Romans 11

Roma 11

1Maka aku berkata, Sudahkah Allah membuang umatnya? Biar Allah melarangkannya. Sebab aku juga orang Israel, dari benih Abraham, dari suku Benyamin.

2Allah tidak membuang umatnya yang telah dipratahukannya. Tidak tahukah kalian apa yang nas-nas kitab sebut tentang Elias? bagaimana dia membuat syafaat kepada Allah terhadap Israel, dengan berkata,

3Tuhan, mereka telah membunuh nabi-nabimu, dan telah menggaliruntuhkan mazbah-mazbahmu; dan aku seorang diri yang tertinggal, dan mereka mencariku untuk mencabut nyawaku.

4Tetapi apakah jawapan Allah kepadanya? Aku telah menyimpan bagi diriku sendiri tujuh ribu orang, yang tidak bertelut menyembah gambar Baal.

5Demikian juga pada masa kini juga ada suatu sisa menurut pemilihan rahmat.

6Dan jika oleh rahmat, maka ia bukan lagi oleh perbuatan: kalau tidak rahmat itu bukanlah rahmat lagi. Tetapi jika ia oleh perbuatan, maka ia bukan lagi oleh rahmat: kalau tidak perbuatan itu bukanlah perbuatan lagi.

7Jadi bagaimana? Israel tidak memperoleh apa yang dicarikannya; tetapi orang pilihan sudah memperoleh itu, dan yang lain dibutakan

8(Menuruti apa yang tertulis, Allah telah memberi mereka roh mengantuk, mata supaya mereka tidak dapat melihat, dan telinga supaya mereka tidak dapat mendengar;) sampai kepada hari ini.

9Dan Daud berkata, Biar meja mereka dijadikan jerat, dan perangkap, dan batu sandungan, dan pembalasan terhadap mereka:

10Biar mata mereka digelapkan, supaya mereka tidak dapat melihat, dan menundukkan belakang mereka selalu.

11Maka aku berkata, Sudahkah mereka tersandung supaya mereka jatuh? Biar Allah melarangkannya: tetapi sebaliknya melalui kejatuhan mereka keselamatan sudah sampai kepada orang bukan Yahudi, untuk memprovokasi mereka sehingga cemburu.

12Sekarang jika kejatuhan mereka menjadi kekayaan dunia, dan pelenyapan mereka menjadi kekayaan kepada orang bukan Yahudi; betapa banyak lagi kepenuhan mereka?

13Sebab aku berbicara kepada kalian, orang bukan Yahudi, sebanyak semana aku rasul kepada orang bukan Yahudi, aku membesar-besarkan jawatanku:

14Supaya melalui cara apa pun aku dapat memprovokasikan suatu daya persaingan di dalam mereka yang sedaging dengan aku, dan mungkin dapat menyelamatkan sesetengah daripada mereka.

15Sebab jika pembuangan mereka menjadi pendamaian bagi dunia, maka bagaimanakah pula penyambutan mereka kalau bukan hidup dari mati?

16Jika hasil buah pertama adalah kudus, maka adunan juga kudus: dan jika akar kudus, demikian juga ranting-ranting.

17Dan jika sesetengah ranting dipatahkan keluar, dan kamu, sementara suatu pokok zaitun yang liar, dicantumkan di antara mereka, dan dengan mereka turut menyertai akar dan kegemukan pokok zaitun itu;

18Jangan bermegah terhadap ranting-ranting itu. Sebab jika kamu bermegah, kamu tidak menyokong akar, tetapi akar menyokongmu.

19Kemudian kamu akan berkata, Ranting-ranting telah dipatahkan keluar, supaya aku dapat dicantumkan ke dalam.

20Baiklah; oleh sebab ketidakpercayaan mereka telah dipatahkan keluar, dan kamu teguh kerana iman. Jangan menjadi tinggi hati, tetapi jadilah takut:

21Sebab jika Allah tidak sayang untuk mengeluarkan ranting-ranting asli, berjaga-jaga supaya jangan dia juga tidak sayang untuk mengeluarkanmu.

22Maka lihatlah kebaikan dan kekerasan Allah: kepada mereka yang telah dijatuhkan, kekerasan; tetapi terhadapmu, kebaikan, jika kamu kekal di dalam kebaikannya: kalau tidak, kamu juga akan dipotong keluar.

23Dan mereka juga, jika mereka tidak masih berdiam di dalam ketidakpercayaan, akan dicantum ke dalam: sebab Allah mampu untuk mencantumkan mereka ke dalam semula.

24Sebab jika kamu telah dipotong daripada pokok zaitun yang adalah liar secara asalnya, dan telah dicantum bertentangan dengan asalnya ke dalam pokok zaitun yang baik: betapa lebih lagi akan mereka ini, yang merupakan ranting yang asli, dicantumkan semula ke dalam pokok zaitun mereka sendiri?

25Sebab, saudara sekalian, aku tidak ingin supaya kalian menjadi jahil akan misteri ini, supaya jangan kalian memandai-mandai dalam keangkuhanmu sendiri; bahawa kebutaan separa terjadi di Israel sehingga kepenuhan orang bukan Yahudi sudah masuk.

26Dan dengan itu, seluruh Israel akan diselamatkan: seperti yang sudah tertulis, Dari Sion akan datang Penyelamat itu, dan akan memalingkan ketidaksalihan daripada Yakub:

27Sebab inilah waad aku kepada mereka, ketika aku menyingkirkan dosa-dosa mereka.

28Berkenaan injil itu, mereka musuh demimu: tetapi berkenaan pemilihan itu, mereka terkasih demi bapa-bapa leluhur.

29Sebab pemberian dan panggilan Allah itu adalah tanpa penyesalan.

30Sebab seperti kalian pada masa silam tidak percaya kepada Allah, namun sekarang telah menerima belas kasihan melalui ketidakpercayaan mereka:

31Demikian juga orang-orang ini sekarang tidak percaya, supaya melalui belas kasihan kalian mereka juga akan menerima belas kasihan.

32Sebab Allah telah melingkupi mereka semua ke dalam ketidakpercayaan, supaya dia dapat berbelas kasihan kepada semua.

33O, alangkah dalamnya kekayaan kedua-dua hikmah dan pengetahuan Allah! betapa tidak terselami penghakiman-penghakimannya, dan jalan-jalannya tidak terlihatkan!

34Sebab siapakah yang pernah mengenal minda Tuhan? atau siapakah yang pernah menjadi penasihatnya?

35Atau siapakah yang pertama-tama memberi kepadanya, dan supaya mendapatkan pampasan semula?

36Sebab daripada dia, dan melalui dia, dan kepada dia, adalah segala sesuatu: Baginyalah kemuliaan untuk selama-lamanya. Amin.