1Tulis kepada malaikat gereja di Efesus; Hal-hal ini difirmankan dia yang memegang tujuh bintang di dalam tangan kanannya, yang berjalan di tengah-tengah tujuh kaki dian emas itu;
2Aku mengenal pekerjaanmu, dan jerih lelahmu, dan kesabaranmu, dan bagaimana kamu tidak dapat bersabar dengan mereka yang jahat: dan kamu telah menguji mereka yang menyatakan diri mereka sebagai rasul, dan bukan rasul, dan telah mendapati mereka pembohong:
3Dan telah bertekun, dan ada kesabaran, dan demi namaku telah berjerih lelah, dan tidak beroleh lemah.
4Walau bagaimanapun, aku ada sesuatu terhadapmu, kerana kamu telah meninggalkan kasihmu yang pertama.
5Maka ingatlah dari mana kamu telah jatuh, dan bertaubat, dan lakukanlah kerja-kerja yang pertama itu; kalau tidak aku akan datang dengan lekas kepadamu, dan akan mengeluarkan kaki dianmu dari tempat dia, kecuali kamu bertaubat.
6Tetapi ini yang kamu ada, iaitu kamu benci perbuatan-perbuatan orang Nikolaus, yang aku juga benci.
7Dia yang bertelinga, biar dia dengar apa yang dikatakan Roh kepada gereja-gereja; Kepada orang yang menang, akan kuberi makan dari pokok kehidupan, yang berada di tengah-tengah Taman Firdaus Allah.
8Dan tulis kepada malaikat gereja di Smirna; Hal-hal ini difirmankan Yang Pertama dan Yang Terakhir, yang telah mati, dan yang masih hidup;
9Aku mengenal pekerjaanmu, dan keseksaanmu, dan kemiskinanmu, (tetapi kamu memang kaya) dan aku tahu kekufuran orang yang menyatakan diri sebagai orang Yahudi, dan bukan, tetapi merupakan saumaah Syaitan.
10Jangan takut akan apa yang akan dideritakanmu: lihatlah, iblis akan melemparkan sesetengah daripada kalian ke dalam penjara, supaya kalian dapat diuji; dan kalian akan menderita keseksaan untuk sepuluh hari: jadilah setia sampai mati, dan aku akan memberimu mahkota kehidupan.
11Dia yang bertelinga, biar dia dengar apa yang dikatakan Roh kepada gereja-gereja; Orang yang menang tidak akan dipedihkan kematian yang kedua.
12Dan tulis kepada malaikat gereja di Pergamus; Hal-hal ini difirmankan dia yang ada pedang tajam yang bermata dua;
13Aku mengenal pekerjaanmu, dan di mana kamu berdiam, iaitu tempat duduk Syaitan: dan kamu memegang teguh namaku, dan tidak menyangkal imanku, malah pada waktu ketika Antipas menjadi martir setiaku, yang telah dibunuh di kalangan kalian, di tempat yang Syaitan berdiam.
14Tetapi aku ada beberapa hal terhadapmu, kerana kamu ada di sana orang yang memegang doktrin Bileam, yang telah mengajar Balak untuk menempatkan suatu batu sandungan di hadapan bani Israel, untuk makan apa yang dikorbankan kepada patung-patung berhala, dan untuk berkendak.
15Demikian kamu juga ada orang yang memegang doktrin orang Nikolaus, iaitu apa yang aku benci.
16Bertaubat; kalau tidak aku akan datang dengan lekas kepadamu, dan akan memerangi mereka dengan pedang mulutku.
17Dia yang bertelinga, biar dia dengar apa yang dikatakan Roh kepada gereja-gereja; Kepada orang yang menang, akan kuberi makan manna yang tersembunyi, dan akan memberinya sebiji batu putih, dan pada batu itu tertulis suatu nama baru, yang tidak diketahui sesiapa pun kecuali dia yang menerimanya.
18Dan tulis kepada malaikat gereja di Tiatira; Hal-hal ini difirmankan Anak Allah, yang ada mata bagaikan nyala api, dan kakinya bagaikan gangsa tulen;
19Aku mengenal pekerjaanmu, dan belas ihsan, dan khidmat, dan iman, dan kesabaranmu, dan pekerjaanmu; dan yang terakhir untuk menjadi lebih banyak daripada yang pertama.
20Walau bagaimanapun aku ada beberapa hal terhadapmu, kerana kamu membenarkan perempuan itu, Izebel, yang memanggil dirinya sendiri sebagai nabiah, untuk mengajar dan menggoda hamba-hambaku untuk berkendak, dan untuk memakan apa yang dikorbankan kepada patung-patung berhala.
21Dan aku telah memberinya waktu untuk bertaubat bagi perbuatan berkendaknya itu; dan dia tidak bertaubat.
22Lihatlah, aku akan melemparkan dia ke atas sebuah katil, dan dengan mereka yang telah berzina dengannya kepada seksaan yang besar, kecuali mereka bertaubat daripada perbuatan-perbuatan mereka.
23Dan aku akan membunuh anak-anaknya dengan kematian; dan semua gereja akan tahu bahawa akulah dia yang menyelam batin dan hati: dan aku akan membalas kepada setiap orang di antara kalian menurut pekerjaanmu.
24Tetapi kepada kalian aku berkata, dan bukan kepada yang lain di Tiatira, sebanyak semana yang tidak mengenal doktrin ini, dan yang tidak mengenal kedalaman Syaitan, seperti yang dibicarakan mereka; aku tidak akan meletakan apa pun lagi beban kepada kalian.
25Tetapi apa yang kalian sudah ada pegang teguh sampai aku datang.
26Dan dia yang menang, dan memegang pekerjaanku sampai akhir, kepadanya akan kuberi kuasa ke atas bangsa-bangsa:
27Dan dia akan memerintah mereka dengan tongkat besi; seperti bejana-bejana tukang periuk akan mereka dihancurkan sampai berkecai: sama seperti tongkat yang kuterima daripada Bapaku.
28Dan aku akan memberinya bintang fajar pagi.
29Dia yang bertelinga, biar dia dengar apa yang dikatakan Roh kepada gereja-gereja.