1Pada bulan ketiga, ketika bani Israel keluar dari kawasan tanah Mesir, pada hari yang sama itu, mereka masuk ke padang gurun Sinai.
2Sebab mereka telah bertolak dari Rafadim, dan telah sampai ke padang gurun Sinai, dan telah memasang khemah di padang gurun; dan di sana Israel berkhemah di hadapan gunung itu.
3Dan Musa pergi naik ke Allah, dan TUHAN memanggilnya dari gunung, dengan berfirman, Beginilah akan kamu berkata kepada rumah Yakub, dan memberitahu bani Israel;
4Kalian telah melihat apa yang telah dilakukanku kepada orang Mesir, dan bagaimana aku memikul diri kalian di atas sayap burung helang, dan telah membawa kalian kepada diriku sendiri.
5Maka sekarang, jika kalian memang mahu mentaati suaraku, dan memegang waadku, maka kalian akan menjadi harta berharga yang istimewa kepadaku mengatasi semua orang lain: sebab seluruh bumi ialah kepunyaanku.
6Dan kalian akan menjadi kepadaku sebuah kerajaan imam, dan bangsa yang kudus. Inilah kata-kata yang akan dibicarakanmu kepada bani Israel.
7Dan Musa datang dan memanggil para penatua umat itu, dan membentangkan di hadapan wajah mereka segala perkataan yang telah diperintahkan TUHAN kepadanya.
8Dan semua umat itu menjawab bersama, dan berkata, Segala yang telah difirmankan TUHAN akan kami buat. Dan Musa membawa semula kata-kata umat itu kepada TUHAN.
9Dan TUHAN berkata kepada Musa, Lihatlah, aku datang kepadamu dalam awan yang tebal, supaya umat dapat mendengar ketika aku berbicara denganmu, dan mempercayaimu untuk selamanya. Dan Musa memberitahu kata-kata umat itu kepada TUHAN.
10Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Pergi kepada umat ini, dan sucikanlah mereka pada hari ini dan pada hari esok, dan biar mereka membasuh baju mereka,
11Dan bersiap sedialah untuk hari ketiga: sebab pada hari ketiga TUHAN akan turun di pandangan semua umat di gunung Sinai.
12Dan kamu akan menetapkan batasan-batasan kepada umat itu di sekeliling, dengan berkata, Awasilah diri kalian, supaya kalian tidak naik ke gunung itu, atau menyentuh batasannya: barang siapa yang menyentuh gunung itu akan pasti dihukum mati:
13Tangan seorang pun tidak boleh menyentuhnya, tetapi dia pasti akan direjam batu, atau dilantasi panah; sama ada ia binatang atau manusia, ia tidak akan hidup: ketika sangkakala berbunyi dengan panjang, mereka akan naik ke gunung itu.
14Dan Musa turun dari gunung itu kepada umat; dan mereka membasuh baju mereka.
15Dan dia berkata kepada umat itu, Bersiaplah untuk hari ketiga: jangan menghampiri isteri-isteri kalian.
16Dan terjadilah pada hari yang ketiga pada waktu pagi, bahawa adanya guruh dan kilat, dan satu awan tebal di atas gunung itu, dan bunyi sangkakala yang teramat kuat; sehingga semua orang yang ada di dalam khemah itu gementar.
17Dan Musa membawa keluar umat itu dari perkhemahan untuk bertemu dengan Allah; dan mereka berdiri di bahagian kaki gunung.
18Dan gunung Sinai sama sekali berasap, kerana TUHAN turun ke atasnya dalam api: dan asapnya naik seperti asap sebuah perapian, dan seluruh gunung itu bergempa dengan hebat.
19Dan ketika suara sangkakala berbunyi dengan panjang, dan bertambah semakin lama semakin kuat, Musa berbicara, dan Allah menjawabnya melalui suara.
20Dan TUHAN turun ke atas gunung Sinai, di atas puncak gunung itu: dan TUHAN memanggil Musa ke atas gunung itu; dan Musa naik ke atas.
21Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Turunlah, pertanggungjawablah umat itu, supaya jangan mereka menerobos kepada TUHAN untuk melihat-lihat, lalu banyak mereka binasa.
22Dan biarlah para imam juga, yang mendekat kepada TUHAN, menguduskan diri mereka, supaya jangan TUHAN menyambar mereka.
23Dan Musa berkata kepada TUHAN, Umat itu tidak dapat naik ke gunung Sinai: sebab kamu telah mempertanggungjawabkan kami, dengan berfirman, Tetapkanlah batasan-batasan di sekeliling gunung itu, dan kuduskannya.
24Dan TUHAN berfirman kepadanya, Pergilah, turunlah, dan kamu akan naik, kamu, dan Harun bersamamu: tetapi jangan biar para imam dan umat itu menerobos untuk naik kepada TUHAN, supaya jangan dia menyambar mereka.
25Maka Musa turun ke umat itu, dan berbicara kepada mereka.