1Kemudian, kerajaan syurga akan diumpamakan seperti sepuluh perawan, yang telah mengambil pelita mereka, dan pergi untuk bertemu dengan pengantin lelaki.
2Dan lima daripada mereka berhikmah, dan lima lagi bebal.
3Mereka yang bebal membawa pelita-pelita mereka, dan tidak membawa minyak bersama mereka:
4Tetapi yang berhikmah itu membawa minyak di dalam bejana-bejana mereka bersertakan pelita-pelita mereka.
5Sementara pengantin lelaki berlambat-lambat, mereka semua mengantuk dan tertidur.
6Pada tengah malam ada suatu seruan dibuat, Lihatlah, pengantin lelaki sudah sampai; kalian pergilah ke luar untuk menyambutnya.
7Kemudian semua perawan bangun, dan memangkas pelita mereka.
8Dan yang bebal berkata kepada yang berhikmah, Berilah kami minyakmu; sebab pelita kami sudah padam.
9Tetapi yang berhikmah itu berjawab, dengan berkata, Jangan demikian; supaya jangan kekurangan bagi kami dan kekurangan bagi kalian: tetapi kalian pergilah kepada mereka yang menjual itu, dan beli itu bagi diri kalian.
10Dan sementara mereka pergi untuk beli, pengantin lelaki sampai; dan mereka yang sudah bersedia masuk bersamanya kepada perkahwinan itu: lalu pintu ditutup.
11Selepas itu, datang juga para perawan yang lain itu, dengan berkata, Tuan, Tuan, sila buka pintu bagi kami.
12Tetapi dia berjawab dan berkata, Sesungguhnya aku berkata kepada kalian, Aku tidak pernah mengenal kalian.
13Maka berjaga-jagalah, sebab kalian tidak tahu baik hari mahupun jam yang Anak manusia datang.
14Sebab kerajaan syurga adalah seperti seorang lelaki yang dalam suatu pengembaraan ke suatu negara jauh, dan yang telah memanggil hamba-hambanya, lalu menyerah kepada mereka barang-barangnya.
15Salah satu daripada mereka telah dia memberi lima talenta, dan kepada seorang lagi dua, dan kepada seorang lagi satu; bagi setiap orang sekadar dengan kemampuannya yang seberapa; lalu dengan segera dia bertolak untuk pengembaraannya.
16Kemudian dia yang ada lima talenta pergi dan berdagang dengan itu, dan menjadikannya lima talenta lagi.
17Dan demikian juga dia yang telah menerima dua, dia juga telah beroleh untung dua lagi.
18Tetapi dia yang telah menerima satu pergi dan menggali tanah, lalu menyembunyikan wang tuannya.
19Selepas suatu ketika yang panjang, tuan hamba-hamba itu kembali, dan mula membuat perhitungan dengan mereka.
20Jadi dia yang ada lima talenta datang dan membawa lima lagi talenta, dengan berkata, Tuan, kamu telah menyerah kepadaku lima talenta: lihatlah, aku telah memperoleh lima lagi talenta daripadanya.
21Tuannya berkata kepadanya, Syabas, hamba yang baik dan yang setia: kamu telah setia dalam beberapa perkara, aku akan menjadikanmu penguasa atas banyak perkara: masuklah ke dalam sukacita tuanmu.
22Demikian juga dia yang telah menerima dua talenta datang dan berkata, Tuan, kamu telah menyerahkan kepadaku dua talenta: lihatlah, aku telah memperoleh dua lagi talenta daripadanya.
23Tuannya berkata kepadanya, Syabas, hamba yang baik dan yang setia; kamu telah setia dalam beberapa perkara, aku akan menjadikanmu penguasa atas banyak perkara: masuklah ke dalam sukacita tuanmu.
24Kemudian dia yang telah menerima satu talenta itu datang dan berkata, Tuan, aku mengenal bahawa kamu seorang yang keras, orang yang menuai di tempat yang tidak kamu menyemai, dan memungut di tempat yang tidak kamu menabur:
25Dan aku takut, lalu pergi menyembunyikan talenta tuan di tanah: lihat, di situlah apa kepunyaanmu.
