Revelation 5

Wahyu 5

1Dan aku nampak di sebelah tangan kanan dia yang duduk di takhta sebuah kitab yang ditulisi sebelah dalam dan sebelah belakangnya, dan dimeterai dengan tujuh meterai.

2Dan aku nampak malaikat yang kuat mengisytihar dengan suara yang lantang, Siapakah yang layak untuk membuka kitab, dan untuk menanggalkan meterainya?

3Dan tidak seorang pun di syurga, dan di bumi, dan di bawah bumi, mampu membuka kitab itu, malah untuk memandangnya pun tidak.

4Dan aku banyak menangis, kerana tidak seorang pun ditemui layak untuk membuka dan membaca kitab itu, malah untuk memandangnya pun tidak.

5Dan salah seorang penatua berkata kepadaku, Janganlah menangis: lihatlah, Singa dari suku Yehuda, iaitu Akar Daud, telah berjaya untuk membuka kitab, dan untuk menanggalkan tujuh meterainya.

6Dan aku melihat, dan, ternampaklah, di tengah-tengah takhta dan di tengah-tengah empat binatang itu, dan di tengah-tengah para penatua, berdirilah seekor Domba akan seperti ia telah dibunuh, sementara mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, yang merupakan tujuh Roh Allah yang diutus ke seluruh bumi.

7Dan dia datang dan mengambil kitab itu dari tangan kanannya yang duduk di atas takhta.

8Dan sesudah dia mengambil kitab itu, empat binatang itu dan empat dan dua puluh penatua itu rebah di hadapan Anak Domba itu, masing-masing memegang kecapi, dan bebuli emas penuh dengan bau-bau, yang merupakan doa orang-orang kudus.

9Dan mereka menyanyikan suatu lagu baru yang menyatakan, Engkau layak untuk mengambil kitab, dan untuk membuka meterai-meterai itu: sebab engkaulah yang terbunuh, dan telah menebus kita kepada Allah oleh darahmu iaitu orang daripada segala suku, bahasa, kaum, dan bangsa;

10Dan telah menjadikan kami para raja dan para imam bagi Allah kita: dan kami akan memerintah di bumi.

11Dan aku melihat, dan terdengar suara banyak malaikat di sekitar takhta dan binatang-binatang dan para penatua: dan bilangan mereka sepuluh ribu kali sepuluh ribu, dan beribu-ribu kali beribu-ribu;

12Sementara berkata dengan suara yang lantang, Layaklah Anak Domba yang telah dibunuh itu untuk menerima kuasa, dan kekayaan, dan hikmah, dan kekuatan, dan kehormatan, dan kemuliaan, dan puji-pujian.

13Dan setiap makhluk yang berada di syurga, dan di bumi, dan di bawah bumi, dan demikian yang ada di bawah lautan, dan semua yang ada di dalamnya, kudengar berkata, Pujian, dan kehormatan, dan kemuliaan, dan kuasa, bagi dia yang duduk di atas takhta, dan kepada Anak Domba untuk selama-lamanya.

14Dan empat binatang itu berkata, Amin. Dan empat dan dua puluh penatua itu rebah dan bersembahyang kepada dia yang hidup untuk selama-lamanya.