1Kepada pemimpin Ahli Muzik, Mazmur Daud, ketika nabi Natan datang kepadanya, selepas dia sudah menghampiri Batsyeba. Berbelas kasihan terhadapku, ya Allah, menurut kasih sayangmu: menurut belas kasihan lemah-lembutmu yang banyak singkirkanlah pelanggaran-pelanggaranku.
2Basuhku dengan menyeluruh daripada kedurjanaanku, dan tahirkanku daripada dosaku.
3Sebab aku telah mengakui pelanggaran-pelanggaranku: dan dosaku kekal ada di hadapanku.
4Terhadap engkau, dan engkau sahaja, aku telah berdosa, dan telah melakukan kejahatan ini di hadapan matamu: supaya engkau benar ketika engkau berbicara, dan jelas ketika engkau dihakimi.
5Lihatlah, aku telah dibentuk dalam kedurjanaan; dan dalam dosa aku dikandung ibuku.
6Lihatlah, engkau mengingini kebenaran di dalam lubuk hati: dan di dalam bahagian yang tersembunyi engkau akan menjadikan diriku mengetahui hikmah.
7Bersihkanku dengan hisop, dan aku akan menjadi bersih: basuhkanku, dan aku akan menjadi lebih putih daripada salji.
8Jadikanku untuk mendengar sukacita dan kegembiraan; supaya tulang-tulang yang telah engkau patahkan dapat bersukacita.
9Sembunyikan wajahmu daripada dosa-dosaku, dan singkirkan segala kedurjanaanku.
10Ciptakan di dalamku suatu hati yang bersih, ya Allah; dan perbaharuilah roh yang wajar di dalam diriku.
11Jangan membuangku dari hadiratmu; dan jangan mengambil roh kudusmu daripadaku.
12Pulihkan kepadaku sukacita keselamatanmu; dan dukungku dengan rohmu yang pemurah`.
13Maka aku akan mengajar para pelanggar jalan-jalanmu; dan para pendosa akan dipalingkan kepadamu.
14Lepaskanku daripada kesalahan menumpah darah, ya Allah, engkau Allah keselamatanku: dan lidahku akan menyanyi lantang tentang kewajaranmu.
15Ya Tuhan, bukalah bibirku; dan mulutku akan mempamerkan pujian mu.
16Sebab kamu tidak mengingini korban; sebab kalau diingini aku akan memberikannya: engkau tidak menyukai persembahan bakaran.
17Korban-korban Allah ialah roh yang remuk: hati yang remuk dan sesal, ya Allah, engkau tidak akan pandang hina.
18Berbuat baiklah dalam kesenangan elok hatimu kepada Sion: binalah tembok-tembok Yerusalem.
19Maka engkau akan berkenan kepada korban-korban kewajaran, kepada persembahan bakaran dan persembahan bakaran sepenuhnya: kemudian mereka akan mempersembahkan lembu jantan di atas mazbahmu.