Psalms 33

Mazmur 33

1Bersukacita dalam TUHAN, wahai kalian orang benar: sebab pujian adalah elok bagi orang jujur.

2Pujilah TUHAN dengan kecapi: nyanyilah kepadanya dengan salteri dan alat muzik bertali sepuluh.

3Nyanyi kepadanya suatu lagu yang baru; main secara mahir dengan bunyi yang kuat.

4Sebab firman TUHAN betul; dan segala pekerjaannya dilakukan dalam kebenaran.

5Dia mengasihi kewajaran dan penghakiman: bumi penuh dengan kebaikan TUHAN.

6Oleh firman TUHAN syurga itu dijadikan; dan seluruh cakerawala syurga oleh nafas mulutnya.

7Dia mengumpulkan air laut bersama seperti suatu longgokan: dia meletakkan samudera ke dalam gedung-gedung stor.

8Biar segala bumi takut akan TUHAN: biar penghuni-penghuni dunia berdiri tertakjub akan dia.

9Sebab dia berfirman, dan itu telah dilaksanakan; dia memerintah, dan ia telah berdiri teguh.

10TUHAN meniadakan pertimbangan orang kafir: dia menjadikan rancangan bangsa itu tidak berkesan.

11Pertimbangan TUHAN ditegakkan selamanya, fikiran hatinya kepada semua generasi.

12Diberkati negara yang Allahnya TUHAN; dan bangsa yang telah dia pilih untuk dijadikan warisannya sendiri.

13TUHAN memandang dari syurga; dia melihat semua anak manusia.

14Dari tempat kediamannya dia memandang kepada semua penghuni bumi.

15Dia membentuk hati mereka menjadi serupa; dia mempertimbangkan segala perbuatan mereka.

16Tiada raja yang diselamatkan oleh bilangan besar angkatannya: orang gagah tidak diselamatkan oleh kekuatan yang besar.

17Seekor kuda ialah benda yang sia-sia bagi keselamatan: dan ia juga tidak akan menyelamatkan sesiapa pun oleh kekuatannya yang besar.

18Lihatlah, mata TUHAN tertuju kepada mereka yang takut akan dia, kepada mereka yang berharap kepada belas kasihannya;

19Untuk menyelamatkan jiwa mereka dari maut, dan untuk mengekalkan nyawa mereka pada musim kebuluran.

20Jiwa kita menantikan TUHAN: dia penolong kita dan perisai kita.

21Sebab hati kita akan bersukacita di dalamnya, kerana kita telah percaya akan nama kudusnya.

22Biar belas kasihanmu, ya TUHAN, berada di atas kami, sebagaimana harapan kami berada di dalammu.