Proverbs 28

Amsal 28

1Orang durjana melarikan diri ketika tiada orang mengejar: tetapi orang benar berani seperti singa.

2Kerana pelanggaran sesuatu kawasan banyaklah penguasanya: tetapi melalui orang yang ada pemahaman dan pengetahuan negerinya akan diperlanjutkan.

3Orang miskin yang menindas orang miskin adalah seperti suatu hujan ribut yang menyapu habis makanan.

4Mereka yang mengabaikan hukum memuji orang durjana: tetapi yang memegang hukum berjuang menentang mereka.

5Orang jahat tidak memahami penghakiman: tetapi mereka yang mencari TUHAN memahami segalanya.

6Lebih baik orang miskin yang menjalani hidup dengan kejujurannya, daripada dia yang babil dalam jalan-jalannya, walaupun dia kaya.

7Sesiapa yang memegang hukum ialah anak berhikmah: tetapi dia yang menjadi teman kepada orang yang suka berfoya-foya memalukan ayahnya.

8Dia yang menambahkan kekayaannya melalui riba dan keuntungan yang tidak jujur, sedang mengumpulkan itu bagi orang yang akan berbelas kasihan kepada yang miskin.

9Dia yang memalingkan telinganya daripada mendengar hukum, doanya pun akan menjadi kekejian.

10Sesiapa yang menyebabkan orang benar menyimpang ke jalan yang jahat, dia sendiri akan jatuh ke dalam lubangnya sendiri: tetapi orang jujur akan memiliki apa yang baik.

11Orang kaya memandai dalam keangkuhannya sendiri; tetapi orang miskin yang ada pemahaman menyelaminya.

12Ketika orang benar bersukacita, ada kemuliaan yang besar: tetapi ketika orang durjana bangkit, tersembunyilah orang.

13Dia yang menutupi dosa-dosanya tidak akan makmur: tetapi sesiapa yang mengakui dan meninggalkannya akan mendapat belas kasihan.

14Berbahagialah orang yang selalu takut: tetapi dia yang mengeraskan hatinya akan jatuh ke dalam kecelakaan.

15Seperti singa yang mengaum, dan beruang yang menyerang, demikian penguasa yang durjana atas orang-orang miskin.

16Seorang penguasa yang kekurangan pemahaman ialah seorang penindas besar juga: tetapi dia yang membenci kedambaan akan melanjutkan hari-harinya.

17Orang yang berbuat ganas terhadap darah sesiapa pun akan lari ke liang kubur; biar tidak seorang pun menghentikannya.

18Sesiapa yang menjalani hidup dengan jujur akan diselamatkan: tetapi dia yang babil dalam jalan-jalannya akan jatuh dengan serta-merta.

19Dia yang membajak tanahnya akan memperoleh banyak roti: tetapi dia yang mengikuti orang yang sia-sia akan memperoleh kemiskinan yang secukupnya.

20Orang yang setia akan melimpah dengan berkat: tetapi dia yang bergegas untuk menjadi kaya tidak akan dianggap tidak bersalah.

21Memiliki sikap memandang bulu adalah tidak baik: sebab bagi sepotong roti orang itu akan berbuat pelanggaran.

22Dia yang bergegas untuk menjadi kaya ada mata yang jahat, dan tidak menimbang bahawa kemiskinan akan menimpanya.

23Dia yang menegur seseorang akan kemudian menemui lebih keredaan berbanding dengan dia yang mengampu dengan lidah.

24Sesiapa yang merompak ayah atau ibunya, dan berkata, Itu bukan pelanggaran; orang itu ialah teman si pembinasa.

25Dia yang berhati angkuh menimbulkan persengketaan: tetapi dia yang menaruh percaya dalam TUHAN akan digemukkan.

26Dia yang percaya kepada hatinya sendiri ialah orang bebal: tetapi sesiapa yang menjalani hidup dengan berhikmah, dia yang akan diselamatkan.

27Dia yang memberi kepada orang miskin tidak akan kekurangan: tetapi dia yang menutupi matanya akan mendapat banyak kutuk.

28Apabila orang durjana bangkit, orang-orang menyembunyikan diri: tetapi apabila orang durjana binasa, orang-orang benar bertambah.