Exodus 6

Keluaran 6

1Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, Sekarang kamu akan melihat apa yang akan kubuat kepada Firaun: sebab dengan tangan yang kuat akan Firaun membiarkan mereka pergi, dan dengan tangan yang kuat akan dia menghalau mereka dari kawasan tanahnya.

2Dan Allah berbicara kepada Musa, dan berfirman kepadanya, Akulah TUHAN:

3Dan aku menyatakan diri kepada Abraham, kepada Ishak, dan kepada Yakub, dengan nama Allah Yang Maha Kuasa, tetapi melalui namaku JEHOVAH aku tidak dikenali mereka.

4Dan aku juga telah memantapkan waadku dengan mereka, untuk memberi mereka tanah Kanaan, tanah perantauan mereka, tempat yang mereka merupakan orang asing.

5Dan aku juga telah mendengar erangan bani Israel, yang diabdikan orang Mesir; dan aku ingat kepada waadku.

6Lantaran itu, berkatalah kepada bani Israel, Akulah TUHAN, dan aku akan mengeluarkan kalian dari bawah beban orang Mesir, dan aku akan menyahkan daripada kalian pengabdian mereka, dan aku akan menebus kalian dengan lengan yang terhulur, dan dengan penghakiman-penghakiman yang besar.

7Dan aku akan mengangkat kalian menjadi umatku, dan aku akan menjadi kepada kalian seorang Allah: dan kalian akan tahu bahawa akulah TUHAN Allah kalian, yang membawa kalian keluar dari bawah pengabdian orang Mesir.

8Dan aku akan membawa kalian ke kawasan tanah, yang telah aku bersumpah untuk memberi kepada Abraham, kepada Ishak, dan kepada Yakub; dan aku akan memberinya kepada kalian sebagai warisan: Akulah TUHAN.

9Dan Musa berbicara dengan demikian kepada bani Israel: tetapi mereka tidak mengendahkan Musa kerana keseksaan jiwa, dan kerana pengabdian yang kejam.

10Dan TUHAN berbicara kepada Musa, dengan berkata,

11Pergi masuk, berbicaralah kepada Firaun, raja Mesir, supaya dia membiarkan bani Israel pergi keluar dari kawasan tanahnya.

12Dan Musa berbicara di hadapan TUHAN, dengan berkata, Lihatlah, bani Israel tidak mengendahkanku; bagaimana pula akan Firaun mendengarku, yang berbibir tidak bersunat?

13Dan TUHAN berbicara kepada Musa dan kepada Harun, dan memberi mereka pertanggungjawaban bagi bani Israel, dan bagi Firaun, raja Mesir, untuk membawa bani Israel keluar dari kawasan tanah Mesir.

14Inilah kepala-kepala rumah tangga bapa-bapa leluhur mereka: bani Ruben, iaitu anak sulung Israel; Hanokh, dan Palu, Hezron, dan Karmi: itulah keluarga-keluarga Ruben.

15Dan bani Simeon; Yemuel, dan Yamin, dan Ohad, dan Yakhin, dan Zohar, dan Syaul anak kepada seorang perempuan Kanaan: itulah keluarga-keluarga Simeon.

16Dan inilah nama-nama bani Lewi mengikut turutan mereka; Gerson, dan Kohat, dan Merari: dan tahun-tahun hayat Lewi ialah seratus tiga puluh dan tujuh tahun.

17Anak-anak Gerson; Libni, dan Syimi, menurut keluarga mereka.

18Dan bani Kehat; Amram, dan Yizhar, dan Hebron, dan Uziel: dan tahun-tahun hayat Kehat ialah seratus tiga puluh dan tiga tahun.

19Dan bani Merari; Mahali dan Mushi: itulah keluarga-keluarga Lewi mengikut turutan mereka.

20Dan Amram mengambil bagi dirinya Yokhebed, saudari ayahnya, sebagai isteri; dan Yokhebed melahir baginya Harun dan Musa: dan tahun-tahun hayat Amram ialah seratus tiga puluh dan tujuh tahun.

21Dan bani Yizhar; Korah, dan Nefeg, dan Zikhri.

22Dan bani Uziel; Mishael, dan Elsafan, dan Sitri.

23Dan Harun mengambil bagi dirinya Eliseba, anak perempuan Aminadab, saudari Nahason, sebagai isteri; dan dia melahirkannya Nadab, dan Abihu, Eleazar, dan Itamar.

24Dan bani Korah; Asir, dan Elkana, dan Abiasaf: itulah keluarga-keluarga Korah.

25Dan Eleazar anak Harun mengambil bagi dirinya salah seorang anak perempuan Putiel sebagai isteri; dan perempuan itu melahir baginya Finehas: itulah kepala-kepala bapa-bapa leluhur orang Lewi mengikut keluarga-keluarga mereka.

26Inilah mereka Harun dan Musa, yang kepada mereka TUHAN berfirman, Bawalah bani Israel dari tanah Mesir menurut pasukan-pasukan mereka.

27Itulah mereka yang berbicara kepada Firaun, raja Mesir, untuk membawa keluar bani Israel dari Mesir: mereka inilah Musa dan Harun itu.

28Dan terjadilah pada hari ketika TUHAN berbicara kepada Musa di tanah Mesir,

29Bahawa TUHAN berbicara kepada Musa, dengan berkata, Akulah TUHAN: berbicaralah kepada Firaun, raja Mesir, segala yang disebut aku kepadamu.

30Dan Musa berkata di hadapan TUHAN, Lihatlah, Aku berbibir tidak bersunat, dan bagaimana mungkin Firaun mengendahkanku?