2 Timothy 3

2 Timotius 3

1Ambil tahu ini juga, bahawa pada zaman akhir, akan datang masa yang membahayakan.

2Kerana manusia akan menjadi pengasih diri sendiri, kedambaan, bermulut besar, angkuh, pengkufur, tidak taat kepada ibubapa, tidak bersyukur, tidak kudus,

3Tanpa kesayangan semula jadi, pemecah damai, penuduh palsu, tidak mengekang diri, garang, pembenci orang baik,

4Pengkhianat, gopoh, tinggi hati, pengasih kenikmatan lebih daripada pengasih Allah;

5Mempunyai suatu bentuk kesalihan, tetapi menyangkal kuasanya: berpalinglah daripada orang sedemikian.

6Sebab orang jenis ini ialah mereka yang menyeludup ke dalam rumah-rumah, dan memimpin tawanan perempuan tolol yang sarat dengan dosa, dipesongkan dengan pelbagai nafsu,

7Selalu belajar, dan tidak mampu mendekati pengetahuan akan kebenaran.

8Sekarang, sama seperti Yanes dan Yambres menentang Musa, demikian juga mereka ini menahan kebenaran: manusia yang rosak mindanya, jahanam berkenaan iman.

9Tetapi mereka tidak akan terus lanjut: sebab kebodohan mereka akan ternyata kepada semua manusia, sama seperti yang terjadi kepada kebodohan mereka.

10Tetapi kamu telah mengenal dengan sepenuhnya doktrinku, cara hidup, tujuan, iman, panjang sabar derita, belas ihsan, kesabaran,

11Penganiayaan, kesusahan, yang telah melandaku di Antiokhia, di Ikonium, di Listra; penganiayaan apa yang telah kutanggung: tetapi daripada semuanya itu Tuhan telah melepaskan aku.

12Ya, semua yang ingin hidup salih dalam Kristus Yesus akan menderita penganiayaan.

13Tetapi manusia jahat dan para penggoda akan bertambah semakin buruk, sementara menyesatkan, dan disesatkan.

14Tetapi biar kamu berterusan di dalam apa yang sudah kamu belajar dan sudah diyakini kepastiannya, sementara tahu daripada siapa yang kamu telah peroleh ajaran itu;

15Dan bahawa kamu sejak dari kecil lagi telah mengenal kitab kudus, yang mampu menjadikanmu berhikmah kepada keselamatan melalui iman yang ada dalam Kristus Yesus.

16Semua nas kitab telah diberi menurut ilham Allah, dan bermanfaat untuk doktrin, untuk teguran, untuk pembetulan, untuk arahan dalam kewajaran:

17Supaya hamba Allah boleh menjadi sempurna, diperlengkapi sepenuhnya untuk segala perbuatan baik.