Proverbs 21

Amsal 21

1Hati raja berada di dalam tangan TUHAN seperti aliran air sungai: dia mengalirkannya ke mana jua yang dikehendakinya.

2Setiap jalan seseorang dianggapnya betul di matanya sendiri: tetapi TUHAN merenungi hati.

3Melakukan keadilan dan penghakiman adalah lebih berkenan kepada TUHAN daripada korban.

4Penampilan yang berhidung tinggi, dan hati yang angkuh, dan kegiatan membajak oleh orang durjana, ialah dosa.

5Fikiran orang tekun hanya condong kepada kelimpahan; tetapi bagi setiap orang yang melulu hanya kepada keperluan.

6Memperoleh harta kekayaan dengan lidah yang berbohong merupakan kesia-siaan yang terumbang-ambing oleh mereka yang mencari maut.

7Perompakan orang durjana akan membinasakan mereka; kerana mereka tidak ingin membuat penghakiman.

8Jalan manusia adalah rewel dan asing: tetapi bagi yang suci, perbuatannya betul.

9Ia lebih baik untuk berdiam di sudut atas rumah, daripada berdiam dengan seorang perempuan yang suka berkelahi di dalam rumah yang luas.

10Jiwa orang durjana mengingini kejahatan: jirannya tidak akan menemui apa pun keredaan di matanya.

11Apabila si pencemuh dihukum, yang pandir pula dijadikan berhikmah: dan apabila orang berhikmah diberi arahan, dia menerima pengetahuan.

12Orang benar dengan berhikmah mempertimbangkan rumah orang jahat: tetapi Allah menggulingkan orang jahat kerana kejahatannya.

13Sesiapa yang menghentikan telinganya pada seruan orang miskin, dia sendiri juga akan berseru, tetapi tidak akan didengarkan.

14Suatu pemberian dengan rahsia meredakan kemarahan: dan suatu ganjaran di pangkuan meredakan murka yang kuat.

15Ia sukacita bagi orang benar untuk berbuat penghakiman: tetapi kebinasaan akan terjadi kepada para pengerja kedurjanaan.

16Orang yang merayau keluar dari jalan pemahaman akan menetap di dalam jemaah orang mati.

17Dia yang suka kenikmatan akan menjadi orang miskin: dia yang suka wain dan minyak tidak akan menjadi kaya.

18Orang durjana akan menjadi tebusan bagi orang benar, dan pelanggar bagi orang jujur.

19Lebih baik untuk berdiam di padang gurun, daripada berdiam dengan seorang perempuan yang suka berbalah dan pemarah.

20Ada harta kekayaan untuk diingini dan minyak di kediaman orang berhikmah; tetapi orang bebal habis memakaikannya.

21Orang yang mengejar kewajaran dan belas kasihan menemui hidup, kewajaran, dan kehormatan.

22Seorang berhikmah memanjat kota orang kuat, dan menumbangkan kekuatan yang diyakini itu.

23Sesiapa yang menjaga mulutnya dan lidahnya menjaga jiwanya daripada masalah.

24Pencemuh angkuh dan bongkak ialah gelarannya, iaitu orang yang mengendalikan urusan dengan murka yang angkuh.

25Keinginan orang kekukangan membunuhnya; sebab tangannya tidak ingin berjerih lelah.

26Dia mendamba dengan tamak sepanjang hari: tetapi orang benar memberi dan tidak sayang memberi.

27Korban orang durjana ialah kekejian: betapa keji lagi, ketika dia membawanya dengan akal durjana?

28Seorang saksi palsu akan binasa: tetapi orang yang mendengar akan tetap berbicara.

29Seorang durjana mengeraskan wajahnya: tetapi bagi orang jujur, dia mengarahkan jalannya.

30Tiada kebijaksanaan atau pemahaman atau pertimbangan yang dapat menentang TUHAN.

31Kuda disediakan bagi hari pertempuran: tetapi keselamatan itu daripada TUHAN.