Genesis 43

Kejadian 43

1Dan kebuluran itu sungguh teruk di kawasan tanah itu.

2Dan terjadilah, sesudah mereka habis memakan biji-bijian yang telah dibeli mereka dari Mesir, ayah mereka berkata kepada mereka, Pergi semula, belilah kita sedikit makanan.

3Dan Yehuda berbicara kepadanya, dengan berkata, Orang itu dengan sungguh-sungguh berbantah kepada kami, dengan berkata, Kalian tidak akan melihat wajahku, kecuali adik kalian ada bersama kalian.

4Jika kamu mengutus saudara kami bersama kami, maka kami akan turun dan membelimu makanan:

5Tetapi jika kamu tidak akan mengutusnya, maka kami tidak akan turun: sebab lelaki itu berkata kepada kami, Kalian tidak akan melihat wajahku, kecuali adik kalian ada bersama kalian.

6Dan Israel berkata, Mengapakah kalian melayaniku dengan sebegitu buruk, dengan memberitahu lelaki itu sama ada kamu memiliki seorang adik lagi?

7Dan mereka berkata, Lelaki itu menanya kami dengan cukup teliti keadaan kami, dan keadaan sanak saudara kami, dengan berkata, Adakah ayah kalian masih hidup? adakah kalian mempunyai seorang adik lagi? dan kami memberitahunya menurut kecondongan kata-katanya: mungkinkah kami dengan pasti dapat tahu bahawa dia akan berkata, Bawalah adikmu ke mari?

8Dan Yehuda berkata kepada Israel, ayahnya, Utuskanlah budak itu bersamaku, dan kami akan berangkat pergi; supaya kami dapat hidup, dan tidak mati, kedua-dua kami, dan kamu, dan juga anak-anak kecil kami.

9Dan aku akan menjadi penajajamin baginya; dari tanganku akan kamu menuntutnya: jika aku tidak membawanya kepadamu, dan menaruhnya di hadapanmu, maka biarlah aku menanggung kesalahan ini untuk selamanya:

10Sebab kalau bukan kami berlengah-lengah, sudah tentu sekarang kami sudah kembali untuk kali keduanya.

11Dan ayah mereka, Israel berkata kepada mereka, Jika ia seharusnya demikian sekarang, maka lakukanlah ini; ambillah buah hasil yang terbaik dari tanah untuk dimasukkan ke dalam bejana-bejana kalian, dan bawalah kepada lelaki itu sebuah hadiah, sedikit balsam, dan sedikit madu, rempah-ratus, dan mur, kacang, dan buah badam:

12Dan ambillah wang dua kali ganda di dalam tanganmu; dan wang yang dibawa balik semula yang di mulut karung-karungmu itu, bawalah itu semula di tanganmu; kemungkinan itu sesuatu kesilapan:

13Ambil juga saudaramu, dan berangkatlah, pergi semula kepada lelaki itu:

14Dan Allah Yang Maha Kuasa memberimu belas kasihan di hadapan lelaki itu, supaya dia dapat menghantar balik saudaramu, dan Benyamin. Jika aku dirampas anak-anakku, maka aku dirampas.

15Dan orang-orang itu mengambil hadiah itu, dan mereka mengambil dua kali ganda wang di dalam tangan mereka, dan Benyamin; lalu berangkat dan pergi turun ke Mesir, dan berdiri di hadapan Yusuf.

16Dan ketika Yusuf nampak Benyamin bersama mereka, dia berkata kepada penguasa rumahnya, Bawalah orang-orang ini kembali ke rumah, dan sembelih, dan buat persiapan; sebab orang-orang ini akan makan bersama-samaku pada waktu tengah hari.

17Dan lelaki itu berbuat apa yang dititahkan Yusuf; dan lelaki itu membawa orang-orang itu ke dalam rumah Yusuf.

18Dan orang-orang itu ketakutan, kerana mereka dibawa ke dalam rumah Yusuf; dan mereka berkata, Kerana wang yang telah dipulangkan di dalam karung-karung kami pada waktu pertama, kami sedang dibawa masuk; supaya dia dapat mencari salah terhadap kami, dan menimpa kami, dan mengambil kami sebagai hamba abdi, dan keldai-keldai kami.

19Dan mereka mendekati bendahara rumah Yusuf, dan mereka berhubung dengannya di pintu rumah itu,

20Dan berkata, Ya tuan, kami sememangnya turun pada kali pertama untuk membeli makanan:

21Dan terjadilah, ketika kami masuk ke tempat penginapan, bahawa kami membuka karung-karung kami, dan, lihatlah, setiap orang punya wang masing-masing berada di karungnya, iaitu wang kami yang sepenuh beratnya: dan kami telah membawa itu semula di tangan kami.

22Dan wang yang selain wang ini telah kami bawa di tangan kami untuk membeli makanan: kami tidak dapat meneka siapa yang telah menaruh wang kami ke dalam karung-karung kami.

23Dan dia berkata, Damai sejahtera menyertai kalian, janganlah takut: Allahmu, dan Allah ayahmu, telah memberi kalian harta di dalam karung-karungmu: Aku telah menerima wangmu. Dan dia membawa Simeon keluar kepada mereka.

24Dan lelaki itu membawa orang-orang itu ke dalam rumah Yusuf, lalu memberi mereka air, dan mereka membasuh kaki mereka; dan dia memberi keldai-keldai mereka makanan.

25Dan mereka menyiapkan hadiah terhadap Yusuf yang masuk pada waktu tengah hari: sebab mereka mendengar bahawa mereka harus makan roti di sana.

26Dan sesudah Yusuf pulang ke rumah, mereka membawanya hadiah yang ada di tangan mereka ke dalam rumah, dan bersujud kepadanya sampai ke bumi.

27Dan dia menanya mereka akan kebajikan mereka, dan berkata, Adakah ayahmu selamat, orang tua yang kalian sebut itu? Masih hidupkah dia?

28Dan mereka menjawab, Hambamu, ayah kami, berada dalam kesihatan yang baik, dia masih hidup. Dan mereka menundukkan kepala mereka, dan membuat sujud hormat.

29Dan Yusuf melayangkan pandangannya, dan melihat saudaranya Benyamin, anak lelaki ibunya, dan berkata, Adakah ini adik bongsumu, yang disebut kalian kepadaku? Dan dia berkata, Allah berbudi baik kepadamu, hai anakku.

30Dan Yusuf bergegas; sebab sanubarinya merindui saudaranya: dan dia mencari-cari tempat untuk menangis; dan dia memasuki kamarnya, dan menangis di sana.

31Dan dia membasuh mukanya, dan keluar, dan mengekang dirinya, dan berkata, Hidangkanlah roti.

32Dan mereka menghidangkan bagi Yusuf bersendirian, dan bagi mereka bersendirian, dan bagi orang Mesir yang makan bersama Yusuf, bersendirian: kerana orang Mesir tidak boleh makan roti bersama orang Ibrani; sebab itulah kekejian kepada orang Mesir.

33Dan mereka duduk di hadapannya, yang sulung menurut hak kelahirannya, dan yang bungsu menurut kemudaannya: dan orang-orang itu menunjukkan hairan kepada satu sama lain.

34Dan Yusuf mengambil dan menyajikan hidangan-hidangan kepada mereka dari hadapannya: tetapi hidangan Benyamin adalah lima kali ganda lebih banyak daripada mana-mana mereka yang lain. Dan mereka minum, dan bersukaria bersamanya.