1Saudaraku sekalian, janganlah banyak yang menjadi guru, sementara tahu bahawa kitalah yang akan menerima keterkutukan yang lebih besar.
2Sebab dalam banyak perkara kita semua ada pelanggaran. Jika sesiapa pun tidak ada pelanggaran dari segi perkataan, orang itu orang sempurna, dan juga dapat mengekang seluruh tubuh.
3Lihatlah, kita memasang kekang pada mulut kuda, supaya ia dapat mentaati kita; dan kita dapat memusingkan seluruh tubuh kuda itu.
4Lihatlah juga kapal-kapal, yang walaupun sebegitu besar, dan ditiup oleh angin yang kencang, namun ia dipusingkan dengan suatu kemudi yang sangat kecil, ke mana sahaja yang diinginkan nakhoda.
5Demikian juga lidah itu merupakan suatu anggota yang kecil, dan memegahkan hal yang besar. Lihatlah, betapa besar suatu hal yang dapat dicetuskan sedikit api!
6Dan lidah itu api, yakni suatu dunia penuh dengan kedurjanaan: demikianlah lidah itu di kalangan anggota-anggota kita, sehingga ia menodai seluruh tubuh, dan menyalakan perkitaran naluri dengan api; dan ia dinyalakan dengan api neraka.
7Sebab segala jenis binatang, dan burung, dan ular, dan apa yang ada di laut, dijinakkan, dan telah dijinakkan oleh manusia.
8Tetapi bagi lidah tiada seorang pun yang dapat menjinakkannya; ia suatu kejahatan yang tidak terkawal, penuh dengan racun yang mematikan.
9Dengannya kita memuji Allah, yakni Bapa kita; dan dengannya kita mengutuki manusia, yang telah dijadikan menurut gambar Allah.
10Daripada mulut yang sama keluar berkat dan kutuk. Saudaraku sekalian, ini tidak harus sedemikian.
11Adakah mata air memancar air yang manis dan air yang pahit di tempat yang sama?
12Dapatkah pokok ara, saudaraku sekalian, menghasilkan buah zaitun? atau suatu pokok anggur, buah ara? demikian tiada mata air yang dapat menghasilkan kedua-dua air masin dan air tawar.
13Siapakah orang berhikmah dan dikurniakan pengetahuan di kalangan kalian? biar dia menunjuk dari perangainya yang baik pekerjaannya dengan hikmah yang rendah hati.
14Tetapi jika kalian ada hasad dengki pahit dan persengketaan dalam hati kalian, jangan bermegah, dan jangan berbohong menentang kebenaran.
15Hikmah ini tidak diturunkan dari atas, tetapi bersifat bumi, sensual, dan keiblisan.
16Sebab di mana hasad dengki dan persengketaan berada, di situ ada kekeliruan dan segala jenis perbuatan jahat.
17Tetapi hikmah dari atas adalah pertama-tamanya suci, kemudian cenderung berdamai, lemah-lembut, dan mudah untuk dirayukan, penuh dengan belas kasihan dan buah baik, tanpa berberat sebelah, dan tanpa kemunafikan.
18Dan buah kewajaran ditabur dengan damai sejahtera oleh mereka yang berbuat damai.