1Dan tulis kepada malaikat gereja di Sardis; Hal-hal ini difirmankan dia yang ada tujuh Roh Allah itu, dan tujuh bintang itu; aku mengenal pekerjaanmu, bahawa kamu ada dikatakan hidup, dan sudah mati.
2Berjaga-jagalah, dan perkuatkanlah apa yang tertinggal, yang sudah siap untuk mati: sebab aku tidak mendapati pekerjaanmu sempurna di hadapan Allah.
3Maka ingatlah bagaimana kamu telah menerima dan mendengar, dan berpengang teguhlah, dan bertaubat. Maka jika kamu tidak berjaga-jaga, aku akan datang kepadamu seperti seorang pencuri, dan kamu tidak akan tahu apa waktunya aku akan datang kepadamu.
4Kamu ada beberapa nama di Sardis yang tidak mencemarkan pakaian mereka; dan mereka akan berjalan denganku dalam pakaian putih: sebab mereka layak.
5Orang yang menang, dia itulah yang akan ditutupi pakaian putih; dan aku tidak akan melucutkan namanya dari kitab kehidupan, tetapi aku akan mengakui namanya di hadapan Bapaku, dan di hadapan malaikat-malaikatnya.
6Dia yang bertelinga, biar dia dengar apa yang dikatakan Roh kepada gereja-gereja.
7Dan tulis kepada malaikat gereja di Filadelfia; Hal-hal ini difirman dia yang kudus, dia yang benar, dia yang ada kunci Daud, dia yang membuka, dan tiada yang dapat menutup; dan menutup, dan tiada yang dapat membuka;
8Aku tahu perbuatan-perbuatanmu: lihatlah, aku telah menetapkan di hadapanmu pintu terbuka, dan tidak seorang pun yang dapat menutupinya: sebab kamu ada sedikit kekuatan, dan telah menjaga firmanku, dan tidak menyangkal namaku.
9Lihatlah, aku akan menjadikan mereka yang daripada saumaah Syaitan, yang mengatakan diri sebagai orang Yahdui, dan bukan, tetapi berbohong; lihatlah, aku akan menjadikan mereka untuk datang dan bersembahyang di hadapan kakimu, dan untuk tahu bahawa aku telah mengasihimu.
10Oleh sebab kamu telah memelihara firman kesabaranku, aku juga akan memeliharamu daripada saat pencubaan, yang akan datang ke atas seluruh dunia, untuk menguji mereka yang berdiam di bumi.
11Lihatlah, aku datang dengan cepat: peganglah teguh apa yang kamu ada, supaya tiada sesiapa yang mengambil mahkotamu.
12Aku akan jadikan dia yang menang sebagai tiang di bait Allahku, dan dia tidak akan lagi keluar: dan aku akan menulis padanya nama Allahku, dan nama kota Allahku, iaitu Yerusalem baru, yang turun dari syurga daripada Allahku: dan aku akan menulis padanya namaku yang baru.
13Dia yang bertelinga, biarlah dia dengar apa yang dikatakan Roh kepada gereja-gereja.
14Dan kepada malaikat gereja Laodikia tulislah; Inilah apa yang dikatakan Amen itu, saksi yang setia dan benar itu, permulaan ciptaan Allah;
15Aku tahu perbuatan-perbuatanmu, bahawa kamu tidak sejuk, dan panas pun tidak: Aku inginkan kalau kamu itu sejuk atau panas.
16Oleh sebab kamu suam-suam sahaja, dan tidak sejuk, dan panas pun tidak, Aku akan meludah kamu keluar daripada mulutku.
17Sebab kamu berkata, Aku kaya, dan telah bertambah dengan barangan, dan tidak memerlukan apa-apa pun; dan tidak tahu bahawa kamu ini bedebah, dan malang, dan miskin, dan buta, dan telanjang:
18Aku menasihatimu untuk membeli daripadaku emas yang telah disucikan di dalam api, supaya kamu dapat menjadi kaya; dan pakaian putih, supaya kamu dapat ditutupi kain, dan supaya aib ketelanjangan kamu itu tidak ternyata; dan kenakanlah matamu dengan salap mata, supaya kamu dapat melihat.
19Sebanyakmana orang yang kukasihi, aku tegur dan hukum: maka bersemangatlah dan bertaubat.
20Lihatlah, aku berdiri di pintu, dan mengetuk: jika sesiapa pun mendengar suaraku, dan membuka pintu, aku akan masuk kepadanya, dan akan makan bersamanya, dan dia bersamaku.
21Bagi dia yang menang aku akan membenarkannya duduk bersamaku di takhtaku, sepertimana aku juga telah menang, dan didudukkan bersama Bapaku di takhtanya.
22Dia yang bertelinga, biarlah dia dengar apa yang dikatakan Roh kepada gereja-gereja.