1Kata-kata raja Lemuel, nubuatan yang diajarkan ibunya kepadanya.
2Apa, hai anakku? dan apa, hai anak rahimku? dan apa, hai anak nazarku?
3Jangan menyerah kekuatanmu kepada perempuan, dan juga jalan-jalanmu kepada apa yang membinasakan para raja.
4Tidaklah patut bagi kaum raja, wahai Lemuel, ia tidaklah patut bagi kaum raja untuk meminum wain; dan bagi kaum penguasa untuk meminum minuman keras:
5Supaya jangan mereka minum, lalu melupakan hukum, dan mencabuli penghakiman bagi sesiapa pun yang tertindas.
6Serahkan minuman keras kepada orang yang siap untuk binasa, dan wain kepada mereka yang ada hati yang pedih.
7Biar dia minum dan tidak lagi mengingati sengsaranya.
8Bukalah mulutmu bagi yang bisu dalam perjuangan segala orang yang ditentukan untuk binasa.
9Bukalah mulutmu, hakimi secara benar, dan perjuangkan nasib orang yang miskin dan yang keperluan.
10Siapakah yang boleh menemui seorang perempuan yang berakhlak mulia? Sebab nilainya jauh melebihi nilai batu delima.
11Hati suaminya percaya kepadanya dengan selamat, sehingga dia tidak memerlukan apa pun barang jarahan.
12Dia akan melakukan kebaikan dan bukan kejahatan kepada suaminya untuk sepanjang hayatnya.
13Dia mencari bulu domba, dan pokok flaks, dan sanggup bekerja dengan tangannya.
14Dia bagaikan kapal-kapal saudagar; dia membawa makanannya dari jauh.
15Dia juga bangun ketika masih malam, lalu menyediakan makanan bagi rumah tangganya, dan sebahagian pula bagi dayang-dayangnya.
16Dia mempertimbangkan suatu ladang, dan membelinya: oleh hasil tangannya, dia menanam kebun anggur.
17Dia mengikat pinggangnya dengan kekuatan, dan memperkuatkan lengan-lengannya.
18Dia menanggap bahawa barang niaganya adalah baik: lilinnya tidak terpadam pada waktu malam.
19Dia menaruh tangannya pada spindel, dan tangannya memegang pemintal.
20Dia menghulur tangannya kepada orang miskin; ya, tangannya mencapai kepada orang yang keperluan.
21Dia tidak takut salji melanda rumah tangganya: sebab semua anggota keluarganya diliputi kain merah menyala.
22Dia sendiri membuat kain penutup dewangga; pakaiannya ialah sutera dan ungu.
23Suaminya dikenali di pintu gerbang, apabila dia duduk di kalangan orang tua-tua negeri.
24Dia membuat kain linen halus, dan menjualnya; dan menyampaikan ikat pinggang kepada si pedagang.
25Kekuatan dan kehormatan menjadi pakaiannya; dan dia akan bersukacita pada masa akan datang.
26Dia membuka mulutnya dengan hikmah; dan di dalam lidahnya ada hukum kebudian.
27Dia menjaga rapi urusan-urusan rumahtangganya, dan tidak memakan roti melahu.
28Anak-anaknya bangun dan memanggil dia bahagia; begitu juga suaminya yang memujinya.
29Banyak perempuan telah berbuat mulia, tetapi kamu lebih cemerlang daripada mereka semua.
30Keredaan memperdayakan, dan kecantikan itu sia-sia: tetapi perempuan yang takut akan TUHAN, dialah yang akan dipuji.
31Berilah dia buah hasil tangannya; dan biarlah karya-karyanya sendiri memuji dia di pintu-pintu gerbang.