mempunyai seorang gundik, yang namanya Rizpa, anak perempuan kepada Aya: dan Isyboset berkata kepada Abner, Mengapakah kamu masuk kepada gundik ayahku?

8Kemudian Abner sungguh murka kerana kata-kata Isyboset, dan berkata, Adakah aku kepala anjing, yang sementara menentang Yehuda telah menunjukkan kemurahan pada hari ini kepada keluarga Saul, ayahmu, kepada saudara-saudaranya, dan kepada kawan-kawannya, dan tidak menyerahkan dirimu kepada tangan Daud, sehingga kamu menuduh aku pada hari ini dengan kesalahan berkenaan perempuan ini?

9Demikianlah Allah berbuat kepada Abner, dan lebih lagi juga, melainkan, sementara TUHAN telah bersumpah kepada Daud, aku pun berbuat demikian kepadanya;

10Untuk memindahkan kerajaan daripada keluarga Saul, dan untuk menegakkan pula takhta Daud atas Israel dan atas Yehuda, dari Dan sampai ke Bersyeba.

11Dan Isyboset tidak dapat menjawab semula Abner sepatah perkataan pun, kerana dia takut kepadanya.

12Dan Abner mengirim para utusan kepada Daud untuk mewakili pihaknya, dengan berkata, Kawasan tanah ini milik siapa? dengan berkata juga, Buatlah kesepakatan denganku, dan, lihatlah, tanganku akan ada bersamamu, untuk membawa seluruh Israel kepadamu.

13Dan Daud berkata, Baiklah; Aku akan membuat kesepakatan denganmu: tetapi satu perkara yang diwajibkan diriku daripadamu, iaitu, Kamu tidak akan melihat mukaku, kecuali kamu pertama-tama membawa Mikhal, anak perempuan Saul, ketika kamu datang untuk melihat mukaku.

14Dan Daud mengirim para utusan kepada Isyboset, anak lelaki Saul, dengan berkata, Serahkanlah kepadaku isteriku, Mikhal, yang telah dipertunangkan denganku untuk seratus kulit khatan orang Filistin.

15Dan Isyboset mengutus orang, dan mengambil perempuan itu daripada suaminya, yakni daripada Paltiel anak lelaki kepada Laish.

16Dan suaminya pergi seiring dengannya sambil menangis dari belakang sampai ke Bahurim. Kemudian Abner berkata kepadanya, Pergi pulang. Dan dia pulang.

17Dan Abner berhubung dengan para penatua Israel, dengan berkata, Kalian harap untuk Daud pada masa dahulu untuk menjadi raja atas kalian:

18Maka sekarang lakukanlah itu: sebab TUHAN telah berfirman kepada Daud, dengan berkata, Oleh tangan hambaku Daud aku akan menyelamatkan umatku Israel dari tangan orang Filistin, dan dari tangan semua musuh mereka.

19Dan Abner juga berbicara di telinga kaum Benyamin: dan Abner pergi juga untuk berbicara di telinga Daud di Hebron bahawa semua dianggap elok bagi keluarga Israel, dan itu nampaknya elok kepada seluruh kaum Benyamin.

20Maka Abner datang kepada Daud di Hebron, dengan dua puluh orang lelaki bersamanya. Dan Daud mengadakan suatu perjamuan bagi Abner dan para lelaki yang ada bersamanya.

21Dan Abner berkata kepada Daud, Aku akan bangkit dan pergi, dan akan menghimpunkan seluruh Israel kepada tuanku raja, supaya mereka dapat membuat kesepakatan denganmu, dan supaya kamu dapat memerintah atas segalanya yang diingini hatimu. Dan Daud mengutus Abner pergi; dan Abner pergi dengan damai sejahtera.

22Dan, lihatlah, para hamba Daud dan Yoab pulang dari mengejar suatu pasukan, dan membawa masuk jarahan besar bersama mereka: tetapi Abner tidak ada bersama Daud di Hebron; sebab Daud telah mengutus dia pergi, dan Abner telah pergi dengan damai sejahtera.

