1Aku bercakap benar dalam Kristus, aku tidak berdusta, hati nuraniku juga bersaksi dalam Roh Kudus,
2Bahawa aku ada dukacita besar dan kepiluan yang berterusan di dalam hatiku.
3Sebab aku dapat menghajatkan supaya diriku sendiri terkutuk daripada Kristus demi saudara-saudaraku, kaum kerabatku menurut daging:
4Yang merupakan orang Israel; orang yang telah menerima pengangkatan sebagai anak, dan kemuliaan, dan waad-waad, dan penerimaan hukum, dan pelayanan Allah, dan janji-janji;
5Orang yang mempunyai bapa-bapa leluhur itu, dan orang yang berdasarkan daging Kristus telah datang, dia yang mengatasi segalanya, Allah Yang Berbahagia selama-lamanya. Amin.
6Bukan seolah-olah firman Allah tidak berkesan. Sebab mereka bukanlah semua Israel, yang berasal dari Israel:
7Dan juga bukan kerana mereka itu benih Abraham bermaksud mereka semua anak: tetapi, Dalam Ishak akan benihmu itu dipanggil.
8Iaitu, Mereka yang anak daripada daging bukanlah anak-anak Allah: tetapi anak daripada janji diambil kira sebagai benih.
9Sebab inilah firman perjanjian, Pada masa sekian akan aku datang, dan Sara akan mempunyai anak.
10Dan bukan sahaja itu, tetapi ketika Ribka juga telah mengandung oleh satu orang, yakni oleh bapa leluhur kita Ishak;
11(Sebab anak-anaknya itu belum lagi dilahirkan, dan juga tidak pernah berbuat baik atau berbuat jahat, supaya tujuan Allah menurut pemilihan berdiri teguh, bukan oleh perbuatan, tetapi oleh Dia yang memanggil;)
12Ini telah dikatakan kepadanya, Yang tua akan melayani yang muda.
13Sepertimana sudah tertulis, Yakub telah kukasihi, tetapi Esau telah kubenci.
14Maka, apakah yang harus dikatakan kita? Mungkinkah adanya ketidakwajaran dengan Allah? Biar Allah melarangkannya.
15Sebab dia berkata kepada Musa, aku akan berbelas kasihan kepada sesiapa yang kubelaskasihi, dan aku akan mengasihani sesiapa yang kukasihani.
16Maka dengan demikian ia bukan kerana orang yang ingin, atau orang yang berusaha, tetapi kerana Allah yang menunjukkan belas kasihan.
17Sebab kitab berfirman kepada Firaun, Bagi tujuan ini telah aku membangunkanmu, supaya aku dapat menunjukkan kuasaku dalammu, dan supaya namaku dapat diisytiharkan menerusi seluruh bumi.
18Oleh sebab itu, dia ada belas kasihan kepada mereka yang dia ingin berbelas kasihan, dan kepada sesiapa yang dia ingin dia mengeraskan hatinya.
19Maka kamu akan seterusnya berkata kepadaku, Kalau demikian, mengapakah dia masih menyalahkan orang? Siapakah yang pernah menahan kehendaknya?
20Tetapi, tidak, hai manusia, siapakah kamu untuk menjawab menentang Allah? Akankah apa yang dibentuk berkata kepada yang membentukkannya, Mengapakah kamu menjadikanku sedemikian?
21Tidakkah tukang periuk berkuasa atas tanah liat, supaya daripada segumpal tanah liat yang sama menghasilkan satu bejana untuk kehormatan dan satu lagi untuk ketidakhormatan?
22Bagaimana jika Allah ingin menunjukkan murkanya, dan untuk menjadikan kuasanya ternyata, bertahan dengan banyak sabar derita akan bejana-bejana murka yang disesuaikan kepada kebinasaan:
23Dan supaya dia dapat menyatakan kekayaan kemuliaannya ke atas bejana-bejana belas kasihan, yang dia telah persiapkan dari dahulu untuk kemuliaan,
24Yakni kita, yang telah dia panggil, bukan sahaja daripada orang Yahudi, tetapi juga daripada orang bukan Yahudi?
25Sepertimana dia juga berfirman dalam Hosea, Aku akan memanggil mereka umatku, mereka yang bukan umatku; dan memanggil dia kekasih, dia yang bukan kekasih.
26Dan akan terjadi, di tempat yang ia pernah dikatakan kepada mereka, Kalian bukan umatku; di sana mereka akan dipanggil anak-anak Allah yang hidup.
27Yesaya juga berseru tentang Israel, Walaupun bilangan bani Israel seperti pasir di laut, hanya sisanya yang akan diselamatkan:
28Sebab dia akan menghabiskan kerja itu, dan memutuskannya menjadi singkat dalam kewajaran: kerana kerja menyingkat akan Tuhan buat di bumi.
29Dan seperti Yesaya berkata dahulu, Kecuali Tuhan Sabaot telah meninggalkan kita suatu benih, kita sudah akan jadi seumpama Sodom, dan sudah dijadikan seperti Gomora.
30Maka apakah yang harus dikatakan kita? Bahawa orang bukan Yahudi, yang tidak mengikuti kewajaran, telah mencapai kewajaran, bahkan kewajaran yang oleh iman.
31Tetapi Israel, yang telah mengikuti hukum kewajaran, tidak dapat mencapai hukum kewajaran.
32Mengapa? Kerana mereka tidak mengejarnya melalui iman, tetapi seakan-akan ia melalui hukum. Sebab mereka tersandung pada batu sandungan itu;
33Seperti yang tertulis, Lihatlah, aku meletakkan di Sion sebuah batu sandungan dan batu yang menyinggung: dan barang siapa yang percaya kepadanya tidak akan beroleh malu.