John 2

Yohanes 2

1Pada hari ketiga ada perkahwinan di Kana yang di Galilea, dan ibu kepada Yesus berada di sana:

2Dan kedua-dua Yesus dan murid-muridnya diundang ke perkahwinan itu.

3Dan apabila mereka kekurangan wain, ibu Yesus berkata kepadanya, Mereka tidak ada wain.

4Yesus berkata kepadanya, Hai puan, apakah urusanku denganmu? waktuku belum lagi tiba.

5Ibunya berkata kepada para hamba, Apa jua yang dia kata kepada kalian, lakukannya.

6Dan di sana ada enam buah tempayan batu, menurut adat pembasuhan orang Yahudi, yang muatannya dua atau tiga firkin sebuah.

7Yesus berkata kepada mereka, Isikan tempayan-tempayan itu dengan air. Dan mereka mengisikannya sampai ke bibir tempayan.

8Dan dia berkata kepada mereka, Cedoklah sekarang, dan angkat itu kepada gabenor pesta itu. Dan mereka mengangkatnya.

9Sesudah penyelia pesta itu mengecap air yang telah dijadikan wain, dan tidak tahu dari mana datangnya itu: (tetapi hamba-hamba yang mencedok air itu tahu;) gabenor pesta itu memanggil pengantin lelaki,

10Dan berkata kepadanya, Setiap orang pada permulaan menghidangkan wain yang baik; dan sesudah orang puas minum, menghidangkan yang paling kurang baik: tetapi kamu telah menyimpan wain yang baik sehingga sekarang.

11Permulaan mukjizat ini dilakukan Yesus di Kana yang di Galilea, dan menyatakan kemuliaannya; dan murid-muridnya percaya kepadanya.

12Selepas itu dia turun ke Kapernaum, dia, dengan ibunya, dan saudara-saudaranya, dan murid-muridnya: dan mereka berdiam di sana untuk tidak banyak hari.

13Dan hari raya pelangkauan orang Yahudi menjelang, dan Yesus berangkat naik ke Yerusalem,

14Dan mendapati di dalam bait suci mereka yang menjual lembu dan domba dan merpati, dan para penukar wang sedang duduk:

15Dan setelah dia membuat cemeti daripada tali kecil, dia mengusir mereka keluar daripada bait suci, dengan domba, dan lembu; dan menghamburkan wang para penukar, dan menterbalikkan meja;

16Dan berkata kepada mereka yang menjual merpati, Ambil semuanya ini dari sini; jangan memperlakukan rumah Bapaku suatu rumah perdagangan.

17Dan para muridnya teringat apa yang tertulis, Keghairahan bagi rumahmu telah menghanguskanku.

18Kemudian orang Yahudi berjawab dan berkata kepadanya, Apakah tanda yang akan kamu tunjuk kepada kami, memandangkan kamu melakukan segalanya ini?

19Yesus menjawab dan berkata kepada mereka, Binasakanlah bait ini, dan dalam tiga hari aku akan membangkitkannya semula.

20Kemudian kata orang Yahudi, Empat puluh dan enam tahun telah dipakai untuk membina bait suci ini, dan akankah kamu membangunnya dalam tiga hari?

21Tetapi dia berbicara tentang bait tubuhnya.

22Maka sesudah dia dibangkitkan dari antara orang mati, para muridnya teringat bahawa dia telah menyatakan ini kepada mereka; dan mereka percaya kepada kitab, dan firman yang telah diucapkan Yesus.

23Ketika dia berada di Yerusalem pada perayaan pelangkauan, pada hari pesta itu, banyak yang percaya dalam namanya, ketika mereka nampak mukjizat-mukjizat yang dilakukannya.

24Tetapi Yesus tidak menyerahkan dirinya kepada mereka, kerana dia mengenal semua manusia,

25Dan tidak keperluan sesiapapun untuk bersaksi tentang manusia: sebab dia tahu apa yang ada dalam manusia.