Hebrews 2

Ibrani 2

1Oleh sebab itu, kita harus lebih sungguh-sungguh mengendahkan hal yang telah kita dengar, supaya jangan pada bila-bila masa kita membiarkannya tercicir.

2Sebab jika kata yang diucapkan malaikat itu teguh, dan setiap pelanggaran dan kederhakaan menerima suatu balasan ganjaran yang adil;

3Bagaimanakah kita mungkin terlepas, jika kita mengabaikan suatu keselamatan yang sebegitu besar; yang pertama-tama telah mula diucapkan oleh Tuhan, lalu telah disahkan kepada kita oleh mereka yang telah mendengarnya;

4Allah juga bersaksi bagi mereka, dengan tanda-tanda dan keajaiban, dan dengan pelbagai mukjizat, dan kurnia-kurnia Roh Kudus, menurut kehendaknya sendiri?

5Sebab bagi malaikat dia tidak menjadikan mereka tertakluk kepada dunia yang akan datang, yang sedang dibicarakan kita ini.

6Tetapi salah seorang telah bersaksi di suatu tempat, dengan berkata, Apakah manusia, sehingga engkau memikirkannya? atau anak manusia, sehingga engkau melawatinya?

7Engkau menjadikannya sedikit lebih rendah daripada para malaikat; engkau memahkotainya dengan kemuliaan dan kehormatan, dan telah menetapkannya mengatasi karya tanganmu:

8Engkau telah meletakkan segalanya tertakluk di bawah kakinya. Dalam hal meletakkan segalanya tertakluk di bawahnya, dia tidak meninggalkan sesuatu pun yang tidak tertakluk di bawahnya. Tetapi sekarang kita belum nampak segalanya diletakkan di bawahnya.

9Tetapi kita nampak Yesus, yang telah dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat bagi penderitaan maut, dimahkotai dengan kemuliaan dan kehormatan; supaya dia melalui rahmat Allah akan mengecap maut bagi setiap orang.

10Sebab itu telah menjadi dia, dia yang baginya segalanya, dan yang melaluinya segalanya, sedang kala membawa banyak anak kepada kemuliaan, untuk menjadikan ketua keselamatan mereka sempurna melalui penderitaan.

11Sebab kedua-dua dia yang menyucikan dan mereka yang disucikan semuanya satu: oleh sebab itu, dia tidak malu untuk memanggil mereka saudara,

12Sedang kala berkata, Aku akan mengisytiharkan namamu kepada saudara-saudaraku, di tengah-tengah gereja aku akan menyanyi pujian kepadamu.

13Dan lagi, Aku akan menaruh kepercayaanku kepadanya. Dan lagi, Lihatlah, inilah aku dengan anak-anak yang telah Allah beri kepadaku.

14Maka seberapa banyak anak-anak itu merupakan peserta daging dan darah, dia sendiri juga menyertai itu; supaya melalui maut dia dapat membinasakan dia yang ada kuasa atas maut, iaitu, si iblis;

15Dan menyelamatkan mereka yang melalui takut akan maut telah sepanjang hayat mereka tertakluk kepada belenggu.

16Sebab sesungguhnya dia tidak mengenakan pada dirinya sifat para malaikat; tetapi dia mengenakan pada dirinya benih Abraham.

17Lantaran itu, dalam segalanya ia sesuai baginya untuk dijadikan seperti saudara-saudaranya, supaya dia dapat menjadi imam besar yang berbelas kasihan dan yang setia dalam hal yang berkenaan dengan Allah, untuk membuat pendamaian bagi dosa-dosa umat itu.

18Sebab setelah dia sendiri menderita sementara dicubai, dia mampu mendukung mereka yang dicubai.