Titus 2

Titus 2

1Tetapi kamu bicaralah apa yang merupakan doktrin sihat:

2Iaitu lelaki yang berusia lanjut menjadi terkawal, berhemat, menguasai diri, dan sihat dalam iman, belas ihsan dan kesabaran.

3Demikian juga dengan perempuan yang berusia lanjut, supaya mereka berada dalam kelakuan yang berpadanan dengan kekudusan, bukan penuduh palsu, tidak cenderung kepada banyak wain, dan menjadi pengajar akan hal yang baik;

4Supaya mereka dapat mengajar perempuan muda untuk menjadi terkawal, mengasihi suami mereka, mengasihi anak-anak mereka,

5Untuk menjadi cermat, suci, penjaga di rumah, baik, taat kepada suami mereka sendiri, supaya firman Allah tidak dikufuri.

6Demikian juga dengan lelaki muda, gesa mereka supaya berfikiran terkawal.

7Dalam segala hal tunjukkanlah dirimu sebagai suatu ragam perbuatan baik: dalam doktrin tunjukkanlah ketidakcemaran, keseriusan, keikhlasan,

8Ucapan sihat, yang tidak dapat dikutuk; supaya dia yang berada pada pihak bercanggah akan menjadi malu, sementara tiada apa pun jahat untuk dikatakan tentangmu.

9Gesa para hamba untuk menjadi taat kepada tuan mereka sendiri, dan untuk menyenangkan tuan mereka dalam segalanya; bukan untuk berjawab semula;

10Tidak mencilap, tetapi menunjukkan segala kesetiaan yang baik; supaya mereka dapat menghiasi doktrin Allah Juruselamat kita dalam segala hal.

11Sebab rahmat Allah yang membawa keselamatan itu telah dinyatakan kepada semua manusia,

12Sementara mengajar kita supaya, dalam menyangkal ketidaksalihan dan nafsu duniawi, kita harus hidup dengan terkawal, wajar, dan salih, dalam dunia semasa ini;

13Menanti-nantikan harapan bahagia itu, dan kemunculan mulia Allah Yang Maha Besar dan Juruselamat kita Yesus Kristus.

14Yang telah menyerahkan dirinya bagi kita, supaya dia dapat menebus kita daripada segala kedurjanaan, dan menyucikan bagi dirinya sendiri suatu umat yang istimewa, dan yang ghairah akan perbuatan baik.

15Bicaralah hal-hal ini, dan gesa, dan tegur dengan segala kekuasaan. Jangan biar sesiapa pun menghinamu.