Psalms 32

Mazmur 32

1Mazmur Daud, Mascil. Diberkatilah dia yang pelanggarannya diampuni, yang dosanya ditutupi.

2Diberkatilah orang yang kepadanya TUHAN tidak perhitungkan kedurjanaan, dan yang dalam rohnya tiada kelicikan.

3Ketika aku kekal diam, tulang-tulangku bertambah tua melalui keluhanku sepanjang hari.

4Sebab siang dan malam tanganmu menekan berat terhadapku: lembapanku diubahkan kepada kekeringan musim panas. Sela.

5Aku mengakui dosaku kepadamu, dan kedurjanaanku tidak disembunyikanku. Aku berkata, aku akan membuat pengakuan pelanggaran-pelanggaranku kepada TUHAN; dan engkau telah mengampuni kedurjanaan dosaku. Sela.

6Sebab itu setiap orang yang salih akan berdoa kepadamu pada waktu engkau dapat ditemui: tentulah banjir daripada laut besar tidak akan mendekatinya.

7Engkaulah tempat persembunyianku; engkau akan mengekalkanku daripada masalah; engkau akan mengelilingiku dengan lagu-lagu pembebasan. Sela.

8Aku akan mengarahmu dan mengajarmu jalan yang patut kamu pakai: Aku akan memandu hidupmu dengan mataku.

9Janganlah kalian seperti kuda, atau seperti keldai, yang tidak ada pemahaman: yang mulutnya harus dipegang dengan kekang dan tali, supaya jangan ia mendekatimu.

10Banyak dukacita akan diderita orang durjana: tetapi dia yang percaya kepada TUHAN, belas kasihan akan mengelilinginya.

11Jadilah gembira dalam TUHAN, dan bersukacitalah, hai kalian yang benar: dan sorak kerana sukacita, hai kalian yang jujur dalam hati.