1Lemparkanlah rotimu ke atas air: sebab kamu akan menemuinya selepas banyak hari.
2Berilah sebahagian kepada tujuh, dan juga kepada lapan; sebab kamu tidak tahu apa celaka yang akan terjadi di bumi.
3Jika awan penuh dengan hujan, ia akan dikosongkan dengan curahan ke atas bumi: dan jika sebatang pokok tumbang ke selatan, atau ke arah utara, di tempat yang pokok itu jatuh, di situlah ia berada.
4Dia yang memandang kepada angin tidak akan menabur; dan dia yang mempertimbangkan awan tidak akan menuai.
5Seperti kamu tidak tahu apa itu jalan roh, dan juga tidak tahu bagaimana tulang bertumbuh dalam rahim seorang perempuan yang hamil: demikian juga kalian tidak tahu akan pekerjaan Allah yang menciptakan semua.
6Pada waktu pagi tabur benihmu, dan pada waktu petang janganlah menahan tanganmu: sebab kamu tidak tahu mana yang akan berhasil, sama ada ini atau itu, atau mungkin kedua-duanya pun baik.
7Cahaya benar-benar manis, dan ia sesuatu yang menyenangkan bagi mata untuk melihat matahari:
8Tetapi jika seseorang hidup banyak tahun, dan bersukacita akan semua tahun itu; namun biar dia ingat hari-hari kegelapan; sebab akan ada banyak. Segala yang datang adalah kesia-siaan.
9Wahai orang muda, bersukacitalah di dalam kemudaanmu; dan biarlah hatimu menceriakanmu di dalam masa mudamu, dan berjalanlah menurut jalan hatimu, dan menurut penglihatan matamu: tetapi ketahuilah kamu ini, bahawa bagi kesemuanya ini Allah akan membawamu ke dalam penghakiman.
10Maka, buanglah dukacita daripada hatimu, dan jauhkanlah kejahatan daripada dagingmu: sebab masa kanak-kanak dan kemudaan itu sia-sia sahaja.