Numbers 12

Bilangan 12

1Dan Miryam dan Harun berbicara menentang Musa kerana perempuan Etiopia yang telah dia kahwin: sebab dia telah mengahwini seorang perempuan Etiopia.

2Dan mereka berkata, Adakah TUHAN memang hanya berbicara melalui Musa? Bukankah dia juga pernah berbicara melalui kami? Dan TUHAN telah mendengar itu.

3(Musa merupakan orang yang sangat suka menurut, lebih daripada semua orang yang ada pada muka bumi.)

4Dan TUHAN berbicara secara tiba-tiba kepada Musa, dan kepada Harun, dan kepada Miryam, Kalian keluarlah ke khemah jemaah. Dan ketiga-tiga mereka keluar.

5Dan TUHAN turun di dalam tiang awan, dan berdiri di pintu khemah itu, dan memanggil Harun dan Miryam: dan mereka berdua menampilkan diri mereka.

6Dan dia berfirman, Sekarang dengarlah firmanku: Jika ada di antara kalian seorang nabi, Aku TUHAN akan menyatakan diriku kepadanya di dalam penglihatan, dan akan berbicara kepadanya dalam suatu mimpi.

7Ia bukan demikian bagi hambaku, Musa, yang setia dalam seluruh rumahku.

8Dengannya aku akan berbicara dari mulut ke mulut, yakni dengan terang-terang, dan bukan di dalam ucapan-ucapan pujangga; dan mirip TUHAN akan dia lihat: lantaran itu mengapakah kalian tidak takut untuk berucap menentang hambaku, Musa?

9Dan kemarahan TUHAN dinyalakan terhadap mereka; lalu dia meninggalkan mereka.

10Dan awan itu meninggalkan khemah; dan, lihatlah, Miryam berpenyakit kusta, putih seperti salji: dan Harun memandang kepada Miryam, dan melihat bahawa dia berpenyakit kusta.

11Dan Harun berkata kepada Musa, Aduhai, tuanku, aku merayu kepadamu, jangan menimpakan dosa ini kepada kami, yang telah kami lakukan dengan bebal, dan yang telah kami berdosa.

12Jangan biarkan dia sebagai orang yang mati, yang dagingnya itu sudah separuh rosak ketika dia keluar dari rahim ibunya.

13Dan Musa berseru kepada TUHAN, dengan berkata, Sembuhkanlah dia sekarang, ya Allah, aku merayu kepadamu.

14Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Jika ayahnya telah hanya meludahi mukanya, tidakkah dia dimalukan untuk tujuh hari? biar dia terkurung di luar perkhemahan untuk tujuh hari, dan selepas itu biar dia diterima semula.

15Dan Miryam telah terkurung di luar perkhemahan untuk tujuh hari: dan umat itu tidak meneruskan perjalanan sehingga Miryam dibawa masuk semula.

16Setelah itu, umat itu berangkat dari Hazerot, dan berkhemah di padang gurun Paran.