1Dan TUHAN berfirman kepada Musa dengan berkata,
2Berbicaralah kepada bani Israel, supaya mereka berpaling dan berkhemah di depan Pihahirot, di antara Migdol dan laut, bertentangan Baalzefon: di hadapannya akan kalian berkhemah di tepi laut.
3Sebab Firaun akan berkata tentang bani Israel, Mereka sudah tersekat di negeri, dan padang gurun sudah mengurung mereka.
4Dan aku akan mengeraskan hati Firaun, supaya dia akan mengikuti mereka; dan aku akan dihormati ke atas Firaun, dan ke atas seluruh angkatannya; supaya orang Mesir dapat tahu bahawa aku TUHAN. Dan mereka berbuat demikian.
5Dan ia diberitahu kepada raja Mesir bahawa bangsa itu melarikan diri: dan hati Firaun dan hamba-hambanya berubah untuk menentang bangsa itu, dan mereka berkata, Mengapakah kita melakukan ini, sehingga kita membiarkan Israel pergi daripada pengabdian mereka kepada kita?
6Dan dia menyiapkan pedatinya, dan membawa rakyatnya bersamanya:
7Dan dia mengambil enam ratus pedati yang terpilih, dan semua pedati Mesir masing-masing dengan ketuanya.
8Dan TUHAN mengeraskan hati Firaun, raja Mesir, lalu dia mengejar bani Israel: dan bani Israel pergi dengan tangan yang dinaikkan.
9Tetapi orang Mesir mengejar mereka dengan semua kuda dan pedati Firaun, dan para penunggang kudanya, dan angkatan askarnya, dan memotong mereka yang sedang berkhemah di tepi laut, di tepi Pihairot, di hadapan Baalzefon.
10Dan ketika Firaun dekat, bani Israel menengadah, dan lihatlah, orang Mesir berkawad menuju mereka; dan mereka menjadi sungguh ketakutan: dan bani Israel berseru kepada TUHAN.
11Dan mereka berkata kepada Musa, Adakah kerana tiada kubur di Mesir, engkau telah membawa kami untuk mati di padang gurun? mengapakah kamu berbuat demikian terhadap kami, untuk membawa kami keluar dari Mesir?
12Bukankah ini kata yang disebut kami kepadamu di Mesir, dengan berkata, Biar kami bersendirian, supaya kami dapat melayani orang Mesir? Sebab ia lebih baik bagi kami untuk melayani orang Mesir, daripada kami mati di padang gurun.
13Dan Musa berkata kepada umat itu, Janganlah kalian takut, berdirilah diam-diam, dan lihatlah keselamatan TUHAN, yang dia akan tunjuk kepada kalian pada hari ini: sebab orang Mesir yang kalian lihat pada hari ini, kalian akan tidak lagi melihat mereka untuk selamanya.
14TUHAN akan berlawan bagi pihak kalian, dan kalian akan berdiam sahaja.
15Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Mengapakah kamu berseru kepadaku? berbicaralah kepada bani Israel, supaya mereka maju ke depan:
16Tetapi angkatlah tongkatmu, dan hulurkanlah tanganmu ke atas laut, dan belahlah airnya: dan bani Israel akan maju di atas tanah yang kering di tengah-tengah laut.
17Dan aku, lihatlah, aku akan mengeraskan hati orang Mesir, dan mereka akan menyusul bani Israel: dan aku akan mendapat kemuliaan ke atas Firaun, dan ke atas segala angkatannya, ke atas pedati-pedatinya, dan ke atas para penunggang kudanya.
18Dan orang Mesir akan tahu bahawa akulah TUHAN, ketika aku sudah mendapat kemuliaanku ke atas Firaun, ke atas pedati-pedatinya, dan ke atas para penunggang kudanya.
19Dan malaikat Allah, yang pergi di hadapan khemah Israel, beralih dan pergi ke belakang mereka; dan tiang awan pergi dari hadapan wajah mereka, lalu berdiri di belakang mereka:
20Dan ia datang mengantara khemah orang Mesir dan khemah orang Israel; dan ia menjadi awan kegelapan kepada pihak pertama, tetapi ia memberi cahaya pada waktu malam kepada pihak kedua: sehingga yang satu tidak dapat mendekati yang lain sepanjang malam itu.
21Dan Musa menghulurkan tangannya ke atas laut; dan TUHAN menyebabkan laut untuk ditarik balik oleh angin timur yang kuat sepanjang malam itu, dan menjadikan laut tanah yang kering, dan terbelahlah air itu.
22Dan bani Israel memasuki tengah-tengah laut itu di atas tanah yang kering: dan air itu ada sebagai tembok kepada mereka di kiri mereka dan di kanan mereka.
23Dan orang Mesir mengejar, lalu masuk menyusuli mereka ke tengah-tengah laut, malah semua kuda Firaun, pedati-pedatinya, dan para penunggang kudanya.
24Dan terjadilah, bahawa pada waktu jaga pagi TUHAN memandang kepada angkatan orang Mesir menerusi tiang api dan tiang awan, lalu menyusahkan angkatan orang Mesir itu,
25Dan mencabut roda pedati mereka, sehingga mereka memandunya dengan sungguh berat: maka orang Mesir berkata, Biar kita melarikan diri dari wajah Israel; sebab TUHAN berlawan bagi mereka menentang orang Mesir.
26Dan TUHAN berkata kepada Musa, Hulurkanlah tanganmu ke atas laut, supaya air boleh berbalik meliputi orang Mesir, ke atas pedati-pedati mereka, dan ke atas para penunggang kuda mereka.
27Dan Musa menghulurkan tangannya ke atas laut, dan laut berbalik kepada kekuatannya ketika pagi sampai; dan orang Mesir melarikan diri bertentangan dengannya; dan TUHAN menunggangbalikkan orang Mesir di tengah-tengah laut.
28Dan air itu berbalik, dan menutupi pedati-pedati itu, dan para penunggang kuda itu, dan segala angkatan Firaun yang memasuki laut itu menyusuli bani Israel; seorang pun di antara mereka tidak tertinggal.
29Tetapi bani Israel berjalan di atas tanah kering di tengah-tengah laut; dan air itu ada sebagai tembok kepada mereka di kiri mereka dan di kanan mereka.
30Demikianlah TUHAN menyelamatkan Israel pada hari itu dari tangan orang Mesir; dan Israel nampak orang Mesir mati bergelimpangan di pantai laut.
31Dan Israel nampak karya besar yang dilakukan TUHAN ke atas orang Mesir: dan bangsa itu menjadi takut akan TUHAN, dan percaya kepada TUHAN, dan hambanya Musa.