Esther 4

Ester 4

1Ketika Mordekhai menanggap semua yang telah dilakukan, Mordekhai mengoyak bajunya, dan memakai kain kabung dengan abu, lalu keluar ke tengah-tengah kota, dan berseru dengan seruan yang lantang dan yang pahit hati;

2Dan datang malah di hadapan pintu gerbang raja: sebab tidak seorang pun dapat masuk ke dalam pintu gerbang raja dengan kain kabung.

3Dan di setiap wilayah, barang mana perintah raja dan dekrinya sampai, adanya ratapan besar di kalangan orang Yahudi, dan puasa, dan tangisan, dan raungan; dan banyak orang berbaring di dalam kain kabung dan abu.

4Maka para dayang Ester dan para pegawai kamarnya datang dan memberitahu itu kepadanya. Kemudian sang permaisuri menjadi teramat duka; dan dia menghantar pakaian untuk menutupi Mordekhai, dan untuk mengambil kain kabungnya daripadanya: tetapi dia tidak menerimanya.

5Kemudian Ester memanggil Hatah, salah seorang pegawai kamar raja, yang telah dilantik raja untuk melayani Ester, dan Ester memberinya perintah yang diajukan kepada Mordekhai, untuk mengenal apa yang terjadi, dan mengapa ia demikian.

6Maka Hatah pergi ke Mordekhai ke jalan kota itu, yang ada di depan pintu gerbang raja.

7Dan Mordekhai memberitahu dia segala yang terjadi kepadanya, dan jumlah wang yang Haman telah berjanji untuk bayar ke dalam perbendaharaan raja bagi hal membinasakan orang Yahudi.

8Juga, dia memberinya salinan tulisan dekri yang telah diberi di Susan untuk membinasakan mereka, untuk ditunjukkan kepada Ester, dan untuk mengisytiharkan itu kepadanya, dan untuk menyuruh Ester supaya pergi kepada raja, untuk membuat permohonan kepadanya, dan untuk membuat permintaan di hadapan raja demi bangsa Ester.

9Dan Hatah datang dan memberitahu Ester kata-kata Mordekhai.

10Sekali lagi Ester berbicara kepada Hatah, dan memberinya perintah kepada Mordekhai;

11Semua hamba raja, dan rakyat wilayah-wilayah raja, tahu, bahawa barang siapa, baik lelaki mahupun perempuan, yang datang kepada raja di pelataran dalam tanpa dipanggil, ada satu hukum untuk menjatuhkan hukuman mati kepadanya, kecuali raja menghulurkan cokmar emas, supaya orang itu dapat hidup: tetapi aku tidak pernah dipanggil mendatangi raja selama tiga puluh hari.

12Dan mereka memberitahu Mordekhai kata-kata Ester.

13Kemudian Mordekhai memerintah supaya menjawab Ester, Jangan sendiri fikir bahawa kamu akan bebas di rumah raja, melebihi semua orang Yahudi.

14Jika kamu sama sekali menahan bersuara pada saat ini, maka akan adanya kelapangan dan pembebasan yang bangkit bagi orang Yahudi dari tempat yang lain; tetapi kamu dan rumah tangga ayahmu akan dibinasakan: dan siapa tahu, mungkin kamu telah memasuki kerajaan bagi saat yang sebegini?

15Kemudian Ester menyuruh mereka mengirim kepada Mordekhai jawapan ini,

16Pergi, dan kumpulkan bersama semua orang Yahudi yang ada di Susan, dan kalian berpuasalah bagiku, dan jangan makan atau minum tiga hari, malam atau siang: demikian juga aku bersama dayang-dayangku akan berpuasa sedemikian; dan dengan itu akan kupergi kepada raja, yang melanggari hukum: dan jika aku binasa, binasalah aku.

17Maka Mordekhai pergi dan berbuat menurut semua yang Ester perintahkan kepadanya.