Psalms 47

Mazmur 47

1Kepada pemimpin ahli Muzik, Suatu Mazmur bagi bani Korah. Tepuklah tangan, hai orang sekalian; berserulah kepada Allah dengan suara kemenangan.

2Sebab TUHAN Yang Mahatinggi sungguh dahsyat; dia seorang Raja yang besar atas seluruh bumi

3Dia akan menaklukkan umat itu di bawah kita, dan bangsa-bangsa di bawah kaki kita.

4Dia akan memilih warisan bagi kita, kecemerlangan Yakub yang telah dia kasihi. Sela.

5Allah telah naik dengan seruan, iaitu TUHAN dengan bunyi sangkakala.

6Nyanyi kepada Allah, nyanyi pujian: nyanyi pujian kepada Raja kita, nyanyi pujian.

7Sebab Allah ialah Raja segala bumi: kalian nyanyilah dengan pemahaman.

8Allah memerintah atas orang pagan: Allah duduk di atas takhta kekudusannya.

9Para penguasa umat berkumpul bersama, yakni umat Allah Abraham: sebab perisai-perisai bumi kepunyaan Allah: dia sangat disanjungi.