Numbers 14

Bilangan 14

1Dan seluruh jemaah itu menaikkan suara mereka, dan mengeluh; dan umat itu menangis pada malam itu.

2Dan seluruh bani Israel merungut terhadap Musa dan terhadap Harun: dan seluruh jemaah berkata kepada mereka, Sekiranya Allah telah membiarkan kita mati di tanah Mesir! atau sekiranya Allah telah membiarkan kita mati di padang gurun ini!

3Dengan mengapakah TUHAN membawa kami ke tanah ini, untuk ditewaskan pedang, supaya isteri-isteri kami dan anak-anak kami menjadi mangsa? bukankah ia lebih baik untuk kita kembali ke Mesir?

4Dan mereka berkata satu kepada yang lain, Biar kita melantik seorang ketua, dan mari kita kembali ke Mesir.

5Kemudian Musa dan Harun tersungkur di hadapan seluruh perhimpunan jemaah bani Israel.

6Dan Yosua anak kepada Nun, dan Kaleb anak kepada Yefune, yang dari antara mereka yang meninjau tanah itu, mengoyak pakaian mereka:

7Dan mereka berbicara kepada segenap bani Israel, dengan berkata, Tanah itu, yang telah kita lalui untuk meninjaunya, ialah tanah yang teramat baik.

8Jika TUHAN bersuka dalam kita, maka dia akan membawa kita ke tanah itu, dan memberikannya kepada kita; suatu tanah yang berlimpah dengan susu dan madu.

9Hanya janganlah kalian memberontak terhadap TUHAN, dan jangan pula kalian takut akan bangsa di tanah itu; sebab mereka merupakan roti bagi kita: pertahanan mereka sudah lesap daripada mereka, dan TUHAN berada bersama kita: jangan takut akan mereka.

10Tetapi seluruh jemaah itu mengancam hendak merejam mereka dengan batu. Dan kemuliaan TUHAN tampil di hadapan khemah jamaah di hadapan seluruh bani Israel.

11Dan TUHAN berkata kepada Musa, Berapa lama lagi akan umat ini memprovokasi aku? dan berapa lama lagi sebelum mereka percaya kepadaku, bagi semua tanda-tanda yang telah aku tunjukkan di tengah-tengah mereka?

12Aku akan memukul mereka dengan wabak, dan memutuskan mereka sebagai milikku, dan akan menjadikan daripadamu suatu bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada mereka.

13Dan Musa berkata kepada TUHAN, Maka orang Mesir akan mendengar itu, (sebab engkau telah membawa bangsa ini dengan kekuatanmu di tengah-tengah mereka;)

14Dan mereka akan menceritakan itu kepada para penghuni tanah ini: sebab mereka telah mendengar bahawa engkau TUHAN ada di antara bangsa ini, bahawa engkau TUHAN telah dilihat bersemuka, dan bahawa awanmu berdiri di atas mereka, dan bahawa engkau mendahului mereka, pada waktu siang di dalam tiang awan, dan di dalam tiang api pada waktu malam.

15Jadi kalau engkau membunuh semua umat ini sebagai satu manusia, maka bangsa-bangsa yang telah mendengar kemasyuranmu akan berbicara, dengan berkata,

16Oleh sebab TUHAN tidak mampu membawa umat ini ke tanah yang telah disumpahkannya kepada mereka, maka dia telah membunuh mereka di padang gurun.

17Jadi sekarang, aku merayu kepadamu, biarlah kuasa Tuhanku besar, menurut apa yang telah engkau firmankan, dengan berkata,

18TUHAN itu panjang sabar derita, dan berbelas kasihan besar, sanggup mengampuni kedurjanaan dan pelanggaran, dan tidak sesekali pun membersihkan orang bersalah, melawat kedurjanaan bapa leluhur ke atas anak-anaknya, sampai kepada generasi yang ketiga dan yang keempat.

19Ampunilah, aku rayu kepadamu, kedurjanaan umat ini sesuai dengan kebesaran belas kasihanmu, dan seperti yang engkau ampuni umat ini, dari Mesir sampai sekarang.

20Dan TUHAN berfirman, Aku telah mengampuni menurut kata-katamu:

21Tetapi sepasti kebenaran bahawa aku hidup, seluruh bumi akan dipenuhi dengan kemuliaan TUHAN.

