1Now upon the first day of the week, very early in the morning, they came unto the sepulchre, bringing the spices which they had prepared, and certain others with them.
2And they found the stone rolled away from the sepulchre.
3And they entered in, and found not the body of the Lord Jesus.
4And it came to pass, as they were much perplexed thereabout, behold, two men stood by them in shining garments:
5And as they were afraid, and bowed down their faces to the earth, they said unto them, Why seek ye the living among the dead?the living: or, him that liveth
6He is not here, but is risen: remember how he spake unto you when he was yet in Galilee,
7Saying, The Son of man must be delivered into the hands of sinful men, and be crucified, and the third day rise again.
8And they remembered his words,
9And returned from the sepulchre, and told all these things unto the eleven, and to all the rest.
10 It was Mary Magdalene, and Joanna, and Mary the mother of James, and other women that were with them, which told these things unto the apostles.
11And their words seemed to them as idle tales, and they believed them not.
12Then arose Peter, and ran unto the sepulchre; and stooping down, he beheld the linen clothes laid by themselves, and departed, wondering in himself at that which was come to pass.
13Dan, lihatlah, dua daripada mereka pergi pada hari yang sama itu ke suatu kampung yang dipanggil Emaus, yang dari Yerusalem adalah sejauh tiga kali dua puluh furlong.
14Dan mereka berbual bersama akan segalanya ini yang telah terjadi.
15Dan terjadilah, bahawa, ketika mereka bersekutu bersama dan saling berhujahan, Yesus sendiri mendekati, dan pergi bersama mereka.
16Tetapi mata mereka tertahan sehingga mereka tidak dapat mengenalnya.
17Dan Yesus berkata kepada mereka, Apakah maksud komunikasi ini yang kalian ada di antara satu sama lain, sementara kalian berjalan, dan bersedih?
18Dan salah seorang daripada mereka, yang namanya Kleopas, menjawab dan berkata kepadanya, Adakah kamu hanya seorang asing di Yerusalem, dan tidak tahu hal-hal yang telah terjadi pada hari-hari kebelakangan ini?
19Dan dia berkata kepada mereka, Hal apa? Dan mereka berkata kepadanya, Berkenaan Yesus dari Nazaret, yang merupakan seorang nabi yang sungguh kuat dalam perbuatan dan dalam firman di hadapan Allah dan seluruh umat.
20Dan bagaimana ketua-ketua imam dan para penguasa kita telah menyerahkannya untuk dihukum mati, dan telah menyalibkannya.
21Tetapi kami telah percaya bahawa dia itulah yang patut menebus Israel: dan di samping semua itu, hari ini ialah hari ketiga sejak semua itu terjadi.
22Ya, dan sesetengah perempuan juga dari kalangan kami yang awal ke makam, menjadikan kami tertakjub;
23Dan ketika mereka tidak menemui jenazahnya, mereka datang, dengan berkata bahawa mereka telah nampak visi para malaikat, yang berkata bahawa dia hidup.
24Dan sesetengah orang yang ada di antara kami telah pergi ke makam itu, dan mendapati ia demikian seperti yang dikatakan para perempuan itu: tetapi dia tidak mereka lihat.
25Kemudian Yesus berkata kepada mereka, Hai orang bebal, dan yang berhati lamban untuk percaya segalanya yang telah dibicarakan para nabi:
26Tidak haruskah Kristus menderita hal-hal ini dan memasuki kemuliaannya?
27Dan mulai daripada Musa dan para nabi, dia membentangkan kepada mereka dalam semua nas kitab hal-hal yang berkaitan dengan dirinya.
28Dan mereka sampai dekat kepada kampung itu, ke tempat tujuan perjalanan mereka: dan Yesus berbuat seolah-olah dia ingin berjalan lebih lanjut.
29Tetapi mereka menahan dia, dengan berkata, Berdiamlah bersama kami: sebab ia sudah lewat petang, dan siang sudah hampir lesap. Dan dia masuk untuk singgah bersama mereka.
30Dan terjadilah, ketika dia duduk untuk makan bersama mereka, bahawa dia mengambil roti, dan memberkatinya, dan memecahkannya, lalu memberi kepada mereka.
31Dan mata mereka dicelikkan, dan mereka mengenalnya; dan dia lesap dari pandangan mereka.
32Dan mereka berkata kepada satu sama lain, Tidakkah hati kita bernyala-nyala di dalam diri kita, ketika dia berbicara dengan kita di perjalanan, dan ketika dia membuka kepada kita nas-nas kitab?
33Dan mereka bangkit pada jam yang sama itu, lalu kembali ke Yerusalem, dan mendapati yang sebelas itu berkumpul bersama-sama, dan juga mereka yang ada dengan yang sebelas itu,
34Dengan berkata, Tuhan memang sudah bangkit, dan telah menampakkan dirinya ke Simon.
35Lalu kedua-dua orang itu menceritakan apa yang telah berlaku dalam perjalanan mereka, dan bagaimana mereka mengenali dia sewaktu memecahkan roti.
36Dan sementara mereka berkata sedemikian, Yesus sendiri muncul di tengah-tengah mereka, dan berkata kepada mereka, Damai sejahtera kepada kalian.
37Tetapi mereka sungguh gentar dan takut, dan menganggap bahawa mereka telah nampak suatu roh.
38Dan dia berkata kepada mereka, Mengapakah kalian susah hati? dan mengapakah ada ragu-ragu yang timbul di dalam hatimu?
39Lihatlah tanganku dan kakiku, inilah aku: peganglahku, dan lihat; sebab suatu roh tidak ada daging dan tulang, seperti yang kalian nampak ada padaku.
40Dan sesudah dia bercakap demikian, dia menunjukkan mereka tangannya dan kakinya.
41Dan sementara mereka belum dapat percaya kerana sukacita, dan kehairanan, dia berkata kepada mereka, Kalian ada apa-apa makanan di sini?
42Dan mereka memberi kepadanya sepotong ikan panggang, dan sepotong indung madu.
43Dan dia mengambil itu, lalu makan di hadapan mereka.
44Dan dia berkata kepada mereka, Inilah kata-kata yang aku ucapkan kepada kalian, sementara aku masih berada dengan kalian, iaitu semuanya harus digenapi, yang tertulis di dalam hukum Musa, dan di dalam kitab para nabi, dan di dalam mazmur, berkenaanku.
45Selepas itu, dia membuka pemahaman mereka supaya mereka dapat memahami kitab-kitab,
46Dan berkata kepada mereka, Demikianlah yang tertulis, dan demikianlah Kristus harus menderita, dan bangkit daripada mati pada hari yang ketiga:
47Dan pertaubatan dan pengampunan dosa harus dikhutbahkan di dalam namanya di antara semua bangsa, mulai dari Yerusalem.
48Dan kalian merupakan saksi-saksi akan semua ini.
49Dan, lihatlah, aku menyampaikan janji Bapaku kepada kalian: tetapi kalian tunggulah di kota Yerusalem, sehingga kalian diperlengkapkan dengan kuasa dari tempat tinggi.
50Dan dia membawa mereka ke sejauh Betania, lalu memberkati mereka.
51Dan terjadilah, ketika dia memberkati mereka, dia dipisahkan dari antara mereka, dan diangkat ke syurga.
52Dan mereka menyembahnya, dan kembali ke Yerusalem dengan sukacita besar:
53Dan terus-menerus berada di bait suci, sambil memuji dan memuliakan Allah. Amin.