1Ada yang hadir pada musim itu yang memberitahunya tentang orang Galilea, yang darah mereka itu dicampur dengan korban-korban mereka oleh Pilatus.
2Dan Yesus berjawab dan berkata kepada mereka, Adakah kalian menganggap orang Galilea ini lebih berdosa daripada semua orang Galilea sebab mereka menderita hal-hal sedemikian?
3Aku memberitahu kalian, Tidak: tetapi kecuali kalian bertaubat, kamu sekalian juga akan binasa sedemikian.
4Atau yang lapan belas orang itu, yang menara Siloam jatuh menimpa mereka, lalu membunuh mereka, adakah kalian fikir mereka lebih berdosa daripada semua orang yang berdiam di Yerusalem?
5Aku memberitahu kalian, Tidak: tetapi kecuali kalian bertaubat, kamu sekalian juga akan binasa sedemikian.
6Yesus juga telah menceritakan perumpamaan ini; Seorang telah mendapatkan sebatang pokok ara ditanam di ladangnya; dan dia datang mencari buahnya tetapi tiada yang dijumpai.
7Maka dia berkata kepada pekebun ladangnya, Tengoklah, tiga tahun ini aku datang mencari buah pada pokok ara ini, dan tiada yang dijumpai: Tebangkanlah pokok ini; harus mengapakah ia membebankan tanah ini?
8Dan pekebun itu berjawab dengan berkata kepadanya, Tuan, izinkan pokok ini dibiarkan setahun lagi, supaya aku dapat mencangkul di sekelilingnya dan membajainya:
9Dan jika ia berbuah, baiklah: dan jika tidak, maka, silalah tuan menebangnya.
10Dan dia sedang mengajar di dalam salah satu saumaah pada hari Sabat.
11Dan, lihatlah, ada seorang perempuan yang mempunyai roh kedaifan untuk lapan belas tahun, dan telah dibongkokkan bersama, dan tidak dapat dengan apa cara pun menegakkan dirinya sendiri.
12Dan ketika Yesus melihatnya, dia memanggil dia kepadanya, dan berkata kepadanya, Hai perempuan, kamu dilepaskan daripada kedaifanmu.
13Dan dia menumpang tangannya ke atas perempuan itu: dan dengan serta-merta perempuan itu ditegakkan, lalu memuliakan Allah.
14Dan penguasa saumaah itu menjawab dengan penuh amarah, kerana hal bahawa Yesus telah menyembuh pada hari Sabat, lalu dia berkata kepada umat, Ada enam hari yang manusia patut bekerja: maka di dalam hari-hari itu datanglah untuk disembuhkan dan bukan pada hari Sabat.
15Tuhan kemudian menjawabnya, dan berkata, Hai kamu yang munafik, bukankah setiap orang di antara kalian pada hari Sabat melepaskan lembu jantannya atau keldainya dari kandang, dan membawanya ke tempat minuman?
16Dan tidak patutkah perempuan ini, sementara merupakan anak Abraham, yang telah diikat Syaitan, lihatlah, selama lapan belas tahun ini, dilepaskan daripada ikatan ini pada hari Sabat?
17Dan sesudah dia menyatakan hal-hal itu, semua seterunya beroleh malu: dan semua umat itu bersukacita bagi segala hal mulia yang telah dilakukannya.
18Kemudian dia berkata, Dengan apakah kerajaan Allah diumpamakan? dan kepada apakah harusku ibaratkannya?
19Ia seumpama benih sesawi, yang telah diambil seorang lelaki, dan menaburkannya ke dalam kebunnya; dan ia bertumbuh, lalu bertambah menjadi pokok yang besar; dan burung-burung di udara menghinggapi cabang-cabangnya.
20And again he said, Whereunto shall I liken the kingdom of God?
21It is like leaven, which a woman took and hid in three measures of meal, till the whole was leavened.
22Dan Yesus pergi melalui kota-kota dan perkampungan, sambil mengajar, dan berjalan menuju ke Yerusalem.
23Kemudian salah seorang berkata kepadanya, Tuhan, sedikit sahajakah yang diselamatkan? Dan Yesus berkata kepada mereka,
24Berusaha untuk memasuki pintu yang suntuk: sebab banyak, aku berkata kepada kalian, akan harap untuk memasukinya, dan tidak akan mampu.
25Sesudah tuan rumah bangkit, dan menutupi pintu, dan kalian mula untuk berdiri di luar, lalu mengetuk pintu, dengan berkata, Tuan, Tuan, bukalah bagi kami; dan dia akan menjawab dan berkata kepada kalian, Aku tidak mengenal kalian dan dari mana datangnya kalian:
26Kemudian kalian akan mula berkata, Kami telah makan dan minum di hadiratmu, dan engkau pernah mengajar di jalan-jalan kami.
27Tetapi dia akan berkata, aku memberitahu kalian, Aku tidak mengenal dari mana datangnya kalian; Nyahlah daripadaku, kalian yang mengerjakan kedurjanaan.
28Akan adanya tangisan dan gertakan gigi, ketika kalian melihat Abraham, dan Ishak, dan Yakub, dan semua nabi, di kerajaan Allah, dan kalian sendiri dicampak ke luar.
29Dan orang-orang akan datang dari timur, dan dari barat, dan dari utara, dan dari selatan, dan akan duduk di kerajaan Allah.
30Dan, lihatlah, ada yang terakhir yang akan menjadi pertama, dan ada yang pertama yang akan menjadi terakhir.
31Pada hari yang sama datanglah sesetengah orang Farisi, dengan berkata kepadanya, Pergilah, dan tinggalkanlah tempat ini: sebab Herodes mahu membunuhmu.
32Dan dia berkata kepada mereka, Kalian pergi, dan beritahu si rubah itu, Lihatlah, aku mengusir setan, dan melakukan kesembuhan pada hari ini dan pada hari esok, dan pada hari ketiga aku akan disempurnakan.
33Walau bagaimanapun, aku harus berjalan pada hari ini, hari esok, dan lusa: sebab ia tidak mungkin seorang nabi binasa di luar Yerusalem.
34O Jerusalem, Jerusalem, which killest the prophets, and stonest them that are sent unto thee; how often would I have gathered thy children together, as a hen doth gather her brood under her wings, and ye would not!
35Behold, your house is left unto you desolate: and verily I say unto you, Ye shall not see me, until the time come when ye shall say, Blessed is he that cometh in the name of the Lord.