Song of Solomon 2

Kidung Agung 2

1Akulah bunga mawar dari Saron, dan bunga bakung di lembah-lembah.

2Seperti bunga bakung di antara duri-duri, demikianlah kekasihku di kalangan para anak perempuan.

3Seperti pokok epal di antara pokok-pokok di hutan, demikianlah kekasihku di antara para anak lelaki. Aku duduk di bawah bayang-bayangnya dengan kesukaan besar, dan buahnya manis rasanya.

4Lelakiku membawaku ke rumah perjamuan, dan panji-panjinya ke atas diriku ialah kasih.

5Topanglah aku dengan flagon-flagon, hiburkanku dengan buah-buah epal: sebab aku sakit cinta.

6Tangan kirinya di bawah kepalaku, dan tangan kanannya memelukku.

7Aku mempertanggungjawabkan kalian, hai anak perempuan Yerusalem sekalian, demi kijang-kijang, dan demi rusa-rusa di padang, supaya kalian tidak mengacau, dan tidak membangunkan kekasih lelakiku, sehingga dia ingin.

8Suara kekasihku! lihatlah, lelakiku datang melompat-lompat di atas gunung, dia datang meloncat-loncat di atas bukit.

9Kekasihku adalah seperti seekor kijang atau seekor rusa merah jantan muda: lihatlah, dia berdiri di belakang dinding kita, dia melihat menerusi tingkap-tingkap, dengan menunjukkan diri melalui kekisi.

10Kekasihku bertutur, dan berkata kepadaku, Bangunlah, kekasihku, jelitaku, dan marilah.

11Sebab, lihatlah, musim dingin sudah berlalu, dan hujan pun sudah teduh dan berlalu;

12Bunga-bunga muncul di bumi; waktu nyanyian burung-burung sudah tiba, dan suara burung tekukur terdengar di kawasan tanah kita;

13Pokok ara menghasilkan buah-buah aranya yang hijau, dan cabang-cabang pokok anggur pula menghasilkan anggur lembut yang semerbak harum baunya. Bangunlah, hai kekasihku, jelitaku, dan marilah.

14Wahai burung merpati putihku, yang berada di rekah-rekah batu, di tempat-tempat rahsia tangga, biarlah aku melihat wajahmu, biarlah aku mendengar suaramu; sebab suaramu manis, dan wajahmu cantik.

15Tangkaplah rubah-rubah itu, rubah-rubah yang kecil, yang merosakkan cabang-cabang anggur: sebab cabang-cabang anggur kita ada anggur-anggur yang lembut.

16Kekasih lelakiku adalah milikku, dan aku miliknya: dia memberi makan di antara bunga-bunga bakung.

17Sehingga fajar menyinsing, dan bayang-bayang menghilang, berpalinglah, hai kekasihku, dan jadilah dirimu seperti kijang atau rusa merah jantan muda di atas gunung-gunung Beter.