Proverbs 30

Amsal 30

1Kata-kata Agur anak kepada Yake, yakni nubuatan: orang ini berucap kepada Itiel, malah kepada Itiel dan Ukal,

2Tentulah aku lebih kebinatangan daripada sesiapa yang lain, dan tidak memiliki pemahaman seorang manusia.

3Tidak kupelajari hikmah, dan juga tidak kumiliki pengetahuan akan apa yang kudus.

4Siapakah yang telah naik ke syurga, atau turun? siapakah yang telah mengumpulkan angin ke dalam genggam tangannya? siapakah yang telah mengikat lautan dalam pakaian? siapakah yang telah memantapkan seluruh hujung bumi? siapakah namanya, dan siapakah nama anaknya, jika kamu dapat tahu?

5Setiap perkataan Allah adalah murni: dia perisai kepada mereka yang menaruh percaya kepadanya.

6Jangan kamu menambah kepada firmannya, supaya jangan dia mencelamu, dan kamu didapati seorang pembohong.

7Dua hal telah kupinta daripadamu; jangan menafikan itu bagiku sebelum aku mati:

8Jauhkan daripadaku kesia-siaan dan kebohongan: jangan beri kepadaku baik kemiskinan mahupun kekayaan; beriku makanan yang pantas bagiku.

9Supaya jangan aku menjadi kenyang, dan berkata, Siapakah TUHAN? atau supaya jangan aku menjadi miskin, dan mencuri, dan menyia-nyiakan nama Allah.

10Jangan menuduh seorang hamba kepada tuannya, supaya jangan dia mengutukimu, dan kamu didapati bersalah.

11Ada suatu generasi yang mengutuki ayah mereka, dan yang tidak memberkati ibu mereka.

12 Ada suatu generasi yang suci di pandangan mereka sendiri, namun tidak dibasuh daripada kenajisan mereka.

13Ada suatu generasi, Aduhai betapa sombongnya mata mereka! dan kelopak mata mereka ditinggi-tinggikan.

14Ada suatu generasi, yang gigi mereka seperti pedang, dan gigi rahang mereka seperti pisau, untuk membaham lenyap orang kasihan dari bumi, dan orang keperluan dari antara manusia.

15Si lintah kuda ada dua anak perempuan, yang berseru, Beri, beri. Ada tiga hal yang tidak pernah dipuaskan, ya, empat hal yang tidak pernah berkata, Cukup.

16Kubur; dan rahim yang mandul; bumi yang tidak dipenuhi air; dan api yang tidak pernah berkata, Cukup.

17Mata yang mengolok-olok bapanya, dan yang benci mentaati ibunya, burung-burung gagak dari lembah akan mematuknya keluar, dan burung-burung helang akan memakannya.

18Ada tiga hal yang terlalu ajaib bagiku, ya, empat yang tidak diketahuiku:

19Jalan burung helang di udara; jalan ular di atas batu; jalan kapal di tengah-tengah laut; dan jalan seorang lelaki dengan seorang gadis.

20Demikianlah jalan seorang perempuan yang suka berzina; dan makan lalu menyapu bersih mulutnya, dan berkata, Aku tidak berbuat apa pun kedurjanaan.

21Oleh kerana tiga hal bumi ini menjadi runsing, dan oleh kerana empat hal bumi ini tidak dapat tahan:

22Kerana seorang hamba apabila dia memerintah; dan seorang bebal apabila dia kenyang dengan makanan;

23Kerana seorang perempuan jelek apabila dia berkahwin; dan seorang dayang yang menjadi pewaris puannya.

24Ada empat hal yang kecil di bumi, tetapi mereka teramat berhikmah:

25Semut ialah bangsa yang tidak kuat, namun mereka menyediakan makanan mereka pada musim panas;

26Arnab ialah bangsa yang lemah, namun mereka membuat rumah mereka di dalam batu;

27Belalang juta tidak mempunyai raja, namun mereka semua maju berpasukan;

28Labah-labah berpegang teguh dengan tangannya, dan berada di istana-istana para raja.

29Ada tiga hal yang melanjut dengan baik, ya, empat sungguh elok pelanjutannya:

30Singa yang paling kuat di antara binatang, dan tidak berpaling mengundur bagi mana-mana pun yang lain;

31Anjing greyhound; kambing jantan juga; dan seorang raja, yang terhadapnya tiada apa pun rusuhan.

32Jika kamu sudah berbuat bebal dengan meninggikan dirimu sendiri, atau jika kamu telah memikirkan kejahatan, maka tekapkanlah tanganmu pada mulutmu.

33Sudah pastilah pengadukan susu menghasilkan mentega, dan pemerahan hidung menghasilkan darah: demikian pemaksaan murka menghasilkan persengketaan.