1Sebuah Mazmur. O nyanyilah kepada TUHAN sebuah lagu yang baru; kerana dia telah melakukan hal-hal yang ajaib: tangan kanannya, dan tangan kudusnya, telah memperoleh baginya kemenangan.
2TUHAN telah menjadikan nyata keselamatannya: kewajarannya telah ditunjukkan dia terang-terang di pandangan orang kafir.
3Dia telah mengingati belas kasihannya dan kebenarannya terhadap bani Israel: segala hujung bumi sudah melihat keselamatan Allah kita.
4Buat bunyi girang kepada TUHAN, hai seluruh bumi: buat bunyi lantang, dan bersukacita, dan menyanyi pujian.
5Nyanyi kepada TUHAN dengan kecapi; dengan kecapi, dan dengan suara sebuah mazmur.
6Dengan sangkakala dan dengan kornet buat bunyi girang di hadapan TUHAN, yang Raja.
7Biar lautan mengaum, dan kepenuhannya; dunia, dan mereka yang berdiam di dalamnya.
8Biar air-air banjir menepuk tangan mereka: biar bukit-bukit beriang-riang bersama
9Di hadapan TUHAN; sebab dia datang untuk menghakimi bumi: dengan kewajaran akan dia menghakimi bumi, dan umat dengan kesaksamaan.