26Dan tuannya berjawab dan berkata kepadanya, Wahai hamba yang durjana dan yang kekukangan, kamu tahu bahawa aku menuai di tempat yang aku tidak menyemai, dan memungut di tempat yang aku tidak menabur:
27Maka haruslah kamu meninggalkan wangku kepada para penukar wang, dan pada waktu aku kembali aku patut sudah menerima kepunyaanku dengan faedahnya.
28Maka ambillah talenta itu daripadanya, dan serahkannya kepada dia yang ada sepuluh talenta.
29Sebab bagi setiap orang yang ada akan diberi lagi, sehingga dia ada kelimpahan: tetapi bagi dia yang tidak ada akan diambil daripadanya apa pun yang dia ada.
30Dan kalian buang hamba yang tidak menguntungkan itu ke kegelapan di luar: tempat yang ada tangisan dan gertakkan gigi.
31Apabila Anak manusia itu datang dalam kemuliaannya, bersertakan semua malaikat kudusnya, maka dia akan bersemayam di atas takhta kemuliaannya:
32Dan di depannya akan dikumpulkan semua bangsa: dan dia akan memisahkan mereka seorang daripada yang lain, sepertimana seorang gembala memisahkan domba daripada kambing.
33Dan dia akan meletakkan domba-domba itu di sebelah tangan kanannya, tetapi kambing-kambing itu di sebelah kiri.
34Maka Raja itu akan berkata kepada mereka yang berada di sebelah tangan kanannya, Marilah, kalian yang diberkati Bapaku, terimalah kerajaan yang disediakan bagi kalian sejak adanya dasar dunia:
35Sebab aku kelaparan, dan kalian memberiku makanan: aku dahaga, dan kalian memberiku minuman: aku orang asing, dan kalian memberiku tumpangan.
36Telanjang, dan kalian memberiku pakaian: Aku sakit, dan kalian mengunjungiku: aku di penjara, dan kalian datang kepadaku.
37Maka orang-orang benar itu akan menjawab dia dengan berkata, Tuhan, bilakah kami nampak engkau kelaparan, dan memberi engkau makan? atau dahaga, dan memberi engkau minuman?
38Bilakah kami nampak engkau sebagai seorang asing, dan memberi engkau tumpangan? atau telanjang, dan memberi engkau pakaian?
39Atau bilakah kami nampak engkau sakit, atau di penjara, dan datang kepada engkau?
40Dan Raja itu akan menjawab dan berkata kepada mereka, Sesungguhnya aku berkata kepada kalian, Sebanyak semana kalian telah melakukan itu kepada salah seorang saudaraku yang paling rendah, kalian telah melakukan itu kepadaku.
41Selepas itu, dia juga akan berkata kepada mereka di sebelah tangan kirinya, Nyahlah daripadaku, yakni kalian yang terkutuk, ke dalam api abadi, yang telah disediakan untuk iblis dengan malaikat-malaikatnya:
42Sebab aku kelaparan, dan kalian tidak memberiku makanan: aku dahaga, dan kalian tidak memberiku minuman:
43Aku orang asing, dan kalian tidak memberiku tumpangan: telanjang, dan kalian tidak memberiku pakaian: Aku sakit, dan di penjara, dan kalian tidak mengunjungiku.
44Lalu mereka juga akan menjawab dia dengan berkata, Tuhan, bilakah kami nampak engkau kelaparan, atau kedahagaan, atau seorang asing, atau telanjang, atau sakit, atau di penjara, dan tidak melayani engkau?
45Maka dia akan menjawab mereka dengan berkata, Sesungguhnya aku berkata kepada kalian, Sebanyak semana kalian telah tidak melakukan itu kepada salah seorang daripada yang paling rendah ini, kalian telah tidak melakukan itu kepadaku.
46Dan mereka ini akan pergi ke dalam hukuman abadi: tetapi orang benar ke dalam hidup yang kekal.