1Seorang anak yang berhikmah mendengar arahan ayahnya: tetapi seorang pencemuh tidak mendengar teguran.
2Seseorang akan memakan kebaikan daripada hasil buah mulutnya: tetapi jiwa para pelanggar akan memakan keganasan.
3Dia yang menjaga mulutnya menjaga nyawanya: tetapi dia yang membuka luas bibirnya akan beroleh binasa.
4Jiwa si lamban mengingini, dan tidak memiliki apa pun: tetapi jiwa orang tekun akan digemukkan.
5Orang benar benci berbohong: tetapi orang durjana memualkan, dan beroleh malu.
6Kewajaran menjaga orang yang jujur dalam jalannya: tetapi kedurjanaan menggulingkan si pendosa.
7Ada yang menjadikan dirinya kaya, tetapi tidak mempunyai apa pun: ada yang menjadikan dirinya miskin, tetapi mempunyai kekayaan besar.
8Tebusan nyawa seseorang ialah kekayaannya: tetapi orang miskin tidak mendengar teguran.
9Cahaya orang benar bersukacita: tetapi pelita orang durjana akan dipadamkan.
10Hanya oleh keangkuhan datangnya perbalahan: tetapi yang telah dinasihati dengan baik datangnya hikmah.
11Kekayaan yang diperoleh melalui kesia-siaan akan berkurang: tetapi dia yang mengumpul dengan jerih lelah akan bertambah kaya.
12Harapan tertangguh menyakiti hati: tetapi ketika keinginan itu sampai, ia pokok kehidupan.
13Sesiapa yang memandang hina firman akan dibinasakan: tetapi dia yang takut akan perintah akan diberi ganjaran.
14Hukum orang berhikmah ialah mata air kehidupan, untuk menghindari jerat-jerat maut.
15Pemahaman yang baik memberi keredaan: tetapi jalan para pelanggar adalah sukar.
16Setiap orang yang hemat berurus dengan pengetahuan: tetapi seorang bebal memaparkan kebebalannya dengan terbuka.
17Orang utusan yang durjana jatuh ke dalam kenakalan: tetapi duta yang setia ialah kesihatan.
18Kemiskinan dan keaiban akan terjadi kepada dia yang menolak arahan: tetapi dia yang mengendahkan teguran akan dihormati.
19Kemahuan yang tercapai adalah manis kepada jiwa: tetapi ia kekejian bagi orang bebal untuk menjauhi kejahatan.
20Dia yang menjalani hidup dengan orang berhikmah akan menjadi berhikmah: tetapi peneman orang bebal akan dibinasakan.
21Celaka mengejar para pendosa: tetapi orang benar diganjari kebaikan.
22Seorang lelaki yang baik meninggalkan warisan bagi anak cucunya: dan kekayaan orang berdosa dikumpulkan bagi orang benar.
23Ada banyak makanan dalam pembajakan orang miskin: tetapi ada yang dibinasakan kerana kekurangan daya penghakiman.
24Dia yang sayang memakai tongkat membenci anaknya: tetapi dia yang mengasihinya menghukum dia dari awal-awal.
25Orang benar makan sampai kepuasan jiwanya: tetapi perut orang durjana akan kekurangan.