Romans 10

Roma 10

1Saudara sekalian, kerinduan hatiku dan doaku kepada Allah bagi Israel adalah supaya mereka dapat diselamatkan.

2Sebab aku bersaksi bahawa mereka ada keghairahan Allah, tetapi tidak menurut pengetahuan.

3Sebab mereka sementara jahil akan kewajaran Allah, dan sibuk dalam hal memantapkan kewajaran mereka sendiri, tidak menyerahkan diri mereka sendiri kepada kewajaran Allah.

4Sebab Kristus ialah pengakhiran hukum bagi kewajaran untuk setiap orang yang percaya.

5Sebab Musa telah menjelaskan kewajaran yang daripada hukum, Bahawa orang yang melakukan hal-hal itu akan hidup melaluinya.

6Tetapi kewajaran yang berasal daripada iman berbicara dengan demikian, Jangan berkata dalam hatimu, Siapakah yang akan naik ke syurga? (iaitu untuk membawa Kristus turun dari atas:)

7Atau, Siapakah yang akan turun ke tempat yang dalam? (iaitu untuk membangkitkan semula Kristus dari kematian.)

8Tetapi apakah yang dinyatakannya? Firman itu dekat kepadamu, bahkan di dalam mulutmu, dan di dalam hatimu: iaitu, firman iman, yang kami khutbahkan;

9Supaya jika kamu mengakui Tuhan Yesus dengan mulutmu, dan akan percaya di dalam hatimu bahawa Allah telah membangkitkannya dari kematian, maka kamu akan diselamatkan.

10Sebab dengan hati seseorang percaya kepada kewajaran; dan dengan mulut pengakuan dibuat kepada keselamatan.

11Sebab kitab berkata, Barang siapa yang percaya kepadanya tidak akan beroleh malu.

12Sebab tiada perbezaan di antara orang Yahudi dan orang Yunani: sebab Tuhan yang sama atas semua adalah kaya kepada semua yang menyeru kepadanya.

13Sebab barang siapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.

14Maka bagaimanakah akan mereka menyeru kepadanya yang mereka tidak percaya? dan bagaimanakah akan mereka percaya kepadanya yang mereka tidak pernah dengar? dan bagaimanakah akan mereka mendengar tanpa seorang pengkhutbah?

15Dan bagaimanakah akan mereka berkhutbah, kecuali mereka diutus? seperti tertulis, Betapa indahnya kaki mereka yang mengkhutbahkan injil damai sejahtera, dan membawa khabar gembira akan apa yang baik!

16Tetapi bukan semua antara mereka telah mentaati injil. Sebab Yesaya telah berkata, Tuhan, siapakah yang telah percaya pelaporan kami?

17Maka iman datangnya oleh pendengaran, dan pendengaran oleh firman Allah.

18Tetapi aku bertanya, Tidak pernahkah mereka dengar? Memanglah ya, suara mereka telah sampai ke seluruh bumi, dan kata-kata mereka ke hujung dunia.

19Tetapi aku berkata, Tidakkah Israel tahu? Pertama-tama Musa berkata, Aku akan memprovokasi kalian kepada kecemburuan oleh orang yang bukan umat, dan oleh bangsa yang bebal akan aku menjadikan kalian marah.

20Tetapi Yesaya sungguh berani, dan berkata, Aku telah ditemui oleh mereka yang tidak mencariku; Aku telah dinyatakan kepada mereka yang tidak bertanya tentang aku.

21Tetapi kepada Israel dia berkata, Sepanjang hari aku telah menghulurkan tanganku kepada umat yang tidak taat dan yang suka membantah.