Proverbs 14

Amsal 14

1Setiap perempuan yang berhikmah membina rumahnya: tetapi yang bebal meruntuhkannya dengan tangannya sendiri.

2Dia yang berjalan dalam kejujuran takut akan TUHAN: tetapi orang yang jalannya babil memandang hina akan dia.

3Di dalam mulut orang bebal ada tongkat keangkuhan: tetapi bibir orang berhikmah akan mengekalkannya.

4Di tempat ketiadaan lembu jantan, palung bersih sahaja: tetapi keberhasilan yang banyak adalah melalui kekuatan lembu jantan.

5Seorang saksi yang setia tidak akan berbohong: tetapi seorang saksi yang palsu akan menuturkan bohong.

6Seorang pencemuh mencari hikmah, dan tidak menemuinya: tetapi pengetahuan adalah mudah bagi dia yang memahami.

7Jauhilah kehadiran si bebal, ketika kamu tidak mengesan bibir berpengetahuan di dalamnya.

8Hikmah orang berhemat adalah untuk memahami jalannya: tetapi kebebalan orang bebal ialah perdayaan.

9Orang bebal menjadikan dosa bahan olok-olok: tetapi di kalangan orang benar ada keredaan.

10Hati itu mengenal kepahitannya sendiri; dan orang asing tidak masuk campur dengan sukacitanya.

11Rumah orang durjana akan digulingkan: tetapi khemah orang jujur akan makmur.

12Ada jalan yang nampak betul kepada seseorang, tetapi hujungnya merupakan jalan-jalan maut.

13Dalam gelak ketawa pun hati itu berdukacita; dan akhir kemeriahan itu ialah kepiluan.

14Si pengundur dalam hati akan dipenuhi dengan jalannya sendiri: dan orang baik akan dipuaskan oleh dirinya sendiri.

15Orang pandir percaya akan setiap perkataan: tetapi orang berhemat memandang rapi ke mana dia pergi.

16Orang berhikmah takut, lalu meninggalkan kejahatan: tetapi orang bebal meradang, dan adalah yakin.

17Dia yang lekas marah berurus secara bebal: dan orang dengan rancangan durjana dibenci.

18Orang pandir mewarisi kebebalan: tetapi orang berhemat dimahkotakan pengetahuan.

19Orang jahat menunduk di hadapan yang baik; dan orang durjana di pintu-pintu orang benar.

20Orang miskin dibenci malah oleh jirannya sendiri: tetapi orang kaya ada banyak kawan.

21Dia yang memandang hina jirannya berdosa: tetapi dia yang berbelas kasihan terhadap orang miskin berbahagia.

22Tidakkah mereka yang merancang kejahatan bersalah? tetapi belas kasihan dan kebenaran akan terjadi kepada mereka yang merancang kebaikan.

23Dalam semua jerih lelah adanya untung: tetapi percakapan bibir hanya cenderung kepada kemiskinan.

24Mahkota orang berhikmah ialah kekayaan mereka: tetapi kebebalan orang bebal ialah kebebalan.

25Saksi yang benar menyelamatkan jiwa-jiwa: tetapi saksi yang suka memperdaya mengucapkan bohong.

26Dalam takut akan TUHAN terdapat keyakinan yang kuat: dan anak-anaknya akan mendapat tempat perlindungan.

27Takut akan TUHAN ialah mata air kehidupan, untuk meninggalkan jerat-jerat maut.

28Jumlah rakyat yang banyak ialah kehormatan raja: tetapi kekurangan rakyat ialah kebinasaan penguasa.

29Dia yang lambat murka ada pemahaman yang besar: tetapi dia yang melulu dalam rohnya menyanjungi kebebalan.

30Hati yang sihat ialah kehidupan daging: tetapi iri hati ialah kereputan tulang.

31Dia yang menindas orang miskin mengaibkan Penciptanya: tetapi orang yang menghormatinya ada belas kasihan terhadap orang miskin.

32Orang durjana dihalau dalam kedurjanaannya: tetapi orang benar ada harapan pada waktu kematiannya.

33Hikmah berdiam dalam hati orang yang ada pemahaman: tetapi apa yang ada di kalangan orang bebal terdedah.

34Kewajaran menyanjungi negara: tetapi dosa ialah keaiban kepada mana-mana bangsa.

35Keredaan raja adalah terhadap hamba yang berhikmah: tetapi murkanya adalah terhadap orang yang menyebabkan keaiban.