Matthew 6

Matius 6

1Ambil peduli bahawa kalian tidak berbuat sedekah di hadapan manusia, untuk dilihat mereka: kalau tidak kalian tiada ganjaran daripada Bapamu yang berada di syurga.

2Oleh sebab itu, ketika kamu berbuat sedekah, jangan membunyikan sangkakala di hadapanmu, seperti yang orang munafik buat di saumaah-saumaah dan di jalan-jalan, supaya mereka mendapat kemuliaan manusia. Sesungguhnya aku berkata kepada kalian, Mereka sudah mendapat ganjaran mereka.

3Tetapi ketika kalian berbuat sedekah, jangan biar tangan kirimu mengenal apa yang dibuat tangan kananmu:

4Supaya sedekahmu itu dapat rahsia: dan Bapamu yang nampak secara rahsia akan mengganjarimu dengan terbuka.

5Dan apabila kamu berdoa, jangan jadi seperti orang munafik: kerana mereka suka berdoa dengan berdiri di saumaah-saumaah dan di sudut-sudut jalan, supaya mereka dapat dilihat orang. Sesungguhnya aku berkata kepada kalian, Mereka sudah mendapat ganjaran mereka.

6Tetapi kamu, ketika kamu berdoa, masuk ke dalam kamar kecilmu, dan sesudah kamu menutupi pintu, berdoa kepada Bapa dengan rahsia; dan Bapamu yang nampak dengan rahsia akan memberi ganjaran kepadamu dengan terbuka.

7Tetapi ketika kalian berdoa, janganlah memakai perulangan yang sia-sia, sepertimana orang kafir buat: kerana mereka sangka bahawa mereka akan didengarkan dengan banyaknya percakapan mereka.

8Maka janganlah kalian menjadi seperti mereka: sebab Bapamu tahu apa yang diperlukan kalian, sebelum kalian meminta daripadanya.

9Maka kalian berdoa menurut ragam ini: Bapa kami yang berada di syurga, Dikuduskanlah namamu.

10Datanglah kerajaanmu. Jadilah kehendakmu di bumi, seperti ia di syurga.

11Berilah kami pada hari ini roti harian kami.

12Dan ampunilah hutang kami, seperti kami juga mengampuni penghutang kami.

13Dan jangan memimpin kami ke dalam pencubaan, tetapi lepaskanlah kami daripada kejahatan: Sebab engkaulah yang empunya kerajaan, dan kuasa, dan kemuliaan, untuk selamanya. Amin.

14Sebab jika kalian mengampuni pelanggaran manusia, bapamu di syurga juga akan mengampuni kalian:

15Tetapi jika kalian tidak mengampuni pelanggaran manusia, Bapa kalian juga tidak akan mengampuni pelanggaran kalian.

16Lebih-lebih lagi, ketika kalian berpuasa, jangan jadi seperti orang munafik, dengan memasang muka yang sedih: sebab mereka mengherot-benyotkan muka mereka, supaya mereka kelihatan berpuasa kepada orang lain. Sesungguhnya aku berkata kepada kalian, mereka sudah ada ganjaran mereka.

17Tetapi kamu, apabila kamu berpuasa, urapilah kepalamu, dan basuhlah mukamu;

18Supaya kamu tidak kelihatan berpuasa kepada orang lain, tetapi kepada Bapamu ketika berpuasa dengan rahsia: dan Bapamu, yang melihat dengan rahsia, akan mengganjarimu secara terbuka.

19Jangan mengumpulkan bagi dirimu harta berharga di bumi ini, tempat yang ngengat dan karat dapat merosak dan yang pencuri dapat memecah masuk untuk mencuri.

20Tetapi kumpulkan bagi dirimu harta berharga di syurga, tempat yang ngengat dan karat tidak dapat merosak dan yang pencuri tidak dapat memecah masuk untuk mencuri:

21Sebab di mana hartamu berada, di situlah hatimu juga berada.

22Cahaya tubuh ialah mata: maka jika matamu bertumpuan tunggal, seluruh tubuhmu akan penuh dengan cahaya.

23Tetapi jika matamu itu menjadi jahat, seluruh tubuhmu akan menjadi penuh dengan kegelapan. Maka jika cahaya yang di dalammu itu gelap, betapa pekatnya kegelapan itu!

24Tiada sesiapapun yang dapat melayani dua tuan: sebab dia sama ada akan membenci satu, dan mengasihi yang lain itu; atau dia akan berpegang kepada satu, dan memandang hina yang lain itu. Kalian tidak boleh melayani Allah dan mamon.

25Maka aku berkata kepada kalian, Jangan runsing akan kehidupanmu, bagi apa yang kalian akan makan, atau apa yang kalian akan minum; atau runsing akan tubuhmu, apa yang kalian akan pakai. Bukankah kehidupan itu lebih daripada makanan, dan tubuh itu lebih daripada pakaian?

26Lihatlah burung-burung di langit: sebab ia tidak menabur, dan juga tidak menuai, dan tidak mengumpul ke dalam lumbung; namun Bapa kalian di syurga memberinya makan. Bukankah kalian jauh melebihinya?

27Siapakah di antara kalian, sementara runsing boleh menambah sehasta pun kepada jangka hayatnya?

28Dan mengapakah kalian runsing akan pakaian? Pertimbangkan bunga bakung di padang, dan bagaimana ia bertumbuh; ia tidak berjerih lelah, dan juga tidak memintal:

29Namun aku berkata kepada kalian, bahawa Salomo pun dalam segala kemuliaannya tidak berpakaian seperti bunga-bunga itu.

30Oleh itu, jika Allah mengenakan pakaian sedemikian kepada rumput di ladang, yang wujud pada hari ini, dan pada keesokan hari dibuang ke dalam relau, tidakkah dia lebih lagi mengenakan pakaian kepada kalian, wahai kalian yang kecil iman?

31Oleh itu, jangan runsing dengan berkata, Apakah yang akan kami makan? atau, Apa yang akan kami minum? atau, Apa yang akan kami pakai?

32(Sebab segala ini orang bukan Yahudi cari:) sebab Bapa syurgawi kalian tahu kalian memerlukan semua ini.

33Tetapi biar kalian cari dahulu kerajaan Allah, dan kewajarannya; dan segalanya ini akan ditambahkan kepada kalian.

34Maka janganlah runsing akan hari esok: sebab hari esok akan runsing bagi hal-halnya sendiri. Sudah cukuplah masalah yang ada dalam sehari.