1Suatu Mazmur atau Lagu bagi Hari Sabat. Ia hal yang baik untuk mengucap syukur kepada TUHAN, dan untuk menyanyi pujian bagi namamu, ya, Yang Maha Tinggi:
2Untuk menunjukkan kasih sayangmu pada waktu pagi, dan kesetiaanmu pada setiap malam,
3Dengan alat muzik sepuluh tali, dan dengan salteri; dengan kecapi bunyi yang takzim.
4Sebab engkau, TUHAN, telah menjadikanku gembira melalui karyamu: aku akan berbangga di dalam karya-karya tanganmu.
5Ya TUHAN, betapa besarnya karya-karyamu! dan fikiran-fikiranmu sungguh mendalam.
6Orang kebinatangan tidak akan mengenal itu; dan orang bebal juga tidak akan memahami ini.
7Ketika orang durjana bertumbuh seperti rumput, dan ketika semua pekerja kedurjanaan makmur; ia adalah supaya mereka akan dibinasakan untuk selamanya:
8Tetapi engkau, TUHAN, adalah paling tinggi unb, lihatlah, musuh-musuhmu akan binasa; segala pekerja kedurjanaan akan bertempiaran.
9Tetapi tandukku akan engkau sanjungi seperttuk selamanya.
10Sebab, lihatlah, musuh-musuh, ya TUHAN, sebai tanduk unikorn: aku akan diurapi dengan minyak yang baru.
11Mataku akan juga melihat keinginanku terjadi ke atas musuh-musuhku, dan telingaku akan mendengar keinginanku terhadap orang durjana yang bangkit menentangku.
12Orang benar akan makmur seperti pokok palma: dia akan bertumbuh seperti pokok sedar di Lebanon.
13Orang yang ditanam di rumah TUHAN akan makmur di halaman Allah kita.
14Mereka akan masih menghasilkan buah pada umur tua; mereka akan menjadi gemuk dan makmur;
15Untuk menunjukkan bahawa TUHAN jujur: dia batuku, dan tiada ketidakwajaran di dalamnya.