Acts 15

Kisah 15

1Sesetengah orang yang datang dari Yudea mengajar saudara-saudara, dan berkata, Kecuali kalian disunat menurut ragam Musa, kalian tidak boleh diselamatkan.

2Maka ketika Paulus dan Barnabas ada pertelingkahan dan pertikaian yang tidak kecil dengan mereka itu, mereka memutuskan supaya Paulus dan Barnabas, dan sesetengah lagi daripada mereka, harus pergi ke Yerusalem kepada para rasul dan para penatua tentang soal ini.

3Dan sementara dibawa jalan oleh gereja, mereka melalui Fenisia dan Samaria, dan mengistiharkan perpalingan orang bukan Yahudi: dan mereka menyebabkan sukacita besar kepada semua saudara seiman.

4Dan sesudah mereka sampai ke Yerusalem, mereka disambut gereja, dan para rasul dan para penatua, lalu mereka mengisytiharkan segalanya yang telah Allah buat dengan mereka.

5Tetapi bangkitlah sesetengah golongan orang Farisi yang percaya, dengan berkata, Ia perlu untuk menyunat mereka, dan untuk memerintahkan mereka berpegang kepada hukum Musa.

6Dan para rasul dan para penatua datang bersama untuk mempertimbangkan hal ini.

7Dan sesudah berlangsungnya banyak perbincangan berkira-kira, Petrus bangun, dan berkata kepada mereka, Hai lelaki dan saudara sekalian, kalian tahu kisah bahawa beberapa ketika dahulu Allah telah membuat pilihan di kalangan kita, supaya orang bukan Yahudi oleh mulutku dapat mendengar firman injil, dan percaya.

8Dan Allah, yang mengenal hati, bersaksi bagi pihak mereka, dan memberi mereka Roh Kudus, sama seperti dilakukannya kepada kita;

9Dan tidak membeza-bezakan kita dengan mereka, sambil menyucikan hati mereka oleh iman.

10Maka sekarang mengapakah kalian mencubai Allah, untuk menaruh suatu kuk pada leher para murid, yang baik bapa leluhur kita mahupun kita tidak dapat pikul?

11Tetapi kita percaya bahawa melalui rahmat Tuhan Yesus Kristus kita akan diselamatkan, sama seperti mereka juga.

12Kemudian diamlah orang ramai, dan memberi perhatian kepada Barnabas dan Paulus, yang mengisytiharkan apa mukjizat-mukjizat dan keajaiban-keajaiban yang telah ditempa Allah di kalangan orang bukan Yahudi melalui mereka.

13Dan sesudah mereka berbicara, Yakobus berjawab, dengan berkata, Hai kaum lelaki dan saudara-saudara, endahkanlah aku:

14Simeon telah mengisytiharkan bagaimana Allah pada permulaannya telah melawat orang bukan Yahudi, untuk mengasingkan dari antara mereka suatu umat bagi namanya.

15Dan itu bersetuju dengan kata-kata para nabi; seperti yang sudah tertulis,

16Selepas itu aku akan kembali, dan akan membina semula pondok Daud, yang telah roboh; dan aku akan membina semula reruntuhannya, dan aku akan meneguhkannya:

17Supaya yang sisa manusia akan dapat mencari Tuhan, dan semua orang bukan Yahudi, iaitu mereka yang disebut dengan namaku, firman Tuhan, yang melakukan segalanya ini.

18Diketahui Allah segala pekerjaannya dari sejak permulaan dunia.

19Wherefore my sentence is, that we trouble not them, which from among the Gentiles are turned to God:

20But that we write unto them, that they abstain from pollutions of idols, and from fornication, and from things strangled, and from blood.

21Sebab hukum Musa yang dari dahulukala ada dikhutbahkan orang di setiap kota, sementara dibaca di saumaah setiap hari Sabat.

22Kemudian ia menyenangkan para rasul dan para penatua, dengan seluruh gereja, untuk mengutus orang yang dipilih dari antara kumpulan mereka sendiri ke Antiokhia dengan Paulus dan Barnabas; yakni, Yudas yang dipanggil Barsabas, dan Silas, orang yang tokoh di kalangan saudara-saudara:

23Dan mereka menulis surat melalui mereka dengan bunyinya sebegini; Para rasul dan para penatua menyampaikan salam kepada saudara-saudara yang merupakan orang bukan Yahdui di Antiokhia dan di Siria dan di Kilikia:

24Sebab seberapa sebanyak yang telah kami dengar, bahawa sesetengah orang yang telah datang dari kalangan kami telah merunsingkan kalian dengan kata-kata, membingungkan jiwa kalian, dengan berkata, Kalian harus disunat, dan memegang hukum: iaitu orang yang tidak pernah kami memberi perintah sedemikian:

25Ia rasa elok bagi kami, sementara berhimpun semuafakat, untuk mengutus orang pilihan kepada kalian dengan Barnabas dan Paulus yang dikasihi,

26Orang yang telah membahayakan diri mereka demi Tuhan Yesus Kristus.

27Maka kami telah mengutus Yudas dan Silas, yang akan juga memberitahu kalian perkara-perkara yang sama secara lisan.

28Sebab ia rasa elok bagi Roh Kudus, dan bagi kami, untuk tidak menaruh beban kepada kalian melebihi hal-hal yang perlu;

29Bahawa kalian harus menjauhkan diri daripada makanan yang dipersembahkan kepada patung-patung berhala, dan daripada darah, dan daripada apa yang telah dicekik, dan daripada perbuatan berkendak: iaitu kalau kalian menjauhi diri daripada hal-hal tersebut, kalian akan berbuat elok. Selamat berbuatlah elok.

30Maka sesudah mereka bersurai, mereka pergi ke Antiokhia: dan ketika mereka telah menghimpunkan jemaah besar bersama, mereka menyampaikan surat itu:

31Yang sesudah mereka baca, mereka bersukacita bagi hiburan itu.

32Dan Yudas dan Silas, sementara sendiri merupakan nabi juga, menggesakan saudara-saudara dengan banyak perkataan, dan mengesahkan mereka.

33Dan sesudah mereka berada di sana untuk sekian lama, mereka dilepaskan dengan damai daripda saudara-saudara untuk kembali kepada para rasul.

34Walau bagaimanapun ia menyenangkan Silas untuk masih kekal berdiam di sana.

35Paulus dan Barnabas juga terus kekal di Antiokhia, sementara mengajar dan mengkhutbahkan firman Tuhan, dengan banyak orang juga.

36Dan sesudah beberapa hari Paulus berkata kepada Barnabas, Biar kita pergi semula dan melawat saudara-saudara kita di setiap kota di mana kita telah mengkhutbahkan firman Tuhan, dan melihat bagaimana keadaan mereka.

37Dan Barnabas bertekad untuk membawa bersama mereka Yohanes, yang disebut Markus;

38Tetapi Paulus tidak memikir ia elok untuk membawa dia bersama mereka, yang telah meninggalkan mereka ketika di Pamfilia, dan tidak turut pergi dengan mereka bagi pekerjaan itu.

39Dan perbalahan itu sebegitu tajam di antara mereka, sehingga mereka bertolak berpisahan antara satu sama lain: dan dengan itu Barnabas mengambil Markus, lalu berlayar ke Siprus;

40Dan Paulus pula memilih Silas, dan bertolak, sementara disyorkan saudara-saudara kepada rahmat Allah.

41And he went through Syria and Cilicia, confirming the churches.