1Dan selepas hal-hal itu aku terdengar suatu suara banyak orang di syurga, yang berkata, Haleluya; Keselamatan, dan kemuliaan , dan kehormatan, dan kuasa, adalah pada Allah kita:
2Sebab benar dan wajar penghakiman-penghakimannya: sebab dia telah menghakimi pelacur besar itu yang telah mencemari bumi dengan perzinaannya, dan dia telah membalaskan darah hamba-hambanya yang ada pada tangan pelacur itu.
3Dan sekali lagi mereka berkata, Haleluya. Dan asap pelacur itu naik sampai selama-lamanya.
4Dan empat dan dua puluh penatua itu dan empat binatang itu tersungkur dan menyembah Allah yang duduk di takhta, dengan berkata, Amin; Haleluya.
5Dan suara terpancar dari takhta, dengan berkata, Pujilah Allah kita, hai hambanya sekalian, dan kalian yang takut akan dia, kedua-dua orang yang besar dan orang yang kecil.
6Dan aku terdengar seakan-akan suara daripada keramaian besar orang, dan seperti suara banyak air, dan seperti suara guruh yang hebat, dengan berkata, Haleluya: sebab Tuhan Allah Yang Maha Kuasa bertakhta.
7Biar kita bergembira dan bersukacita, dan beri kehormatan kepadanya: sebab perkahwinan Domba sudah tiba, dan isterinya telah menjadikan dirinya siap sedia.
8Dan kepada isterinya telah dibenarkan supaya dia berpakaian kain linen halus, bersih dan putih: sebab linen halus itu ialah kewajaran orang-orang kudus.
9Dan dia berkata kepadaku, Tulis, Diberkatilah mereka yang telah diundang ke perjamuan kahwin Domba. Dan dia berkata kepadaku, Inilah merupakan kata-kata yang benar Allah.
10Dan aku tersungkur pada kakinya untuk menyembahnya. Dan dia berkata kepadaku, Jangan kamu melakukan itu: Aku merupakan hambamu yang sebaya denganmu, dan hamba kepada saudara-saudara yang ada kesaksian Yesus: sembahlah Allah: sebab kesaksian Yesus ialah roh nubuat itu.
11Dan saya nampak syurga terbuka, dan melihat seekor kuda putih; dan dia yang menungganginya dipanggil Yang Setia dan Yang Benar, dan dalam kewajaran dia menghakimi dan berperang.
12Matanya adalah seperti nyala api, dan pada kepalanya ada banyak mahkota; dan dia ada suatu nama yang tertulis, yang tidak seorang pun tahu, kecuali dirinya sendiri.
13Dan dia memakai baju yang telah dicelup dalam darah: dan namanya dipanggil Firman Allah.
14Dan angkatan-angkatan yang berada di syurga mengikutinya menunggangi kuda-kuda putih, memakai linen halus yang putih dan yang bersih.
15Dan dari mulutnya keluarlah sebilah pedang yang tajam, yang dengannya dia memukul bangsa-bangsa: dan dia akan memerintah mereka dengan tongkat besi: dan dia menginjak-injak tempat pemerasan anggur keganasan dan kemurkaan Allah Yang Maha Kuasa.
16Dan dia ada pada jubahnya dan pada pahanya tulisan suatu nama, RAJA SEGALA RAJA, DAN TUAN SEGALA TUAN.
17Dan aku melihat suatu malaikat berdiri di matahari; dan dia berseru dengan suara yang kuat, dengan berkata kepada semua burung yang terbang di tengah-tengah syurga, Datang dan berhimpunlah bersama di perjamuan Allah Yang Maha Besar;
18Supaya kalian dapat makan daging raja-raja, dan daging ketua-ketua, dan daging orang yang kuat, dan daging kuda-kuda, dan orang yang menungganginya, dan daging semua manusia, kedua-dua yang merdeka dan yang abdi, dan kedua-dua yang kecil dan yang besar.
19Dan aku nampak binatang itu, dan para raja bumi, dan angkatan-angkatan mereka, berkumpul bersama untuk berperang terhadap dia yang menunggangi kuda, dan terhadap angkatannya.
20Dan binatang itu diambil, dan bersama dia nabi palsu yang membuat mukjizat di hadapannya, yang dengan itu memperdayakan mereka yang telah menerima tanda binatang itu, dan mereka yang menyembah gambarnya. Kedua-dua ini dibuang hidup-hidup ke dalam lautan api yang membakar dengan belerang.
21Dan orang sisa dibunuh dengan pedang orang yang menunggangi kuda, yang pedangnya keluar dari mulutnya: dan semua burung diisi kenyang dengan daging-daging mereka.