Luke 15

Lukas 15

1Kemudian datanglah kepadanya para pemungut cukai dan para pendosa untuk mendengarnya.

2Dan orang Farisi dan para jurutulis bersungut-sungut, dan berkata, Orang ini menyambut para pendosa, dan makan bersama mereka.

3Lalu Yesus mengucap perumpamaan ini kepada mereka, dengan berkata,

4Mana satu di antara kalian, sementara ada seratus domba, jika dia kehilangan salah satu daripadanya, tidak meninggalkan yang sembilan puluh sembilan itu di padang gurun, dan pergi mencari itu yang sudah sesat, sehingga dia menemuinya?

5Dan sesudah dia menemuinya, dia mengangkatnya pada bahunya, lalu bersukacita.

6Dan sesudah dia kembali ke rumah, dia memanggil bersama sahabat-sahabatnya dan jiran-jirannya, sambil berkata kepada mereka, Bersukacitalah bersamaku; sebab aku telah menemui dombaku yang sudah sesat.

7Aku berkata kepada kalian, bahawa dengan demikian juga sukacita ada di syurga atas seorang pendosa yang bertaubat, lebih daripada sembilan puluh sembilan orang benar, yang tidak memerlukan pertaubatan.

8Atau perempuan manakah yang sementara memiliki sepuluh keping wang perak, jika dia kehilangan satu keping, tidak menyalakan cahaya lilin, lalu menyapu rumah, dan mencari-cari dengan tekun sehingga dia menemuinya?

9Dan sesudah dia telah menemuinya, dia memanggil sahabat-sahabatnya bersama, dengan berkata, Bersukacitalah dengan aku; sebab aku telah menemui keping itu yang telah kuhilang.

10Demikian juga, aku berkata kepada kalian, ada sukacita di mana para malaikat berada bagi satu pendosa yang bertaubat.

11Dan Dia berkata, Ada salah seorang lelaki yang mempunyai dua anak lelaki:

12Dan yang lebih muda itu berkata kepada ayahnya, Ayah, beri kepadaku bahagian harta yang merupakan hak aku. Dan dia mengagih-agihkan kepada mereka wang sara dirinya.

13Tidak lama kemudian, dalam beberapa hari, anaknya yang lebih muda itu mengumpulkan segala-galanya, dan berangkat melanjutkan perjalanannya ke negara yang jauh, dan di sana memboros hartanya dengan kehidupan berfoya-foya.

14Dan apabila dia telah membelanjakan semuanya, terjadilah kemarau besar di tanah itu; dan dia mulai mengalami kekurangan.

15Dan dia pergi dan menyertai dirinya kepada salah seorang rakyat negara itu; lalu orang itu mengutuskannya kepada ladangnya untuk memberi makan kepada babi.

16Dan dia sangat ingin mengisi perutnya dengan hampas yang dimakan babi itu: namun tidak seorangpun memberikannya kepadanya.

17Dan apabila dia menjadi sedar, dia berkata, Betapa banyak hamba-hamba upahan ayahku memiliki cukup roti dan lebih lagi, dan aku sedang menderita kelaparan!

18Aku akan bangkit dan pergi kepada ayahku, dan akan berkata kepadanya, Ayah, aku telah berdosa terhadap syurga, dan demi engkau,

19Dan aku tidak lagi layak untuk dipanggil sebagai anakmu: jadikanlah aku seperti salah seorang hamba upahanmu.

20Dan dia bangkit, dan kembali kepada ayahnya. Tetapi apabila dia masih amat jauh, bapanya nampaknya, dan berbelas kasihan, dan berlari, dan merangkul lehernya, dan mencium dia.

21Dan anak berkata kepadanya, Bapa, Aku telah berdosa terhadap syurga, dan di hadapan matamu, dan aku tidak lagi layak dipanggil anakmu.

22Tetapi ayah itu berkata kepada hamba-hambanya, Bawalah jubah yang paling baik dan pakaikanlah itu kepadanya, dan kenakan cincin pada tangannya, dan kasut pada kakinya:

23Dan bawalah ke sini anak lembu tambun, dan sembelihkannya; dan biarlah kita makan, dan bersukaria:

24Sebab anakku ini telah mati, dan beroleh hidup semula; dia telah sesat, dan ditemui semula. Dan mereka mula berbuat meriah.

25Anak sulungnya pula berada di ladang: dan sementara dia datang mendekati rumah itu, dia terdengar muzik dan tarian.

26Lalu dia memanggil salah seorang hamba dan bertanya apakah maksud semuanya itu.

27Dan dia berkata kepadanya, Adikmu telah kembali; dan ayahmu telah menyembelih anak lembu tambun, kerana dia telah menyambutkannya dengan selamat dan sejahtera.

28Dan anak sulung itu menjadi marah, dan tidak ingin masuk: oleh sebab itu, ayahnya keluar, dan merayu kepadanya.

29Dan dia menjawab ayahnya dengan berkata, Lihatlah, sekian banyak tahun aku telah melayani ayah, dan tidak pernah aku melanggari perintahmu: namun begitu, ayah tidak pernah memberi aku seekor anak kambing pun supaya aku dapat buat meriah bersama rakan-rakanku:

30Tetapi sejurus kedatangan anakmu ini, yang telah habis menyeleweng hartamu ke atas pelacur-pelacur, kamu telah menyembelih baginya anak lembu tambun itu.

31Lalu ayahnya berkata kepadanya, Anakku, engkau selalu berada bersamaku, dan semuanya yang kepunyaanku adalah kepunyaanmu.

32Ia adalah wajar untuk kita berbuat meriah, dan bersuka: sebab adikmu ini telah mati, dan beroleh hidup semula; dia telah sesat, dan dikembalikan semula.