23Ketika Yoab dan seluruh angkatan yang ada bersamanya sudah sampai, mereka memberitahu Yoab, dengan berkata, Abner anak lelaki Ner datang kepada raja, dan dia telah mengutus dia pergi, dan dia sudah pergi dengan damai sejahtera.

24Kemudian Yoab datang kepada raja, dan berkata, Apakah yang telah dilakukanmu? lihatlah, Abner datang kepadamu; mengapakah kamu mengutus dia pergi, dan dia memang sudah pergi?

25Kamu tahu Abner anak lelaki kepada Ner, bahawa dia datang untuk memperdayakanmu, dan untuk mengenal pemergianmu keluar dan kemasukanmu ke dalam, dan untuk mengenal segalanya yang dilakukanmu.

26Dan sesudah Yoab keluar dari menghadap Daud, dia mengirim para utusan untuk menyusul Abner, yang membawa Abner semula kepadanya dari benteng Sira: tetapi ini tidak diketahui Daud.

27Dan ketika Abner kembali ke Hebron, Yoab membawanya ke tepi di pintu gerbang untuk berbicara dengannya secara diam-diam, lalu menikamnya di sana di bawah tulung rusuk yang kelima, sehingga Abner mati, bagi darah Asael, adiknya.

28Dan kemudian ketika Daud mendengar itu, dia berkata, Aku dan kerajaanku tidak bersalah di hadapan TUHAN selamanya daripada darah Abner anak lelaki kepada Ner itu:

29Biar itu menimpa ke atas kepala Yoab, dan kepada seluruh rumah tangga ayahnya; dan biar jangan terputus-putus di rumah tangga Yoab adanya orang yang mengeluarkan lelehan, atau yang kusta, atau yang bertongkat, atau yang tewas oleh pedang, atau yang kekurangan roti.

30Maka Yoab dan Abisai, saudaranya, membunuh Abner, kerana dia telah membunuh saudaranya, Asahel di Gibeon di pertempuran.

31Dan Daud berkata kepada Yoab, dan kepada seluruh umat yang ada bersamanya, Koyaklah baju kalian, dan ikat pada diri kalian kain kabung, dan merataplah di hadapan Abner. Dan raja Daud sendiri mengikuti usungan mayat itu.

32Dan mereka menguburkan Abner di Hebron: dan raja itu mengangkat suaranya, dan menangis di kubur Abner; dan seluruh umat itu menangis.

33Dan raja meratap atas Abner, dan berkata, Sudahkah Abner mati seperti seorang bebal mati?

34Tanganmu tidak diikat, dan kakimu juga tidak berada di dalam belenggu: seperti seorang yang tewas di hadapan orang durjana, demikianlah kamu tertewas. Dan seluruh umat itu menangisinya lagi.

35Dan ketika seluruh umat itu datang untuk memujuk Daud untuk makan makanan sementara ia masih siang, Daud bersumpah, dengan berkata, Demikianlah Allah berbuat kepada diriku, dan lebih lagi juga, jika aku merasakan roti, atau apa pun yang lain, sehingga matahari terbenam.

36Dan seluruh umat itu mengambil tahu akan itu, dan ia menyenangkan mereka: seperti barang apa yang dibuat raja itu menyenangkan semua umat itu.

37Sebab seluruh umat itu dan seluruh Israel memahami pada hari itu bahawa ia bukan niat raja untuk membunuh Abner anak lelaki kepada Ner.

38Dan raja berkata kepada hamba-hambanya, Tidakkah kalian tahu bahawa adanya seorang penguasa dan pembesar yang tertewas pada hari ini di Israel?

39Dan pada hari ini aku lemah, walaupun diurapi sebagai raja; dan orang-orang ini, iaitu anak-anak Zeruya adalah terlalu keras bagiku: TUHAN akan mengganjari pembuat kejahatan menurut kedurjanaannya.