1Sebab setiap imam besar yang diambil daripada kalangan manusia ditahbiskan bagi manusia dalam hal yang berkaitan dengan Allah, supaya dia dapat mempersembahkan kedua-dua persembahan dan korban bagi dosa:
2Dia itulah yang dapat berbelas kasihan ke atas orang jahil, dan mereka yang menyimpang daripada jalan itu; kerana dia sendiri juga dilingkupi kedaifan.
3Dan atas alasan demikian dia patut, bagi rakyat, dan juga bagi dirinya sendiri, membuat persembahan bagi dosa.
4Dan tiada sesiapa pun yang mengambil kehormatan ini kepada dirinya sendiri, tetapi dia yang telah dipanggil oleh Allah, seperti Harun dipanggil.
5Demikian juga Kristus tidak memuliakan dirinya sendiri untuk dijadikan imam besar; tetapi dia yang berkata kepadanya, Engkaulah Anakku, pada hari ini aku telah memperanakkan engkau.
6Seperti juga dia berkata di tempat yang lain, Engkaulah imam selama-lamanya menurut aturan Melkisedek.
7Yang pada hari-hari hayatnya dalam bentuk daging, setelah dia mempersembahkan doa dan permohonan dengan tangisan yang kuat dan dengan air mata kepada dia yang mampu menyelamatkannya daripada maut, telah didengarkan kerana dia takut;
8Walaupun dia Anak, namun dia telah belajar ketaatan melalui apa yang dideritakannya;
9Dan setelah disempurnakan, dia menjadi pengarang keselamatan kekal bagi mereka semua yang mentaatinya;
10Dia dipanggil oleh Allah sebagai seorang imam besar menurut aturan Melkisedek.
11Ada banyak yang ingin dibicarakan kami tentang dia, dan sukar untuk dituturkan, memandangkan kalian tumpul dalam pendengaran.
12Sebab ketika masanya masak bagi kalian seharusnya menjadi guru, kalian ada keperluan bagi seseorang mengajar kalian semula prinsip-prinsip pertama keramat-keramat Allah; dan kalian sudah menjadi seperti mereka yang memerlukan susu, dan bukan daging pejal.
13Sebab setiap orang yang memakai susu tidak mahir dalam firman kewajaran: kerana dia seorang bayi.
14Tetapi daging pejal adalah untuk mereka yang sudah berumur matang, yakni mereka yang oleh pemakaian telah menggiatkan deria-deria mereka untuk membezakan kedua-dua baik dan jahat.