2 Timothy 2

2 Timotius 2

1Maka kamu, hai anakku, jadilah kuat dalam rahmat yang ada dalam Kristus Yesus.

2Dan apa yang telah kamu dengar daripada aku di hadapan banyak saksi, yang sama itulah kamu percayakan kepada lelaki-lelaki yang setia, yang dapat mengajar orang yang lain juga.

3Maka kamu tanggunglah kesukaran, sebagai seorang askar baik Yesus Kristus.

4Tidak seorang pun yang tengah berperang mengusutkan dirinya dengan soal penghidupan ini; supaya dia dapat menyenangkan orang yang telah memilihnya untuk menjadi seorang askar.

5Dan juga jika seseorang bertanding dalam sukan, dia tidak diberi mahkota, kecuali dia bertanding menurut peraturan.

6Petani yang berjerih lelah harus menjadi orang yang pertama menikmati buah hasilnya.

7Pertimbangkanlah apa yang aku katakan; dan semoga Tuhan memberi kamu pemahaman dalam segala hal.

8Ingatlah bahawa Yesus Kristus iaitu benih Daud telah dibangkitkan daripada mati menurut injilku:

9Yang kerananya aku menderita kesesakan, seperti seorang penjahat, sampai dibelenggukan; tetapi firman Allah tidak dibelenggukan.

10Oleh sebab itu, aku menanggung segala apa pun demi orang-orang pilihan, supaya mereka juga akan memperoleh keselamatan yang ada dalam Kristus Yesus dengan kemuliaan yang kekal.

11Ini kata pepatah yang setia: Sebab jika kita mati bersamanya, kita juga akan hidup bersamanya:

12Jika kita menderita, kita juga akan memerintah bersamanya: jika kita menyangkalnya, dia juga akan menyangkal kita:

13Jika kita tidak percaya, namun dia kekal setia: dia tidak boleh menyangkal dirinya sendiri.

14Bagi hal-hal ini ingatkanlah mereka, sedang kala mempertanggungjawabkan mereka di hadapan Tuhan supaya mereka tidak bersengketa tentang kata-kata yang tidak berfaedah sehingga membingungkan para pendengar.

15Belajar supaya menunjukkan dirimu diluluskan Allah, seorang pekerja yang tidak perlu malu, dan yang membahagikan firman kebenaran dengan betul.

16Tetapi hindarilah bebelan yang cabul dan yang sia-sia: sebab ia akan menambahkan lagi ketidaksalihan.

17Dan kata-kata mereka akan memakan seperti penyakit kanker: sebegitulah Himeneus dan Filetus.

18Yang berkenaan kebenaran itu telah menyimpang, sementara berkata bahawa kebangkitan itu sudah berlalu; lalu menunggangbalikkan iman sesetengah orang.

19Walau bagaimanapun, dasar Allah tetap pasti, dengan adanya meterai ini, Tuhan mengenal siapa kepunyaannya. Dan, Biarlah setiap orang yang menyebut nama Kristus meninggalkan kedurjanaan.

20Tetapi di rumah besar bukan hanya ada bejana-bejana emas dan perak, tetapi juga yang kayu dan yang tanah; dan sesetengah bagi kemuliaan, dan sesetengah bagi ketidakmuliaan.

21Maka jika seseorang menyingkirkan dirinya daripada itu, dia akan menjadi sebuah bejana kemuliaan, disucikan, dan sesuai bagi kegunaan tuan, dan siap untuk segala pekerjaan baik.

22Lari diri daripada nafsu-nafsu orang muda: tetapi ikutilah kewajaran, iman, belas ihsan, damai sejahtera, dengan orang yang memanggil Tuhan dari hati yang suci.

23Tetapi soalan-soalan yang bebal dan yang tidak terpelajar elakkan, sementara tahu bahawa ia akan menimbulkan persengketaan.

24Dan hamba Tuhan tidak harus bersengketa; tetapi berlemah-lembut terhadap semua orang, cekap untuk mengajar, sabar,

25Dalam sikap suka menurut mengajar mereka yang menentang diri mereka sendiri; memandangkan ada kemungkinan Allah memberi mereka pertaubatan sehingga mengakuri kebenaran.

26Dan supaya mereka dapat memulihkan diri mereka sendiri daripada jerat si iblis, orang-orang yang telah ditawankan olehnya kepada kehendaknya.