Proverbs 22

Amsal 22

1Lebih baik memilih nama baik daripada kekayaan besar, dan keredaan yang menyayangi daripada perak dan emas.

2Orang kaya dan orang miskin bertemu bersama: TUHAN ialah pencipta mereka semua.

3Orang yang berhemat nampak kecelakaan, dan menyembunyikan dirinya: tetapi yang pandir lalu sahaja, dan dihukum.

4Oleh kerendahan hati dan takut akan TUHAN ada kekayaan, dan kehormatan, dan kehidupan.

5Duri dan jerat ada pada jalan orang-orang rewel: dia yang memelihara jiwanya akan berada jauh daripada mereka.

6Didiklah seorang anak dalam jalan yang patut dipakainya: dan apabila dia tua, dia tidak akan meninggalkannya.

7Yang kaya memerintah atas yang miskin, dan peminjam ialah hamba kepada pemiutang.

8Dia yang menabur kedurjanaan akan menuai kesia-siaan: dan tongkat kemarahannya akan gagal.

9Dia yang mempunyai mata yang dermawan akan diberkati; sebab dia memberi rotinya kepada orang miskin.

10Singkirkan pencemuh, dan perbalahan akan keluar; ya, pertengkaran dan keaiban akan berhenti.

11Dia yang mengasihi kesucian hati, oleh sebab bibirnya yang santun akan memperoleh raja sebagai sahabatnya.

12Mata TUHAN mengekalkan pengetahuan, dan dia menggulingkan kata-kata si pelanggar.

13Orang yang kekukangan berkata, Ada singa di luar, aku akan ditewaskan di jalan.

14Mulut perempuan asing ialah lubang yang dalam: orang yang dipandang keji TUHAN akan jatuh ke dalamnya.

15Kebebalan tertambat pada hati seorang kanak-kanak; tetapi tongkat pembetulan akan mengusirkan itu jauh daripadanya.

16Dia yang menindas orang miskin untuk menambahkan kekayaannya, dan dia yang memberi kepada orang kaya, akan pasti menjadi kekurangan.

17Tundukkanlah telingamu, dan dengarlah kata-kata orang berhikmah, dan pakailah hatimu kepada pengetahuanku.

18Sebab ia suatu hal yang menyenangkan jika kamu menyimpannya di dalam dirimu; pada masa yang sama ia akan dipasang pada bibirmu.

19Supaya kepercayaanmu akan berada dalam TUHAN, aku telah menyatakannya kepadamu pada hari ini, ya kepadamu.

20Bukankah aku sudah menulis kepadamu hal-hal yang cemerlang dalam nasihat dan pengetahuan,

21Supaya aku dapat menjadikanmu tahu kepastian kata-kata kebenaran; supaya kamu dapat menjawab dengan kata-kata kebenaran kepada orang yang mengirim tanya kepadamu?

22Jangan merompak orang miskin, kerana dia miskin: dan jangan pula menindas orang yang sengsara di pintu gerbang:

23Sebab TUHAN akan membela hak mereka, dan menjarah jiwa orang yang telah menjarah mereka.

24Jangan berkawan dengan orang yang marah; dan dengan pemberang kamu tidak akan berjalan:

25Supaya jangan kamu belajar jalan-jalannya, lalu memperoleh jerat bagi jiwamu.

26Jangan jadi salah satu daripada mereka yang berjabat tangan, atau daripada mereka yang menaja jamin untuk hutang.

27Jika kamu tidak mempunyai apa-apa untuk membayar kembali, harus mengapakah dia mengambil petiduranmu dari bawah dirimu?

28Jangan mengalihkan tanda batasan purba, yang bapa-bapa leluhurmu telah tetapkan.

29Nampakkah kamu orang yang tekun dalam urusannya? Dia akan menghadap para raja; dia tidak akan menghadap orang yang berpangkat rendah.