1Pada malam itu raja tidak dapat tidur, dan dia memerintahkan untuk membawa kitab catatan tawarikh; dan ia dibaca di hadapan raja.
2Dan ternyatalah tertulis, bahawa Mordekhai telah memberitahu akan Bigtan dan Teresh, dua pegawai kamar raja, para penjaga pintu, yang harap untuk membunuh raja Ahasyweros.
3Dan raja berkata, Apakah kehormatan dan kebesaran yang telah dibuat kepada Mordekhai bagi itu? Kemudian berkatalah para hamba raja yang melayaninya, Tiada apa pun yang dibuat baginya.
4Dan raja berkata, Siapakah yang berada di halaman? Dalam pada itu, datanglah Haman ke halaman luar raja, untuk berbicara kepada raja untuk menggantung Mordekhai di pergantungan yang telah Haman persiapkan baginya.
5Dan hamba-hamba raja berkata kepadanya, Lihatlah, Haman berdiri di halaman. Dan raja itu berkata, Biarlah dia masuk.
6Maka Haman masuk. Dan raja berkata kepadanya, Apakah yang harus dilakukan kepada orang yang disukai raja untuk dihormati? Dalam pada itu, Haman memikir di dalam hatinya, Kepada siapakah akan raja bersuka untuk menghormati lebih daripada diriku?
7Dan Haman menjawab raja itu, Bagi orang yang raja suka untuk menghormati,
8Biarlah diambil pakaian diraja yang biasa dipakai raja, dan kuda yang ditunggang raja, dan mahkota diraja yang diletak di atas kepalanya:
9Dan biar pakaian dan kuda itu diserahkan kepada tangan salah seorang penguasa raja yang paling mulia, supaya mereka dapat menghiasi orang itu yang disukai raja untuk dihormati, dan bawalah orang itu di atas kuda melalui jalan-jalan kota, dan buat pengisytiharaan mendahuluinya, Beginilah akan dilakukan kepada orang yang disukai raja untuk dihormati.
10Kemudian raja itu berkata kepada Haman, Segera, ambillah pakaian dan kuda itu, seperti yang telah dikatakanmu, dan buat demikian juga kepada Mordekhai, orang Yahudi itu, yang duduk di pintu gerbang raja: biarlah tidak satu perkara pun tertinggal bagi segala yang telah disebutmu itu.
11Kemudian Haman mengambil pakaian dan kuda itu, dan menghiasi Mordekhai, lalu membawanya di atas kuda menerusi seluruh jalan kota, dan membuat pengisytiharaan mendahuluinya, Beginilah akan dilakukan kepada orang yang disukai raja untuk dihormati.
12Dan Mordekhai datang semula kepada pintu gerbang raja. Tetapi Haman bergegas ke rumahnya meratap, dan dengan kepalanya ditutupi.
13Dan Haman memberitahu Zeresh isterinya, dan semua kawannya setiap perkara yang telah menimpa dirinya. Kemudian orang-orang berhikmah dan isterinya, Zeresh berkata kepadanya, Jika Mordekhai merupakan benih orang Yahudi, yang di hadapannya kamu sudah mulai jatuh, maka kamu tidak akan berjaya menentangnya, tetapi akan pasti jatuh di depannya.
14Dan sementara mereka masih bercakap dengannya, datanglah para pegawai kamar raja, dan segera membawa Haman ke perjamuan yang disiapkan Ester.