Hebrews 4

Ibrani 4

1Maka, biarlah kita takut, supaya jangan, janji yang ditinggalkan bagi kita untuk memasuki peristirahatannya nampaknya tidak layak bagi sesiapa pun di antara kalian.

2Sebab kepada kita injil itu telah dikhutbahkan, demikian juga kepada mereka: tetapi firman yang dikhutbahkan itu tidak menguntungkan mereka, sementara tidak disepadukan dengan iman di dalam mereka yang telah mendengarnya.

3Sebab kita yang telah percaya memang memasuki peristirahatan, sebagaimana dia telah berfirman, Aku telah bersumpah di dalam murkaku, jika mereka memasuki peristirahatanku: walaupun pekerjaan-pekerjaan itu sudah selesai sejak adanya dasar dunia.

4Sebab dia telah berbicara dalam suatu tempat tertentu tentang hari ketujuh sedemikian, Dan Allah memang beristirahat pada hari ketujuh daripada segala pekerjaannya.

5Dan di tempat ini sekali lagi, Jika mereka memasuki peristirahatanku.

6Maka memandangkan bahawa ada sesetengah orang yang harus masuk ke dalamnya, dan mereka yang pertama-tama menerima khutbah itu tidak masuk kerana ketidakpercayaan:

7Sekali lagi, dia mengehadkan suatu hari, dan menyatakan menerusi Daud, Pada hari ini, selepas jangka masa yang lama; seperti yang telah difirmankan, Pada hari ini jika kalian ingin mendengar suaranya, jangan mengeraskan hati kalian.

8Sebab jika Yesus telah memberi mereka peristirahatan, maka dia selepas itu tidak akan mungkin berbicara akan hari yang lain.

9Maka ada tinggal suatu peristirahatan bagi umat Allah.

10Sebab dia yang telah masuk ke dalam istirahatnya, dia itu juga telah berhenti daripada kerjanya sendiri, seperti Allah berhenti daripada kerjanya.

11Maka biar kita berjerih lelah untuk masuk ke dalam peristirahatan itu, supaya jangan sesiapa pun jatuh menuruti contoh ketidakpercayaan tersebut.

12Sebab firman Allah itu hidup, dan sungguh berkuasa, dan lebih tajam daripada mana-mana pedang bermata dua, ia menembus sampai kepada pembelahan jiwa dan roh pun, dan pembelahan sendi dan sum-sum, dan merupakan pembeza fikiran dan niat hati.

13Dan juga tiada makhluk yang tidak ternyata kepada pandangannya: tetapi segalanya telanjang dan terbuka kepada mata dia, dia yang harus kita menghadap.

14Maka memandangkan kita ada imam besar agung, yang telah langsung masuk ke syurga, Yesus Anak Allah, biar kita memegang teguh pengakuan kita.

15Sebab kita bukan ada seorang imam besar yang tidak dapat dijamah dengan perasaan kedaifan kita; tetapi telah dalam segala segi dicubai seperti kita, namun tanpa berdosa.

16Maka biar kita tampil dengan berani ke takhta rahmat, supaya kita dapat memperoleh belas kasihan, dan menemui rahmat untuk membantu pada masa keperluan.