1Maka, kupertanggungjawabkanmu di hadapan Allah, dan Tuhan Yesus Kristus, yang akan menghakimi yang hidup dan yang mati pada waktu pernyataanNya dan kerajaanNya;
2Khutbahkan firman; berdesak sama ada waktunya baik ataupun tidak baik; cela, tegur, gesa dengan segala panjang sabar derita dan doktrin.
3Sebab akan sampai masanya mereka tidak tahan akan doktrin sihat; tetapi dengan menurut nafsu sendiri mereka akan melonggokkan guru-guru bagi diri mereka sendiri, sementara gatal-gatal telinga;
4Dan mereka akan memalingkan telinga mereka daripada kebenaran, dan akan dipalingkan kepada dongeng.
5Tetapi biar kamu berjaga dalam segala sesuatu, bertahan dalam kesengsaraan, lakukan kerja seorang penginjil, tunaikanlah tugasmu sepenuhnya dalam pelayananmu.
6Sebab aku sekarang sudah sedia untuk dipersembahkan, dan waktu pemergianku itu sudah menjelang.
7Aku telah memperjuangkan perjuangan yang baik, aku telah mengakhiri perlumbaanku, aku telah memegang teguh iman:
8Mulai sekarang ada tersimpan bagiku suatu mahkota kewajaran, yang Tuhan, hakim yang benar, akan beri kepadaku pada hari itu: dan bukan kepadaku sahaja, tetapi kepada semua orang yang juga menyayangi kemunculannya.
9Bertekunlah untuk datang tidak lama lagi kepadaku:
10Sebab Demas telah meninggalkanku, sementara mengasihi dunia semasa ini, dan telah berangkat ke Tesalonika; Kreskes sudah ke Galatia, Titus ke Dalmatia.
11Hanya Lukas berada bersamaku. Jemputlah Markus, dan bawalah dia bersamamu: sebab dia berhasil bagiku untuk pelayanan.
12Dan Tikhikus telah kuutus ke Efesus.
13Jubah yang telah aku tertinggal di Troas dengan Karpus, ketika kamu datang, bawalah itu bersamamu, dan buku-buku itu, tetapi terutamanya kulit-kulit perkamen itu.
14Aleksander, tukang tembaga itu, telah berbuat banyak jahat kepadaku: biar Tuhan mengganjarinya menurut perbuatannya:
15Dia itu harus kalian juga berwaspada; sebab dia telah banyak menentang kata-kata kami.
16Pada perbicaraanku yang pertama tiada orang yang berdiri bersamaku, tetapi semua orang meninggalkanku: Aku berdoa kepada Allah supaya ia tidak diperhitungkan kepada mereka.
17Walau bagaimanapun Tuhan berdiri bersamaku, dan menguatkanku; supaya oleh diriku khutbah itu dapat diketahui dengan sepenuh-penuhnya, dan bahawa semua orang bukan Yahudi dapat mendengar: dan aku telah dilepaskan daripada mulut singa.
18Dan Tuhan akan menyelamatkanku daripada segala perbuatan yang jahat, dan akan mengekalkanku bagi kerajaan syurgawinya: yang kepadanya diberi kemuliaan untuk selama-lamanya. Amin.
19Salute Prisca and Aquila, and the household of Onesiphorus.
20Erastus tinggal di Korintus: tetapi Trofimus telah ditinggalkanku di Miletus dalam keadaan sakit.
21Do thy diligence to come before winter. Eubulus greeteth thee, and Pudens, and Linus, and Claudia, and all the brethren.
22The Lord Jesus Christ be with thy spirit. Grace be with you. Amen. The second epistle unto Timotheus, ordained the first bishop of the church of the Ephesians, was written from Rome, when Paul was brought before Nero the second time.