1Mazmur Daud, apabila dia mengubahkan kelakuannya di hadapan Abimelekh; yang telah mengusirnya, lalu Daud pergi. Aku akan memuji TUHAN pada setiap masa: pujiannya akan terus-menerus berada di dalam mulutku.
2Jiwaku akan bermegah di dalam TUHAN: orang yang rendah hati akan mendengarkannya dan bergembira.
3Besarkan TUHAN bersamaku, dan biarlah kita menyanjungi namanya bersama-sama.
4Aku mencari TUHAN, dan dia telah mendengarkanku, dan telah menyelamatkanku daripada segala ketakutanku.
5Mereka memandang kepadanya, lalu diserikan: dan muka mereka tidak menanggung malu.
6Orang yang kasihan ini memanggil, dan TUHAN telah mendengarkannya, dan menyelamatkannya daripada segala masalahnya.
7Malaikat TUHAN berkhemah mengelilingi mereka yang takut akan TUHAN, lalu menyelamatkan mereka.
8Kecaplah dan lihatlah bahawa TUHAN itu baik: diberkatilah orang yang percaya kepadanya.
9Takutilah TUHAN, orang kudusnya sekalian: sebab tiada kekurangan bagi mereka yang takut akannya.
10Singa-singa muda memang kekurangan, dan mengalami kelaparan: tetapi mereka yang mencari TUHAN tidak akan kekurangan apa pun yang baik.
11Marilah, anak-anak sekalian, endahkanku: Aku akan mengajar kalian takut akan TUHAN.
12Siapakah dia yang mengingini kehidupan, dan yang menyukai banyak hari, supaya dia dapat nampak apa yang baik?
13Peliharalah lidahmu daripada kejahatan, dan bibirmu daripada mengucap kelicikan.
14Jauhilah kejahatan, dan lakukanlah kebaikan; carilah damai sejahtera, dan kejarkannya.
15Mata TUHAN ada pada yang benar, dan telinganya terbuka kepada panggilan mereka.
16Wajah TUHAN menentang mereka yang berbuat jahat, untuk memutuskan ingatan mereka daripada bumi.
17Orang benar memanggil, dan TUHAN mendengar, dan menyelamatkan mereka daripada segala masalah mereka.
18TUHAN dekat kepada mereka yang hancur hati; dan menyelamatkan orang yang ada roh yang sesal.
19Sengsara orang benar adalah banyak: tetapi TUHAN menyelamatkan dia daripada segalanya itu.
20Dia memelihara semua tulangnya: tiada satu batang pun yang terpatah.
21Malapetaka akan menewaskan yang jahat: dan mereka yang membenci orang benar akan binasa.
22TUHAN menebus jiwa hamba-hambanya: dan tiada sesiapa pun daripada mereka yang percaya di dalamnya akan binasa.