22Oleh sebab semua orang itu yang telah melihat kemuliaanku, dan mukjizat-mukjizatku, yang telah kubuat di Mesir dan di padang gurun, dan telah mencubaiku sepuluh kali setakat ini, dan tidak mengendahkan suaraku;

23Mereka pasti tidak akan melihat tanah yang telah kusumpahkan kepada bapa-bapa leluhur mereka, dan juga mereka yang telah memprovokasiku tidak akan melihatnya:

24Tetapi bagi hambaku Kaleb, oleh sebab dia ada roh yang lain di dalamnya, dan telah mengikutiku sepenuh-penuhnya, dia yang akan kubawa ke tanah yang telah dia lalui; dan benihnya yang akan menaklukinya.

25(Dalam pada itu, orang Amalek dan orang Kanaan berdiam di lembah.) Pada hari esok, berpalinglah, dan pergi ke padang gurun ke arah Laut Merah.

26Dan TUHAN berfirman kepada Musa dan kepada Harun, dengan berkata,

27Berapa lama lagi akan aku menanggung jemaah jahat ini, yang merungut terhadapku? Aku telah mendengar rungutan bani Israel, yang telah dirungutkan mereka terhadapku.

28Berbicaralah kepada mereka, sepasti kebenaran bahawa aku hidup, firman TUHAN, seperti yang kalian telah berucap dalam telingaku, demikian juga aku akan berbuat kepada kalian:

29Bangkai-bangkai kalian akan terlantar di padang gurun ini; dan semua yang telah dihitung di antara kalian, menurut bilangan genap kalian, dari umur dua puluh tahun dan ke atas, yang telah merungut terhadapku,

30Dengan tidak ragu-ragu kalian tidak akan masuk ke tanah negeri itu, yang telah aku bersumpah untuk menjadikan kalian berdiam di sana, kecuali Kaleb anak kepada Yefune dan Yosua anak kepada Nun.

31Tetapi anak-anak kecilmu, yang telah kalian kata bahawa mereka akan menjadi mangsa, mereka itulah yang akan ku bawa masuk, dan mereka akan mengenal tanah negeri yang telah kalian pandang hina.

32Tetapi bagi kalian, bangkai-bangkai kalian, ia akan terlantar di padang gurun ini.

33Dan anak-anak kalian akan merayau di padang gurun untuk empat puluh tahun, dan menanggung kecurangan kalian, sehingga bangkai-bangkai kalian dibinasakan di padang gurun.

34Menurut bilangan hari yang dipakai kalian untuk meninjau tanah itu, yakni empat puluh hari, setiap hari untuk setahun, akan kalian tanggung kedurjanaan kalian, yakni empat puluh tahun, dan kalian akan tahu kemungkiran perjanjianku.

35Aku Tuhan telah berfirman, Aku pasti akan melakukannya kepada jemaah yang jahat ini, yang telah bersepakat menentang aku: di padang gurun ini mereka akan dilesapkan, dan di situlah mereka akan mati.

36Dan para lelaki, yang Musa utus untuk meninjau tanah itu, yang telah kembali, dan telah membuat seluruh jemaah merungut terhadapnya, dengan menimbulkan suatu fitnah tentang tanah itu,

37Malahan para lelaki itu yang telah menyampaikan laporan buruk tentang tanah itu, mati oleh wabak di hadapan TUHAN.

38Tetapi Yosua anak kepada Nun, dan Kaleb anak kepada Yefune, yang daripada kalangan lelaki yang pergi meninjau tanah itu, masih hidup.

39Dan Musa memberitahu semua kata itu kepada umat Israel: dan rakyat itu meratap dengan sungguh kuat.

40Dan mereka bangun pada awal pagi, dan pergi naik sampai kemuncak gunung, dengan berkata, Lihatlah, kami berada di sini, dan akan pergi ke tempat yang TUHAN telah janjikan: sebab kami telah berdosa.

41Dan Musa berkata, Mengapakah kalian sekarang melanggari perintah TUHAN? tetapi itu tidak akan berhasil.

42Janganlah pergi, sebab TUHAN tidak ada bersama kalian; supaya kalian tidak akan habis dipukul oleh musuh-musuhmu.

43Sebab orang Amalek dan orang Kanaan itu ada di hadapan kalian, dan kalian akan tewas oleh pedang: kerana kalian sudah berpaling daripada TUHAN, oleh sebab itu, TUHAN tidak akan berada bersama kalian.

44Tetapi mereka memandai-mandai menaiki bukit sampai kemuncak: walau bagaimanapun tabut waad TUHAN, dan Musa, tidak meninggalkan kawasan khemah.

45Selepas itu, orang Amalek turun, dan juga orang Kanaan yang berdiam di bukit itu, lalu memukul mereka, dan menyesakkan mereka, sampai ke Horma.