Hebrews 3

Ibrani 3

1Lantaran itu, saudara sekalian yang kudus, para peserta dalam panggilan syurgawi, pertimbangkan Rasul dan Imam Besar pengakuan kita, Kristus Yesus;

2Yang telah setia kepada dia yang melantikkannya, seperti juga Musa telah setia dalam segala rumahnya itu.

3Sebab manusia ini dikira layak untuk lebih kemuliaan daripada Musa, sepertimana dia yang telah membina rumah ada lebih kemuliaan daripada rumah.

4Sebab setiap rumah ada pembinanya; tetapi yang telah membina segalanya ialah Allah.

5Dan Musa sesungguhnya telah setia dalam segala rumahnya itu, sebagai seorang hamba, bagi suatu kesaksian akan apa yang harus dibicarakan nanti;

6Tetapi Kristus itu adalah sebagai anak dalam rumahnya sendiri; rumahnya itu kita, jika kita memegang teguh keyakinan dan sukacita bagi harapan itu dengan kukuh sampai akhir.

7Lantaran itu (sepertimana Roh Kudus berfirman, Pada hari Ini kalau kalian ingin mendengar suaranya,

8Janganlah mengeraskan hatimu, seperti di dalam provokasi itu, pada hari cubaan di padang gurun:

9Ketika bapa-bapa leluhur kalian mencubaiku, mengujiku, dan nampak pekerjaanku untuk empat puluh tahun.

10Lantaran itu, aku telah sesal dengan generasi itu, dan berfirman, Mereka selalu bersalah dalam hati mereka; dan mereka tidak mengenal jalan-jalanku.

11Jadi aku telah bersumpah dalam murkaku, Mereka tidak akan masuk peristirahatanku.)

12Awas, saudara sekalian, supaya jangan sesiapa pun di kalangan kalian yang ada hati ketidakpercayaan yang jahat, dengan meninggalkan Allah yang hidup.

13Tetapi gesakanlah satu sama lain hari demi hari, sementara ia masih dipanggil hari Ini; supaya jangan sesiapa pun di kalangan kalian dikeraskan oleh perdayaan dosa.

14Sebab kita dijadikan para peserta dalam Kristus, jika kita memegang permulaan keyakinan kita itu dengan teguh sampai akhir;

15Sementara ia telah difirmankan, Pada Hari ini jika kalian ingin mendengar suaranya, janganlah mengeraskan hati kalian, seperti dalam provokasi itu.

16Bagi sesetengah orang, setelah mereka mendengar, memang memprovokasi: walau bagaimanapun bukan kesemuanya yang keluar dari Mesir oleh Musa.

17Tetapi bagi siapakah dia rasa sesal untuk empat puluh tahun? bukankah ia mereka yang telah berdosa, yang bangkai-bangkai mereka bergelimpangan di padang gurun?

18Dan bagi siapakah yang dia bersumpah bahawa mereka tidak akan masuk ke dalam peristirahatannya, tetapi bagi mereka yang tidak percaya?

19Jadi kita nampak bahawa mereka tidak dapat masuk kerana ketidakpercayaan.