Isaiah 4

Yesaya 4

1Dan pada hari itu tujuh perempuan akan berpegang kepada satu lelaki, dengan berkata, Kami akan makan roti kami sendiri, dan memakai pakaian kami sendiri: hanya biarlah kami dipanggil menurut namamu, supaya membuang keaiban kami.

2Pada hari itu akan cabang TUHAN menjadi indah dan penuh kemuliaan, dan buah di bumi akan menjadi cemerlang dan elok bagi mereka yang telah terlepas dari Israel.

3Dan ia akan terjadi, bahawa dia yang tertinggal di Sion, dan dia yang kekal di Yerusalem, akan dipanggil kudus, bahkan setiap orang yang tertulis di kalangan orang hidup di dalam Yerusalem.

4Ketika Tuhan sudah membersihkan kekotoran anak-anak perempuan Sion, dan sudah menyingkirkan darah Yerusalem dari tengah-tengahnya oleh roh penghakiman, dan oleh roh pembakaran.

5Dan TUHAN akan menciptakan di atas setiap tempat kediaman gunung Sion, dan di atas perhimpunan-perhimpunannya, awan dan asap pada waktu siang, dan sinaran dan nyalaan api pada waktu malam: sebab ke atas semua kemuliaan itu akan menjadi pertahanan.

6Dan akan adanya khemah sebagai bayang-bayang pada hari siang terhadap kepanasan, dan sebagai tempat perlindungan, dan sebagai teduh daripada ribut dan daripada hujan.