Romans 7

Roma 7

1Tidak tahukah kalian, saudara semua, (sebab aku bercakap kepada mereka yang mengenal hukum,) bagaimana hukum itu ada ketakhtaan atas manusia selama orang itu masih hidup?

2Sebab perempuan yang ada seorang suami diikat oleh hukum kepada suaminya selama suami masih hidup; tetapi jika suami itu mati, dia dilepaskan daripada hukum suaminya.

3Maka jika sementara suaminya masih hidup, dia berkahwin dengan lelaki yang lain, dia akan dipanggil penzina: tetapi jika suaminya mati, dia bebas daripada hukum itu; jadi dia bukan penzina, walaupun dia berkahwin dengan lelaki yang lain.

4Lantaran itu, saudara sekalianku, kalian juga telah mati kepada hukum oleh tubuh Kristus; supaya kalian patut dikahwinkan kepada yang lain, yakni kepada dia yang sudah dibangkitkan daripada mati, agar kita akan menghasilkan buah kepada Allah.

5Sebab ketika kalian berada dalam daging, perlanjutan-perlanjutan dosa, yang adalah melalui hukum, ada bekerja di dalam anggota-anggota kita untuk menghasilkan buah kepada maut.

6Tetapi sekarang kita telah dilepaskan daripada hukum, yang pada waktu kita mati kita telah dikurung dalamnya; supaya kita melayani dalam pembaharuan roh, dan bukan dalam keadaan lama hurufiah.

7Maka apakah yang harus dikatakan kita? Adakah hukum itu dosa? Biar Allah melarangkannya. Tidak, aku tidak mengenal dosa, kecuali melalui hukum: sebab aku tidak mengenal nafsu, kecuali hukum telah mengatakan, Kamu tidak akan mendambakan.

8Tetapi dosa, sementara mengambil kesempatan melalui perintah, telah menempa di dalam diriku segala jenis keberahian. Sebab tanpa hukum dosa mati.

9Sebab aku hidup tanpa hukum dahulu: tetapi ketika perintah datang, dosa bangkit, dan aku mati.

10Dan perintah itu, yang telah ditahbiskan kepada kehidupan, aku mendapatinya membawa kepada maut.

11Sebab dosa, yang mengambil kesempatan melalui hukum, telah memperdayakanku, dan dengannya telah membunuhku.

12Lantaran itu, hukum adalah kudus, dan perintah-perintah kudus, dan benar, dan baik.

13Maka adakah apa yang baik dijadikan maut kepadaku? Biar Allah melarangkannya. Tetapi dosa, supaya ia dapat dinyatakan sebagai dosa, mengerjakan maut di dalamku melalui apa yang baik; supaya dosa melalui perintah itu dapat dijadikan teramat berdosa.

14Sebab kita tahu bahawa hukum itu rohani: tetapi aku badaniah, terjual kepada dosa.

15Sebab apa yang aku buat aku tidak benarkan: sebab apa yang aku ingin buat, itulah yang tidak dibuat; tetapi apa yang aku benci, itulah yang aku buat.

16Maka jika aku buat apa yang aku tidak ingin buat, aku akur kepada hukum bahawa ia baik.

17Maka sekarang ia bukan lagi aku yang memperbuatnya, tetapi dosa yang berdiam di dalam diriku.

18Sebab aku tahu bahawa di dalamku (iaitu di dalam dagingku) tidak ada apa pun yang baik: sebab kehendak itu ada padaku; tetapi untuk melakukan apa yang baik itu tidak aku temui.

19Sebab kebaikan yang aku ingin buat aku tidak buat: tetapi kejahatan yang aku tidak ingin buat, itulah yang aku buat.

20Jika aku buat apa yang aku tidak ingin buat, ia bukan lagi aku yang melakukannya, tetapi dosa yang berdiam di dalamku.

21Maka aku menemui suatu hukum, bahawa, ketika aku ingin berbuat baik, jahat hadir bersamaku.

22Sebab aku bersuka di dalam hukum Allah menuruti manusia batiniah:

23Tetapi aku nampak suatu lagi hukum di dalam anggota-anggota tubuhku, yang berperang menentang hukum mindaku, dan membawaku ke dalam tawanan hukum dosa yang ada di dalam anggota-anggota tubuhku.

24Ya betapa bedebahnya diriku ini! siapakah yang akan melepaskanku daripada tubuh maut ini?

25Aku bersyukur kepada Allah ia melalui Yesus Kristus Tuhan kita. Dengan itu, oleh minda, aku sendiri melayani hukum Allah; tetapi oleh daging, hukum dosa.